POV Tash
"Makan, Tash. Jangan segan-segan." Pelawa Nek Minah. Ketika itu mereka sedang menjamu makan malam.
Iyalah, tadi waktu mereka sampai pun sudah hampir ke jam 2 petang. Lagi pula, dia dan Amelia ada berhenti rehat dan makan di RNR Ayer Keroh sewaktu dalam perjalanan tadi.
Jadi, walaupun Nek Minah pelawa makan tengahari, mereka ketika itu masih lagi kekenyangan. Hanya mahu rebah kan tubuh dan merehatkan diri.
Amelia pula, sejak mereka tiba tadi, sampai lah nak ke maghrib teman nya itu tertidur. Penat benar lah tu sebab Amelia langsung tidak benarkan dia memandu sepanjang jalan tadi.
Jadi nya, bila petang tadi dia teman Nek Minah memasak di dapur pun, teman nya itu ralit terbongkang di ruang tamu, depan televisyen yang masih menyala.
Sempat lah dia borak-borak dengan Nek Minah tentang keindahan kampung ini. Tambah pula bila jengah ke bahagian belakang rumah, begitu banyak tanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
Rupanya, hobi Nek Minah adalah berkebun. Padan lah bukan main cantik dan gemuk-gemuk segala jenis tanaman wanita itu. Geram pula dia tengok.
Dia? Setakat bela kaktus yang mudah itu pun tak pass. Tahu-tahu mati. Dasar tangan tak bedung gamak nya.
Dan mujur juga Nek Minah tidak mengulas langsung tentang perkhabaran mengejut yang di bawa oleh cucu nya itu tadi. Mungkin Nek Minah pun rasa yang Amelia sedang bergurau.
Lega hati dia.
Berselera mereka bertiga menjamah lauk-lauk kampung. Tadi nya, dia nak tolong Nek Minah memasak. Tetapi wanita itu tidak benarkan.
Sudah nya, dia hanya tolong memotong dan mengacau saja. Sambil teman Nek Minah berborak.
"Sedap nya, nek. Dah lama Mel tak makan lauk jantung pisang masak lemak ni. Pergh!" dengan mulut penuh Amelia berkata-kata. Tak senonoh betul perangai.
"Ini kalau papa ada ni, confirm berebut. Ni lauk favorite papa aku tau, Tash!"
Dia berdehem sedikit mendengar ayat Amelia. Motif beritahu dia?
"Betul tu, Tash. Raz tu, kalau makan lauk ni, tak pandang kiri-kanan dah. Cukup lauk ni, ulam dengan sambal belacan, dah berselera benar dia tu." tambah Nek Minah pula.
Aik? Nek Minah pun sama naik macam Amelia. Dah kenapa masing-masing dok cerita makanan kegemaran Dato' Arrazzi pada dia? Nek Minah pun sokong permintaan Amelia ke?
"Kan nek kan? Senang je jaga papa aku tu, Tash. Kau masak kan dia, manja kan dia sikit pun okay dah." Tambah Amelia lagi buat dia terbatuk-batuk. Ya Allah perit rasa tekak bila tersedak kuah lemak. Sampai ke hidung rasa nya.
"Mel..." tegur nya pendek. Beri isyarat mata. Udah-udahlah tu promote papa sendiri. Nak hilang dah selera dia.
"Tash? Tak masuk tidur lagi?" tersentak mendengar soalan itu. Dia toleh dan lihat Nek Minah berdiri di ambang pintu.
"Belum mengantuk lagi, nek." Jawab nya sopan dan betulkan duduk di anak tangga. Saja ambil angin malam. Tenang dan damai rasanya.
Tengok bintang-bintang di langit pun bukan main meriah. Kalau dekat bandar, dengan banyak lampu-lampu, mana boleh nampak semua itu.
"Mel dah tidur?" tanya Nek Minah lagi dan tubuh itu semakin dekat.
"Dah, nek. Penat tak habis tu drive siang tadi. Tash offer tukar drive, dia tak mahu pula." Balas nya dalam senyuman bila mengingat tingkah si teman. Punya berlagak boleh memandu dari KL sampai ke Johor ini. Itu pun dah letih semacam. Entah bagaimana gaya kalau memandu dari Johor ke utara sana. Silap-silap dua hari tidur tak bangun.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...