Bab 30

10.9K 437 16
                                    

Author note:

Baru settle kenduri gaiss! So, as promised, chapter baru untuk korang. Sape blushing semalam baik ngaku! hehehehe

Chapter kali ni panjang sikit sebab esok I still busy so tak sempat nak update chapter baru. Kita jumpa Isnin, kayyyy?

Enjoy!!

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri


POV Tash

"Good morning, mommy!" bisikan di telinga buat Tash terlompat sedikit.

Terdengar tawa riang Amelia menyapa. Bergema segenap ruang.

"Allah! Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu tak?" dia pukul bahu si teman sekilas sebelum sambung aktiviti tadi. Memasak makanan untuk sarapan.

"Masak apa, beb? Mana Mak Iti?" Amelia sudah melangkah ke arah kabinet dan keluarkan teko serta beberapa biji cawan dan piring.

Itu yang dia selesa dengan Amelia. Walaupun sebelum dia tahu teman nya itu anak orang berada, Amelia sentiasa rajin di dapur. Walaupun bukan untuk memasak, tetapi ringan tulang membantu.

"Mak Iti dengan Pak Harun balik kampung awal-awal pagi tadi. Kata nya ada kecemasan. Ada kematian sedara jauh." Dia ulang kembali ayat yang Mak Iti beritahu pada nya saat dia turun dapur selepas subuh tadi. Sempat wanita itu meminta maaf kerana tidak berkesempatan menyediakan sarapan. Dia tidak kisah pun. Lagipun, dia tahu kecemasan.

"Sedara jauh? Kalau jauh buat apa melawat?" soal Amelia sambil bancuh seteko kopi pekat.

"Orang dah beritahu agaknya, tak pergi macam tak sopan pula. Mak Iti kata pergi sekejap je. Kalau semua selesai cepat, petang atau malam nanti dia balik lah." Itu yang Mak Iti beritahu pada dia tadi.

Dia sempat mengucapkan selamat jalan dan berpesan agar pasangan suami isteri itu berhati-hati di jalanan saja.

"Oh. Papa tahu ke?"

"Tahu. Tadi Pak Harun dah beritahu sebelum mereka bertolak." Jawab nya sebelum matikan api dapur. Capai mangkuk kaca yang sudah dia sediakan awal-awal tadi dan cedok mihun goreng ke dalam nya.

Sementara itu, Amelia dah tatang dulang berisi teko dan cawan ke meja makan. Kemudian bawa pula pinggan dan susun siap atas meja.

Tash sempat hiris daun sup dan daun bawang sebelum tabur di atas mihun goreng lantas bawa mangkuk itu ke meja makan.

"Morning, princess!" sapa sang suami sambil mengucup dahi Amelia sebelum lelaki itu berjalan ke arahnya bersama senyuman menawan.

"Morning, sweetheart..." bisik Raz di telinga seraya melabuhkan kucupan di pelipis nya. Iya, Raz. Bukan lagi Dato' Arrazzi. Takkan dah kahwin masih nak berdato'-dato' bagai kan.

Dia jelir lidah bila lihat Amelia tersengih-sengih memandang mereka berdua. Tak habis-habis nak mengusik lah tu. Tak padan!

"Nak masuk office dah ke? Tak pergi honeymoon pun?" Amelia merungut sambil cedok mihun goreng ke dalam pinggan.

Sedangkan dia dah pijar pipi. Dia tak kecoh, Amelia pula yang meminta-minta. Lagipun, seingat dia, mereka tidak ada berbincang pun tentang ini memandangkan cuti masing-masing tak panjang. Dia hanya ambil cuti empat hari termasuk hujung minggu.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now