Author note:
Hari ni awal and panjang sikit. Enjoyyy!!
Jangan lupa komen, vote and share.
Thank you.
Lots of Love,
fhyuri
POV Tash
Tash duduk bersilang kaki di kerusi yang tersedia di lobi. Kerling jam di pergelangan tangan. Sudah menginjak ke angka 1.
Dan dia masih menantikan kelibat teman baik nya nan satu itu. Janji kata hendak keluar lunch bersama. Dek kerana sudah hampir seminggu dia tidak berkesempatan berjumpa dengan Amelia, dia siap ambil half day lagi hari ni.
Tahu sangat kalau lama tak jumpa, bermacam topik yang mereka bakal bualkan. Memang tak cukup satu jam waktu rehat.
Lagipun, seminggu kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Hujung minggu pun dia terpaksa masuk pejabat di sebab kan beberapa masalah berkaitan kontena-kontena yang terpaksa dia tangani.
Tapi sudah hampir lima belas minit dia terpacak dekat sini, masih lagi belum dia nampak kelibat Amelia. Kata tadi dah nak turun, siap suruh dia tunggu di lobi. Mengada nak berjemput bagai. Sudah nya tuan punya badan langsung tak nampak muka.
Entah lah, asal keluar bersama, Amelia lebih suka naik kereta dia berbanding kereta sendiri. Kadang kalau Amelia datang bertandang ke rumah sewa dia pun, bila keluar Amelia akan tinggal kereta dan mereka sama-sama naik myvi kesayangan nya itu.
Kalau dah suka sangat myvi, apasal pakai Nissan GTR tu? Ada baik nya jual. Lagipun, maintenance myvi lagi murah dari kereta import itu.
Tetapi, apalah yang dia tahu. Dia bukan orang kaya. Mungkin yang mahal bagi dia, celah gigi saja bagi Amelia.
Baru dia nak seluk telefon bimbit dari beg tangan, telinga nya menangkap beberapa pasang suara. Suasana lobi yang agak sunyi tadi mula bertukar riuh bila terdengar semacam ada pertelingkahan.
Tidak jauh dari nya, dia nampak dua orang wanita yang berpakaian agak seksi dan menjolok mata sedang bertikam lidah. Dia cuba picing telinga lintah nya untuk mendengar pergaduhan itu.
"Kau ni siapa nak menyibuk dekat sini? Berani kau halang aku? Aku ni bakal isteri Raz tahu tak?!" ujar wanita memakai dress pendek berwarna merah cili itu.
"Kau jangan nak perasan lah perempuan! Untuk pengetahuan kau, aku ni bakal isteri Raz. Dia dah lamar aku semalam dan aku dah setuju! So, kau berambus dari sini!" giliran wanita dengan gress harimau bintang itu pula membalas. Siap dengan pakej tolak-menolak lagi.
Kejap. Dia orang cerita pasal siapa? Siapa Raz yang menjadi rebutan tu? Hebat benar lelaki itu sampai direbutkan oleh wanita-wanita cantik bak model.
Eh, tapi yang baju merah tu bukan memang model a.k.a. pelakon terkenal, Hana Lily ke? Biar betul bergaduh sebab lelaki? Dah lah dalam drama dapat watak perampas, real life pun jadi perebut lelaki ke?
"Engkau tu yang menipu! Kau ingat muka kau cantik sangat ke sampai Raz nak kan kau, hah? Raz tak hingin lah perempuan tak sedar diri macam kau ni!" makin tinggi suara Hana Lily.
"Engkau tu yang tak sedar diri, betina! Dasar perempuan gatal, tak habis-habis mengacau hubungan orang. Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Laku pun sebab make up tebal je lah!" balas si harimau bintang.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...