POV Raz
Raz hanya perhati kan dua pasang tubuh yang sedang terbaring di atas rumput, di tepi kolam rumah.
Entah apa yang di bualkan pun dia tidak pasti. Agak jauh untuk dia dengar butiran nya, tetapi cukup dekat untuk dia lihat dengan jelas wajah kedua nya.
Amelia sedang berbaring menelentang di sebelah Tash sambil kepala anak nya itu melentok ke bahu si teman. Masing-masing sedang pandang ke langit.
Tadi, usai dia halang hasrat Tash yang mahu pulang ke rumah, dia terus larikan diri ke bilik kerja nya. Di panggil makan malam oleh Mak Iti pun dia katakan yang dia akan makan kemudian.
Biarlah Amelia makan bersama Tash dan Mak Iti terlebih dulu. Dia bimbang Tash tidak selesa andai dia ada bersama. Bukan dia tidak nampak riak wajah gelisah gadis itu. Mata bundar itu meliar ke sana ke mari, enggan menatap mata nya.
Seperti yang dia katakan dulu, bila berdepan dengan Tash, entah kenapa dia jadi dungu sendiri. Boleh pula dia termengaku dia yang suruh Amelia bawa Tash ke sini. Dia yang arahkan pada Mak Iti untuk tidak benarkan Tash ke mana-mana. Makan mesti di hantar ke bilik tetamu tepat pada waktu dan dia tidak izinkan Tash banyak berjalan kerana bimbang kan keadaan kaki gadis itu yang masih terseliuh.
Dan boleh juga dia terlepas kata tentang cuti Tash yang masih berbaki tiga minggu. Mesti Tash hairan dari mana dia dapat tahu.
Tidak lupa juga riak wajah terpinga-pinga rakan perniagaan nya Jazli saat dia khabarkan kejadian yang menimpa Tash pada lelaki itu. Mula Jazli terpinga-pinga sendiri. Namun selepas dia ceritakan tentang Fikri yang merupakan staf lelaki itu, baru lah Jazli akur.
Dan dia juga yang minta Jazli berhentikan Fikri serta-merta. Lelaki seperti itu tidak pantas ada dalam mana-mana organisasi. Hanya memburukkan keadaan saja. Kalau bukan Tash, mungkin orang lain yang akan menjadi mangsa.
Sekali lagi juga dia minta Jazli untuk berikan cuti rehat selama sebulan pada Tash. Walaupun Jazli membantah tetapi dia peduli apa. Hanya satu alasan dia beri bila Jazli bertanya kenapa dia begitu prihatin.
Dan biar lah alasan itu menjadi rahsia dia dan Jazli sendiri.
"Mak Iti suka tengok budak berdua tu." terkaku tubuh nya bila mendengar kata-kata itu. Tak sangka dalam pada dia skodeng orang di sana, dia juga menjadi mangsa skodeng di sini.
Namun dia hanya berlagak biasa. Tidak perlu lah nampak ketara yang dia tertangkap sedang menghendap.
"Tash tu sopan. Baik budak nya. Tak salah pun kalau tuan ambil dia jadi isteri. Muda-muda pun tapi Mak Iti tengok dia matang. Sesuai lah dengan tuan." Laju kepalanya tertoleh pada wanita di sebelah.
"Mel awal-awal lagi dah beritahu Mak Iti yang dia nak jodohkan papa dia dengan kawan baik dia. Mula nya Mak Iti pun tak faham, tetapi lepas jumpa dan kenal sendiri, Mak Iti sokong sangat niat Mel tu." tambah Mak Iti lagi buat dahi dia berkerut seribu.
"Bila Mel beritahu?" soal nya.
"Dah beberapa bulan dulu. Masa dia baru mula kerja. Mak Iti ingat, dia main-main. Tapi rupanya memang dia serius."
Kenapa dia tidak tahu semua ini? Kisahnya, bukan baru-baru ini Mel nak dia kahwin dengan Tash. Dia ingat sebab kejadian di lobi pejabat nya itu. Rupa-rupanya, dah lama Mel pasang niat.
Anak bertuah dia itu!
"Tuan tak setuju ke?" tanya Mak Iti lagi.
"Saya dengan dia tu jauh sangat beza umur nya, Mak Iti. Dia sebaya Mel pula tu. Kawan anak saya sendiri." Dia geleng kepala. Setiap kali orang bertanya, itulah kegusaran nya. Itulah yang buat dia runsing.
"Umur tu bukan syarat jodoh, tuan. Kalau hati masing-masing berkehendak, takdir dah tentukan, kenapa berkeras nak menolak? Lagipun, masing-masing belum berpunya. Asalkan bukan milik sesiapa, umur, pangkat, harta tu semua bukan tajuk utama." Lembut suara Mak Iti memberi pendapat.
"Lagipun, Mak Iti tengok Mel tu sayang dan selesa dengan Tash. Tash pun sama. Bukan tu saja, Mak Iti dengar mak tuan pun memang dah berkenan. Jadi, benda baik kenapa nak ditangguh lagi?"
Sekali lagi dia tertoleh.
"Mak saya setuju?" soal nya seperti tidak percaya.
Mak Raz bukan lah jenis yang cerewet. Tidak pernah memilih. Malah bila dia kenal kan bekas isterinya dulu pun, mak hanya terima dengan hati yang terbuka walaupun tidak memberi persetujuan secara nyata. Kata mak, asalkan dia bahagia itu sudah cukup.
Dan saat dia bercerai juga sama. Mak tidak pernah bertanya lebih. Hanya berharap dia bahagia. Dan sepanjang dia menduda, tidak pernah sekali pun mak menyuarakan hasrat untuk bermenantu lagi. Kata mak, 'cukup lah Raz dan cucu mak bahagia, yang lain-lain tu tak penting.'
Kerana itu lah dia benar-benar terperanjat bila Mak Iti katakan yang mak berkenan pada Tash. Walau tidak memilih, tetapi agak sukar sebenarnya untuk puaskan hati mak nya itu.
"Mel kata, mak tuan bahasakan diri dia mak pada Tash. Maksud nya dia dah restu lah tu. Tinggal tunggu tuan saja mulakan langkah." Ujar Mak Iti dalam senyuman. Dan mereka masing-masing buang pandang kepada kedua figura yang masih lagi rancak berborak di tepi kolam sana.
"Dah sampai masa nya tuan ada keluarga yang lengkap dan sempurna. Mana tahu ada rezeki, Amelia boleh dapat adik pula ke?" usik Mak Iti sebelum berlalu pergi.
Meninggalkan dia sendiri menganyam angan dan mimpi.
Author note:
Elehhh Abe Raz ni. Cuba lah gentleman sikit. Pergilah mengorat. Ini tengok dari jauh aje, kena sambar orang lain baru dia tau! hihihi
Jangan lupa komen, vote and share.
Thank you.
Lots of Love,
fhyuri
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...