Bab 20

8.9K 377 8
                                    

Author note:

Terlambat sikit harini. Hehehe

Chapter ni pendek sikit so malam nanti I akan update another chapter yeeee...

Enjoyyyyy reading!!!

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri


POV Tash

Cuti sebulan sudah tamat!

Dengan langkah penuh semangat dia atur memasuki perut lif. Pergelangan kaki dia pun dah okay. Mental dan emosi dia pun sudah semakin membaik.

Awal-awal dulu dia kerap termimpikan kejadian malam itu. Tetapi selepas dua minggu, dia lebih tenang. Kata google, 'don't dwell on the past, you can't change it. But start thinking for the future, you can carve it.'

Hah, percaya cakap google!

Janji membantu memberi motivasi untuk terus berfikiran positif, tak kisah lah siapa yang kata pun. Benda yang baik, tak salah jadi ikutan.

Bunyi pesanan ringkas di telefon bimbit buat dia keluarkan alat komunikasi itu daripada beg tangan. Terlihat nama Amelia terpapar di skrin.

-Kau dah sampai office?

Dia senyum sebelum jemari laju menaip mesej untuk di balas.

-Dah. Baru masuk lif ni.

Dia perasan beberapa pasang mata yang memerhatikan dia. Ada yang betul-betul renung, ada yang jeling dengan ekor mata.

Peduli lah. Buat apa pening kan kepala fikir apa yang mereka fikirkan? Selagi tak menyentuh fizikal, dia bolayan.

-Okay. Apa-apa inform aku tau. Btw, papa kirim salam. 😉

Dia cebik melihat emoji wink di hujung mesej itu. Tak habis-habis Amelia dok usik dia.

Sebenarnya, selepas konfrontasi dia dan Dato' Arrazzi malam itu, esok nya dia terus kata pada Amelia yang dia mahu pulang. Sekalipun papa Amelia berkata lain, tetapi dia tetap berkeras.

Lagipun, lelaki itu bukan suami dia yang dia nak kena akur dan patuh dua puluh empat jam.

Dan rezeki dia juga lah sebab kebetulan hari yang sama, sekali lagi Dato' Arrazzi ada urusan perniagaan di luar negeri selama tiga hari. Jadi, kesempatan itu digunakan sebaik-baik nya untuk lari.

Macam mana dia tahu berapa lama lelaki itu outstation?

Tentu lah dari kawan baik dia sendiri. Entah apa motif setiap jadual diberitahu pada nya. Sengaja lah tu. Tak habis lagi dengan fasa kenen-kenen.

Dia ini bukan apa. Dato' Arrazzi tak cakap apa-apa pun. Amelia saja yang melebih-lebih. Itu yang dia malas tu nak berharap sangat.

Sekalipun orang sekeliling restu, kalau tuan punya badan tak kata apa, takkan lah dia nak kena jadi perigi cari timba. Ingat dia tak ada rasa segan ke? Dia perempuan melayu terakhir kut!

Keluar dari lif, dia terus tuju ke ruang kerja nya. Sempat berpamitan dengan beberapa orang staf yang sudah sebulan dia tidak jumpa. Masing-masing menyampaikan salam takziah.

Alahai, tak perlu takziah sangat lah. Lagipun, dia tidak mahu lagi ingat pengalaman ngeri itu.

"By the way, Tash. Tadi Encik Kamal kata, kalau you dah sampai, dia suruh masuk bilik dia." ujar Lucy saat dia baru letak beg dan hidupkan komputer.

"Oh okay. Thanks." Ucap nya lantas terus menuju ke bilik bos nya itu. Ketuk pintu dan pulas tombol saat mendengar arahan menyuruh nya masuk.

"Encik Kamal nak jumpa saya?" soal nya pada lelaki itu. Dan pada masa yang sama dia lihat ada seorang lagi lelaki berusia yang sedang duduk di sofa yang terdapat dalam bilik ini.

Rasa-rasa macam dia kenal lelaki itu.

"Hah, Dato'. Ini lah orang nya."

"Tash, awak kenal kan? Ini Dato' Jazli. Owner syarikat ni." Perkenal Encik Kamal.

"Eh, kenal Encik Kamal. Apa khabar, dato'? Saya minta maaf banyak menyusahkan sebelum ni." Pinta dia sopan. Sebab Puan Maria beritahu segala arahan tentang kes dia dan cuti dia adalah atas ihsan lelaki di hadapan nya ini.

"Tak apa, Tash. Bukan salah kamu pun." Balas lelaki itu ramah dalam senyuman.

"Saya betul-betul minta maaf kalau syarikat terkesan dengan apa yang berlaku. Saya akan cuba untuk cover balik mana kerja yang tertangguh." Pohon nya sekali lagi pada kedua-dua lelaki itu.

Dan-dan Dato' Jazli ketawa.

"Tak apa, Tash. Saya faham. Patut lah dia suka dan sanggup buat apa saja untuk awak."

Dia rasa macam dengar tak dengar saja hujung ayat Dato' Jazli itu.

'Dia' siapa yang lelaki itu maksudkan?

Encik Fikri ke?

Seram!

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now