Bab 12

8.3K 376 16
                                    

POV Tash

Tash keluarkan bahan-bahan dari dalam kabinet dapur. Siap sedia juga dengan mesin pemukul telur. Dia harap tak ada jiran yang buat aduan lah dia buat bising pagi-pagi hari ini.

Disebabkan fikiran yang tidak aman dan tenteram, seawal jam 4 pagi dia terjaga. Bersihkan diri dan tunaikan solat sunat. Tahajud dan istikharah meminta ditenangkan hati yang berkocak gara-gara permintaan si teman.

Dan usai subuh tadi, dia tidak boleh lelap kembali. Maka nya, usai sidai sajadah dan telekung, dia terus tuju ke dapur. Bercadang hendak membuat kek.

Inilah cara dia melupakan segala kekusutan. Baking buat dia rasa tenang dan nyaman. Hasil nya mampu buat dia alpa sebentar akan masalah yang wujud di dunia realiti.

Dia bercadang hendak membuat kek marble saja memandangkan tidak ada bahan yang mencukupi kalau hendak buat kek jenis lain.

Lagipun, kek marble adalah yang paling mudah dan pantas.

Sukat bahan-bahan dia dia campur dalam mangkuk lantas kesemuanya di gaul dan diputar dengan mesin agar kembang dan sebati.

Sambil dia hidupkan ketuhar pemanas, dia tuang adunan yang sudah siap di putar ke dalam loyang segi empat tepat bersaiz sederhana.

Setelah itu, dia masukkan ke dalam oven dan putar masa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah itu, dia masukkan ke dalam oven dan putar masa. Biarkan kek itu masak.

Setelah itu, dia siapkan bahan menumis untuk sarapan. Alang-alang ada bekalan nasi semalam yang masih berbaki, dia cadang hendak masak nasi goreng saja.

Lagipun, kebanyakan bahan basah sudah habis. Cadang nya, tengahari nanti dia hendak ke pasaraya membeli sedikit barang dapur.

Usai dia siap goreng nasi dan bancuh seteko teh o panas, bunyi penggera ketuhar kedengaran. Menandakan kek yang di bakar tadi sudah masak.

Dia buka separuh pintu oven, membiarkan haba keluar serta memastikan perubahan suhu tidak begitu ketara agar kek nya tidak bantat.

Sementara tunggu sejuk untuk dikeluarkan dari loyang, dia tarik kerusi dan labuh duduk lantas cedok nasi goreng ke dalam pinggan.

Baru satu sudu suapan, dia dengar pintu rumah sewa nya di buka. Tak tergesa-gesa untuk bangun kerana dia tahu sangat gerangan siapa yang muncul itu.

Siapa lagi yang ada segala kunci pendua milik nya kalau bukan Amelia.

"Tash!"

"Dapur ni." Sahut nya kembali bila mendengar laungan itu.

"Kau bake ke? Bau sedap ni." Dengan tidak di pelawa, Amelia ambil pinggan di rak dan cedok nasi goreng. Labuh duduk lantas dia makan tanpa rasa berdosa. Tash pun dah tak heran dah dengan perangai teman nya itu. Sudah biasa.

"Aku buat kek marble je."

"Kau ada program ke harini?" Soal Amelia setelah terangguk-angguk dan suap nasi goreng nya macam gaya orang tak makan dua hari.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now