POV Raz
Raz senyum bila melihat mak dan anak nya ralit berborak sambil tangan masing-masing sibuk menyelak helaian majalah di tangan.
"Hesy, tak cantik lah nek warna ni. Macam orang tua je." Rungut Amelia sambil campak majalah di tangan dan capai yang lain pula.
"Eh-eh, lupa ke papa awak tu memang dah tua." Setelah itu kedua-dua nya ketawa sendiri. Buat dia geleng kepala dengan tingkah mereka.
Sejak hari dia melamar Tash seminggu yang lepas, mak nya terus datang dari kampung. Tak menyempat tunggu hujung minggu. Maka, dia minta Khairul, salah seorang pengawal peribadi nya untuk jemput wanita itu.
Sebenarnya, rancangan asal adalah dia ke Netherlands seminggu dan setelah pulang dari sana baru dia merancang untuk melamar Tash.
Tetapi kebetulan urusan kerja habis awal, dan si anak Amelia itu ada rancangan sendiri, maka nya dia turut kan saja.
Cincin permata itu pula sudah dia beli beberapa bulan dulu. Saat kali pertama Amelia suarakan hasrat untuk dia dan Tash berkahwin. Tetapi biarlah ianya menjadi rahsia dia dan pekerja kedai barang kemas tempat dia membelinya.
Dia pun melamar Tash tanpa ada apa-apa harapan. Cuma Amelia yakin kan yang Tash akan setuju. Anak nya itu yang banyak 'menjual' teman sendiri.
Tash baik lah.
Tash cantik lah.
Pandai masak, sopan-santun dan sebagainya.
Setiap hari Amelia akan ingatkan dia betapa dia akan rugi kalau melepaskan gadis seperti Tash.
Setiap masa Amelia akan hantar gambar Tash dengan bermacam-macam caption dan ugutan.
'Jangan menyesal kalau di sambar orang.'
'Hari ini ada dua orang lelaki pandang Tash.'
'Tadi Tash beritahu ada orang minta nombor telefon dia.'
Dan bermacam jenis lagi ugutan hingga buat dia semakin tekad. Lagi pun, bila dia hubungi mak beberapa minggu dulu, mak sendiri kata yang mak setuju andai dia memilih Tash sebagai isteri.
Tanpa pedulikan status umur dia dan Tash yang jauh jurang nya.
Andai mak sendiri merestui, dia pun tidak perlu fikir dua kali.
Watak-watak penting dalam hidup nya menyokong, jadi untuk apa dia masih menolak. Padahal dia sendiri pun sudah jatuh hati pada gadis itu.
Syukur lah bila Tash setuju dan beberapa hari lagi pernikahan mereka akan dilangsungkan.
Tash hanya mahukan majlis yang ringkas dan hanya di hadiri oleh keluarga rapat saja. Tetapi Amelia dan mak menginginkan yang lain pula.
Itu yang mereka bercadang untuk menikah dahulu. Dan resepsi akan di buat dua bulan akan datang. Dan itulah juga yang di sibukkan oleh mak dan anak nya.
Pilih tema lah. Pilih warna lah. Pilih tempat lah.
Makin lah kedua-duanya galak bila Tash kata dia tidak kisah akan semua itu. Hanya serahkan pada mereka untuk buat keputusan.
Kata Tash, yang penting nya yang wajib. Yang lain-lain itu terpulang. Kalau nak buat, buat lah. Kalau tidak pun Tash tidak kisah.
Tetapi mak bising. Mak kata, sekali seumur hidup, buat lah meriah sikit. Lagipun, Raz ahli perniagaan terkenal. Takkan tak mahu war-warkan berita perkahwinan sendiri.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...