Bab 31

9.8K 423 23
                                    

POV Tash

Usai pembentangan dan perbincangan yang memakan masa hampir 3 jam, masing-masing berdiri dan berbual-bual sesama sendiri.

Sementara Tash dengan kerja hakiki dia. Jadi yang terpaling junior bererti dia lah yang kena kemas semua nya semula.

"Tash, kita turun minum ya. Awak jangan tak turun pula." Tegur Encik Kamal saat lelaki itu sudah memulas tombol pintu bilik mesyuarat ini.

Tash lihat lelaki itu sudah mengiringi tetamu yang lain untuk berlalu. Ikut kan hati, dia malas sebenarnya sebab tak kuasa lah nak menatap jelingan maut Hairina itu.

Malah sekarang pun wanita itu dok pandang dia tajam sambil mulut mencebik-cebik sendiri. Mengutuk dia dalam hati kut. Elehh, kisah pulak!

"Betul tu, cik Tash. Sebelum ni pun awak tak join kita minum-minum. Kali ini kena join tau!" sokong satu suara bersama senyuman. Dia ketap bibir bila melihat abang Nathan menjungkit kening ke arahnya. Tambah-tambah lagi bila lelaki itu sengaja menekankan perkataan 'cik' di pangkal nama nya.

"Insha-Allah, Encik Nathan. Sekejap lagi saya turun. Saya kemas semua ni dulu." balas nya juga dengan nada yang sama. Dan dari ekor mata, dia lihat Luthfi sedang sedaya-upaya menahan bibir dari mengukir sengih sambil mata lelaki itu meliar ke sana sini.

Dia tahu Luthfi payah nak menyapa dia sebab dua tiga kali berjumpa beberapa hari ini, lelaki itu asyik gelar dia 'datin' berkali-kali meski dia melarang. Pula tu hampir setiap masa dia bertembung dengan Luthfi sepanjang Raz tidak ke pejabat. Hantar dokumen itu lah, sign dokumen ini lah. Perbincangan semua nya di gazebo laman rumah dan dia kerap juga menghantar air dan berjenis-jenis makanan ringan yang Mak Iti sediakan.

Lelaki itu pun akur bila Raz katakan yang perkahwinan mereka masih rahsia sehingga majlis resepsi nanti walaupun dia tahu Luthfi tidak bersetuju. Bimbang terlepas kata. Itu yang Luthfi hanya angguk dan senyum saja pada nya. Tak berani buka mulut. Dia pun risau. Buatnya Luthfi terlepas kata dan panggil dia 'datin' depan orang ramai ni, dah jadi kecoh pula nanti.

"Apa kata kita semua turun saja dulu? Biarkan lah Tash kemas semua ni. Ini memang kerja dia pun. Kalau tak, siapa pula yang nak kemas kan..." Tiba-tiba Hairina menyampuk. Dan dia lihat Encik Alvin mendengus lantas mengajak yang lain untuk berlalu. Dan Hairina sekadar membuntuti dari belakang sambil sempat lemparkan jelingan maut pada nya.

Bolayan!

Dia sambung kemas meja. Susun semula slide pembentangan, kemas laptop dan projector. Nanti nak kena pulang semula pada admin department.

Sedang dia kumpul botol mineral yang sudah kosong, tiba-tiba terasa pinggang nya di peluk dari belakang.

Terkejut bukan kepalang. Namun bila hidung nya terbau haruman yang dia kenal itu, dia biarkan saja.

"I miss you!" bisikan itu menjengah tepi telinga yang dilitupi tudung satin. Dan-dan dia senyum.

"Abang buat apa ni? Nanti orang nampak lah." Dia kembali berbisik. Tetapi sekadar membiarkan Raz mengucup bahu nya lama.

"Abang dah kunci pintu." Bisik lelaki itu lagi. Lantas dia tergelak sikit. Mujur lah dalam bilik mesyuarat ini tidak ada kamera litar tertutup. Kalau tidak, tak pasal-pasal pengawal dapat tengok drama free.

"Abang suka Tash pakai macam ni. Sopan, ayu, cantik dekat mata abang. Dan abang lebih suka Tash tutup aurat dan simpan semua nya hanya untuk tatapan mata abang seorang. Itu yang buat abang jatuh hati pada isteri abang." Tiba-tiba Raz bersuara sambil dia dapat merasakan lelaki itu rehatkan dagu di atas kepala nya.

Senyum. "Tash tahu, bang." Balas nya pendek. Leraikan pautan dan dia berpusing tubuh. Menghadap Raz. Terpaksa dongak kepala sikit kerana ketinggian lelaki itu, walaupun dia dah sarung kasut tumit setinggi 2 inci.

Betul kan anak tali leher Raz dan kemas kan kolar kemeja lelaki itu. Sempat juga dia bersihkan secebis benang yang terlekat di kot suami nya.

"Nanti semua orang sedar abang hilang." Ujar nya. Memaksudkan yang sepatutnya lelaki itu sudah turun ke lobi bersama yang lain-lain.

"Nath tolong cover. Jangan risau. Sayang betul okay? Atau resign saja dari sini. Kerja dekat Endangwira. I could find a place for you." Cadang lelaki itu. Tiba-tiba lagi.

"No, abang. Tash okay saja dekat sini. So, selagi tak kena pecat, Tash akan kerja dekat sini selama mana yang mampu. Abang jangan risau. Tash tak ambil hati lah benda-benda kecil macam ni. Selagi tak melibatkan sentuhan fizikal, Tash masih mampu sabar." Dia peluk pinggang Raz dan lelaki itu apit kedua tangan di pipi nya.

"Sure? Abang tak suka isteri abang kena buli. Dia tak patut cakap macam tu. It's too harsh. Ataupun abang beritahu Jazli? Suruh dia tukar perempuan tu pergi department lain? Atau pecat dia?"

Bulat mata Tash.

"No! You don't have that power..." dia lihat Raz jungkit sebelah kening.

"You do?" terkejut dia. Haih, suami dia ini memang penuh kejutan.

"Abang kenal Jazli, dan abang yakin dia akan dengar cakap abang. Even sebelum ni..."

Namun bicara lelaki itu terhenti. Tak sambung ayat dan buat Tash pandang wajah itu lama. Lantas, dia teringat kembali kejadian beberapa bulan lepas. Saat kali pertama dia bersua muka dengan Dato' Jazli, lelaki itu sudah seolah-olah seperti mengenalinya.

"Abang yang beritahu Dato' Jazli pasal kes Tash dulu tu? Cuti sebulan tu?" duga nya. Dan dia lihat Raz ketap bibir.

"Patut lah Dato' Jazli macam kenal Tash. Siap bagi cuti sebulan lagi. Abang punya kerja rupanya." Dia tepuk perut lelaki itu. Tidak kuat pun. Sekadar tepukan manja.

"I told you, I'll take care of what's mine. You are mine, sweetheart..." bisik Raz sambil labuhkan kucupan di dahi nya.

"Iyalah tu..." dia pukul manja dada Raz dan lelaki itu ketawa.

"Jom turun. Nanti lama lagi, entah apa si Nath tu cakap. Dia bukan boleh. Pantang nampak abang sekarang, asyik nak mengusik aje kerja nya." Raz lepaskan pautan pada tubuhnya dan tarik tangan menuju ke pintu.

"Dato' Arrazzi, tak boleh pegang dulu ya. Ini dekat tempat kerja, bukan dekat rumah. Kena professional." Dia leraikan pegangan lelaki itu di jemari nya.

"Okay, Datin Natasha. Balik rumah nanti I tuntut." Bisik lelaki itu sempat cium pipi nya sebelum tarik pintu dan berlalu keluar.

Meninggal kan dia tergeleng-geleng kepala dalam senyuman.




Author note:

Awal-awal dulu lembap, dah kahwin ni sweet pulak Abe Raz ite ni. Hehehehe
Enjoyyyy!!

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now