POV Tash
Terasa pedih dan lenguh di seluruh tubuh. Berat untuk bangkit. Rasa macam baru lepas kena langgar lori. (Walaupun tak pernah lalui macam mana rasa nya kena langgar).
Kepala pun pusing. Pitam dan berpinar-pinar namun dia usaha untuk celikkan mata.
Silau.
Angkat tangan mahu menghalang cahaya namun terasa beban lantas dia lihat branula yang sudah tercucuk di tangan, bersambung dengan drip IV di sisi katil.
"Tash? Hey... aku ni. Aku dekat sini."
Dia tidak nampak wajah itu, tetapi dia kenal pemilik suara nya.
"Mel?"
"Yes. Yes, it's me. Kau okay tak? Hah, sakit dekat mana? Aku panggil doktor ya?" dengan pandangan yang masih kabur, dia lihat wajah Amelia muncul di depan mata. Riak itu nampak cemas dan risau.
"What happened?" soal nya dengan suara yang seakan tidak kedengaran. Tekak nya perit. Nak bercakap pun rasa payah. Dan payau.
"Minum air dulu." Amelia suakan straw ke bibir nya dan dia sedut air itu. Lega bila air putih melalui tekak. Rasa macam setahun dia tak jamah minuman.
"Okay tak? Nak lagi?" soal Amelia lagi namun dia balas dengan gelengan.
"What happened?" soal nya sekali lagi bila pertanyaan tadi tidak berjawab.
"Kau pengsan. Ambulans hantar ke hospital. Doktor kata tubuh kau lemah, kaki kau terseliuh, ada luka-luka dekat telapak tangan dan lutut. Mujur aku tergerak hati nak call kau, Tash. Tahu tak betapa terkejut nya aku bila nurse yang jawab dan beritahu kau admit dekat ward?" ujar Amelia sambil tarik kerusi dan labuhkan duduk di sisi katil.
"Pukul berapa ni?" soal nya lagi.
"4 pagi. Tidur lah. Kau still lemah lagi tu." Amelia genggam tangan dia lembut.
"Kau tak balik ke? Balik lah. Nanti papa kau risau." Dia tidak mahu menyusahkan Amelia.
"Tak lah. Aku dah beritahu papa. Dia okay je. Kau tu rehat dulu." Amelia kembali usap lengan dia.
"Apa yang sebenarnya dah jadi, Tash?" soal Amelia seakan berbisik.
Serentak minda nya terbayang akan kejadian beberapa jam lepas. Betapa takut nya dia dengan keadaan itu. Macam mana dia berusaha untuk lepaskan diri. Kalau tidak, entah apalah yang akan jadi. Tak sanggup dia hendak membayangkan nya.
"Aku dapat tahu dari nurse, guard telefon ambulans sebab kau pengsan dekat tempat parkir berdekatan dengan lobi office kau. Aku dapat tahu juga, waktu ambulans sampai sana ada kereta polis dan ada tangkapan. What actually happened?" tanya Amelia lagi.
"Dia dah kena tangkap?" suara nya serak bertanya. Dia tidak mengharapkan kejadian sebegitu terjadi. Dia tahu lelaki itu ada anak isteri yang bergantung hidup pada nya. Tetapi, Tash juga tidak dapat menafi bahawa itu adalah balasan yang selayaknya kerana jika tidak tertangkap, tidak mustahil kejadian sama akan berulang lagi.
Kalau tidak pada dia, mungkin pada gadis lain di luar sana.
"Kau kenal dia?" Amelia cuba mengorek jawapan.
"Officemate aku. Salah seorang bos." Beritahu nya ringkas.
"Dia buat apa?"
Tash mengeluh. Dia tak rasa bersedia untuk ulang semua nya kembali namun dia tahu Amelia tidak akan tinggal diam selagi dia tidak bercerita. Ada masa nya, memang Amelia tidak kisah. Tetapi bila melibatkan fizikan dan keselamatan, Amelia boleh jadi pendesak.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...