Bab 24

8.7K 416 63
                                    

POV Raz

Raz regangkan sendi-sendi yang terasa tegang. Letih otot bila berjam-jam berada dalam posisi yang sama.

Tanggal kan cermin mata dan letak atas meja. Dia urut pangkal hidung sambil pejam celik mata beberapa kali. Pedih bila menghadap skrin laptop sejak tadi.

Pandang jam di dinding bilik kerja nya. Sudah menginjak ke angka 3 pagi.

Tidak sedar langsung sudah selewat ini dia berjaga. Laporan yang di beri Luthfi siang tadi terpaksa dia semak segera sebelum dia turunkan tanda tangan.

Esok perlu diserah kepada finance department sebelum dia dan Nathan berangkat ke Netherland, melawat syarikat pembekal di sana.

Angkat tubuh, dia keluar dari bilik itu. Mahu turun ke dapur membasahkan tekak. Bawa sekali cawan kopi bersama nya.

Malam-malam begini, minum air putih saja lah. Lagipun, kalau teguk kopi lagi, silap-silap dia tidak dapat tidur pula.

Sambil meneguk air di dalam gelas, dia buka peti ais. Berkerut dahi bila melihat kotak putih di tengah ruang kosong.

Letak gelas di tepi, dia bawa keluar kotak tersebut dan letak di atas table top. Buka kotak dan mata dia bulat.

Puding mangga?

Capai sudu dan dia ambil satu cawan. Bawa ke mulut dan mata nya terpejam menikmati rasa lemak manis dessert kesukaan nya itu.

Dan-dan bibir dia senyum.

Dia kenal rasa ini.

Sama seperti yang Tash bawa saat pertama kali jejak ke sini beberapa bulan dulu. Rasa yang dia tidak jumpa pada menu sama dibuat oleh Amelia sebelum ini.

Sedar tidak sedar, hampir licin dia kerjakan. Bersusun-susun cawan plastik di atas table top itu sampai tinggal hanya dua biji cawan kecil tersisa.

Ikutkan hati, nak saja dia habiskan. Tetapi nanti apa pula kata Amelia. Iyalah, itu kan dessert kegemaran puteri kesayangan nya itu juga. Maka, dia tinggalkan dua cawan itu dan simpan kembali kotak putih tersebut di dalam peti sejuk.

Basuh gelas dan sudu yang digunakan dan dia tutup lampu dapur.

"Allahuakbar!" terkejut Raz sambil tangan mengurut dada bila melihat sekujur tubuh yang bersandar di balik pintu dapur sambil berpeluk tubuh.

"Seronok makan puding bakal isteri buat?"

Dia berdehem sikit mendengar pertanyaan itu. Simpan segan bila melihat Amelia tersengih-sengih pada nya sambil menjungkit kening.

Entah masa bila si anak berdiri di situ pun dia tidak perasan langsung. Padahal dia selalu peka dengan kehadiran Amelia.

"Ehem. Mel tak tidur lagi ke?" dia betulkan kotak suara dan raut rambut.

"Tekak tiba-tiba kering pula. Ingat nak minum air sambil makan puding. Sekali papa dah habiskan pulak." Suara Amelia seakan menyindir.

"Mana ada papa habiskan. Ada lagi tu." bantah nya namun Amelia hanya mencebik.

"Haritu masa Mel buat, dekat seminggu dalam peti ais baru lah puding tu habis. Yang ini, baru Mel bawa balik malam tadi, tinggal segini je... hmmm...." Amelia buka peti ais sambil bercakap. Gaya macam bercakap sendiri tetapi sengaja nak bagi dia dengar. Perli dia lagi lah tu!

"Kebetulan papa lapar, Mel."

"Oooo.... Lapar, makan puding? Kenyang ke?" dia perhati aje si anak sudu puding tersebut ke dalam mulut. Ikut kan hati, dia nak rampas. Tetapi nanti ketara sangat nampak dia ketagih dengan makanan itu.

"Mel tak tidur lagi kenapa? Esok kan kerja." Lagi sekali dia tukar topik. Tidak mahu membahas isu puding itu.

"Kerja. Kejap lagi Mel tidur lah. Nak habiskan ni dulu. Kalau tinggal karang, tak merasa lah Mel nak makan. Tahu-tahu habis je." Amelia sindir dia lagi agaknya tu. Tetapi dia tidak mahu beri sebarang reaksi.

"Okay, princess. Lepas makan jangan lupa berus gigi. Papa naik dulu. Goodnight, princess." Dia kucup dahi Amelia sekilas sebelum melangkah keluar.

"By the way, pa. Tash dapat bunga tau hari ni. A bouquet of red roses. Entah lelaki mana lah yang bagi dia..." terhenti langkah nya bila mendengar perkhabaran itu.

"Nampak macam from someone special sebab bukan main lagi dia jaga elok-elok bunga tu. Asal pandang senyum, asal pandang senyum. Macam orang tengah angau pun ada." Beritahu si anak lagi.

Raz tahan diri dari mengukir senyum sampai terketap-ketap bibir nya. Sempat dia dengar bunyi pili air dan bunyi pintu peti ais di buka dan di tutup kembali. Namun sedikit pun dia tidak berpaling.

"Gaya dia tu, sebiji macam gaya papa masa papa tengah makan puding tadi. Nampak nya, Mel dah kena start plan wedding papa kan? Nak tema warna apa eh? Hmm kalau buat garden wedding pun nice..."

Semakin lama semakin hilang suara Amelia bila tubuh si anak semakin menjauh.

Dan-dan senyuman yang disembunyi tadi bebas terukir.

"She likes it..." bisik nya sendiri dalam senyuman yang masih bersisa.



POV Tash

Good morning

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Good morning.

Thank you for the pudding. I enjoyed it so much.

Have a goodday... sweetheart.

Yours,

-R


Oh.

My.

God.

Tash kipas wajah yang terasa berbahang.

Sorok wajah di balik jambangan ros merah yang kedua dia terima.

Yang pasti, masih daripada lelaki yang sama.





Author note:

Sikit je lagi nak kahwin dah deme dua ni. Sabajappp. hehehe

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now