Bab 4

8.3K 386 13
                                    

POV Raz

"Morning, pa!"

Bibir Raz mengukir senyum mendengar sapaan itu. Letak briefcase dan kot di kerusi dan dia labuh duduk di kerusi sebelah yang kosong.

"Morning, princess. Breakfast apa hari ni?" soal nya sekadar berbasa-basi, memanjangkan perbualan.

Lapang dada bila si anak sudah hilang rajuk nya. Sejak sampai ke rumah malam tadi, dia lihat Amelia bimbit berjenis-jenis beg kertas. Tak lain tak bukan, shopping lah tu.

Itu yang dia tak putus-putus dapat notifikasi dari Ghaz.

'Cik Mel masuk butik Prada.'

'Cik Mel beli kasut.'

'Cik Mel beli bag.'

'Cik Mel beli kasut lagi.'

'Cik Mel masuk kedai jam.'

'Cik Mel masuk kedai jewelry.'

Dan keluar bukan dengan tangan kosong.

Dan begitulah laporan Ghaz berulang-ulang. Kata Ghaz, hampir 4 jam Amelia habiskan masa di Genting Premium Outlet. Membeli-belah sakan. Menghabiskan duit dia.

Tetapi dia tidak kisah. Memang dia cari duit untuk dihabiskan si anak pun. Lagipun, dia tahu itu cara Amelia tunjuk protes dengan nya. Baik juga daripada Amelia lari terus dari rumah.

Dan melangkah masuk saja ke rumah malam tadi, anak dara nya itu tersengih-sengih bila lihat mata Raz tertancap pada beberapa buah beg kertas yang di kelek oleh si anak.

Serentak itu dia tahu. Rajuk Amelia sudah hilang.

'Hai lah, anak. Apa saja lah asal awak happy...'

"Mel tolong Mak Iti masak nasi lemak dengan sambal kerang. Favorite papa ni." Teruja suara Amelia. Dengan mulut yang masih penuh makanan. Tak senonoh betul perangai.

"Macam tahu-tahu aje papa dah lama teringin nak makan nasi lemak sambal kerang ni. Thank you, princess." Dia cedok nasi lemak dan sambal ke dalam pinggan.

"Papa lupa nak tanya, Mel bercuti semalam dengan siapa?" soal nya memulakan siasatan. Buat-buat biasa, tak mahu nampak sangat yang dia sedang kawal gerak-geri Amelia.

"Bff Mel la, pa. Kawan baik Mel sejak belajar lagi." Balas Amelia selamba menyuap makanan.

"Oh iya? Papa tak pernah tahu pun Mel ada bestfriend. Selalu Mel cerita dekat papa." Balas nya tenang.

Iyalah, sejak dari sekolah lagi Amelia rajin bercerita pada nya. Setiap orang yang hendak berkawan dengan anak nya itu pun akan dikhabarkan.

Kerana itu Amelia tidak ada kawan. Kerana yang hendak menjadi kawan itu semuanya tidak ikhlas. Punya maksud tersirat. Hendak berteman semata-mata kerana Amelia adalah puteri tunggal nya.

Puteri tunggal kepada Dato' Benjamin Arrazi.

"Mel tak pernah cerita eh? Iya ke?" soalan Raz dibalas dengan soalan.

"Kenal kan dengan papa pun tak. Sebut nama dia pun tak pernah." Tambah nya lagi.

"Bukan Mel taknak kenalkan, pa. Tapi, Tash tu tak tahu pasal papa. Dia tak tahu pasal family kita. Dia cuma tahu Mel anak tunggal and ada papa je. Tapi dia tak tahu siapa papa."

Raz terkejut sikit. Jungkit kening.

"Dia tak tahu?"

"Hmm. Mel bukan apa, Mel serik lah orang berkawan dengan Mel sebab Mel ni anak papa. Kalau Mel tak kaya, entah-entah tak ada pun yang nak berkawan dengan Mel. Sebab tu Mel tak pernah beritahu. Dan dia pun tak pernah tanya." Ulas si anak panjang lebar.

"Mungkin dia dah tahu tapi dia sorok kan daripada Mel kot." Duga Raz lagi. Iyalah, tak mustahil nak teka yang anak dia ini anak orang kaya. Tengok lah cara Amelia berbelanja. Sesiapa pun dah boleh agak.

"Tak tahulah. Tapi Mel selesa kawan dengan dia. No pretentious. Kalau dia tak suka Mel buat something, dia akan cakap terus-terang. Tak ada jaga-jaga hati. Lagipun, dia tak pernah ambil kesempatan dekat Mel. Kalau kita orang keluar makan ke lepak ke, kita orang gilir-gilir bayar. Kalau this time Mel belanja, next time lepak dia pula belanja. Dia kata, dalam relationship kena ada give and take. Tak aci lah kalau Mel aje memberi dan dia aje menerima." Bukan main bersinar-sinar mata Amelia bercerita tentang sahabat baik anak nya itu. Kalau tak kenangkan dua-dua perempuan, memang dia akan sangka yang Amelia sudah jatuh hati pada gadis bernama Lia Natasha itu.

"Betul lah tu. Bagus lah. Bukan senang nak jumpa kawan yang baik macam tu." terdengar suara Mak Iti menyampuk.

"Kan? Lagipun, dia selalu nasihatkan Mel kalau dia rasa Mel buat salah. Mel suka kawan dengan dia sebab dia tak banyak tanya. Kalau Mel cerita, baru dia dengar. Dan kalau rasa perlu, baru dia nasihat. Mel suka cara dia." jawab Amelia lagi berbual-bual dengan Mak Iti.

Dan macam-macam lagi yang anak dara nya itu cerita kan pada Mak Iti perihal bff nya itu.

"Kalau macam tu, ajak lah dia datang rumah. Papa pun nak berkenalan juga dengan kawan baik Mel tu." pelawa nya setelah agak lama dia biarkan perbualan kedua nya itu.

"Betul ke, papa?" teruja suara Amelia. Dan dia lihat wajah Mak Iti sedikit tergamam. Iyalah, dia mana pernah jemput orang luar ke rumah ini. Tak pernah sekali pun dalam seumur hidup.

"Betul. Ajak lah dia. Minta Mak Iti masak sedap-sedap sikit. Kita makan sama-sama." Ulang Raz sekali lagi bila si anak seolah-olah terpaku tidak percaya.

"Okay! Tak sabar nak call dia!" tak sempat habiskan nasi dalam pinggan, Amelia terus capai telefon bimbit atas meja dan terus berlalu ke depan. Buat dia sengih tengok perangai comel puteri kesayangan nya itu.

"Betul ke, tuan?" soalan Mak Iti memecah lamunan.

"Betul, Mak Iti." Dia yakin kan wanita itu sekali lagi bersama senyuman. Dan kali ini dia lihat Mak Iti senyum juga bersama anak mata berkaca.




Author note:

First time nak temukan Tash and Dato' Arrazzi. Tashabarrrr!!

Agak-agak kenapa Raz tak pernah jemput orang luar datang rumah dia? Hmmm...

Tunggu next-next chapter...

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now