Bab 10

8.6K 406 13
                                    

Author note:

Amacam? Terkejut tak chapter semalam?

Bukan korang aje, Tash pun masih terkejut lagi ni. hiksss

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri


POV Tash

"Beb, asal kau tak makan?"

Bukan main tenang Amelia menghabiskan makanan dalam pinggan sedangkan pinggan dia tidak berusik walaupun sikit.

Bukan main berselera si teman menelan nasi goreng nenas dalam rangka buah nenas yang sudah di korek isi nya itu setelah menghuru-harakan keadaan tadi.

Bersusah-payah dia redakan ketegangan di lobi syarikat semasa menunggu Amelia tadi, tak pasal-pasal dengan pengakuan memandai-mandai dari Amelia itu buat kedua wanita seksi tadi kembali bergaduh.

Kali itu bukan sesama sendiri. Tetapi dia pula yang menjadi mangsa.

Dan Amelia, selamba saja tarik tangan dia keluar dan tinggalkan kedua perempuan itu diuruskan oleh mak guard tadi.

Kesian wanita tua itu. Tak pasal-pasal pening kepala. Jangan mak guard itu tiba-tiba berhenti kerja sudah lah.

"Makan lah, beb."

"Selera aku hilang." Balas nya. Tak berperasaan dia tenung nasi goreng ayam berempah di hadapan nya. Padahal itu menu wajib dan favorite dia setiap kali singgah ke sini. Tetapi waktu itu, menu itu tidak dapat membuka selera yang sejak tadi sudah mati.

"Asal?" tanpa rasa bersalah Amelia sedut jus tembikai dalam gelas.

Dia mengeluh. Cuba meredakan rusuh dalam dada. Mungkin Amelia bergurau agak nya. Atau pun sengaja nak senyap kan mulut-mulut perempuan seksi yang bergaduh tadi tu dengan memetik nama dia dalam perhubungan ilusi yang teman nya itu cipta sendiri.

Dia capai gelas jus oren dan sedut isi nya. Tekak dia sudah kering benar. Dan dia benar-benar kehausan.

"Tak salah pun kau jadi mak tiri aku."

'Burr!'

Tersembur air oren dari mulut nya. Terbatuk-batuk dia tersedak mendengar ayat selamba itu. Capai tisu atas meja dan dia lap bibir. Sambil lap permukaan meja yang sudah basah terkena tempias bahana semburan dia tadi.

Pandang sekeliling dan tundukkan wajah tanda minta maaf bila berpasang-pasang mata dok perhati dia dengan riak wajah kegelian. Mungkin masing-masing tengah mengutuk betapa selekeh nya dia saat ini.

"Kau merepek apa ni, Mel?" dia ketap bibir. Nak tinggi suara kang jadi perhatian lagi.

"Tak merepek pun. Aku cakap betul ni. Aku dah lama berkenan dengan kau. Dah lama aku nak kenen kau dengan papa aku." Tenang sungguh ayat Amelia. Kawan dia tu dah kena sampuk dengan jin tanah ke? Gaya bercakap tu macam orang tak berfikir pun ada.

"Ya Allah, Mel! Papa kau tu dah separuh abad lah!" suara dia naik satu oktaf.

"Hey! Belum sampai lah. Umur dia baru 43. Tapi, muka dia tak nampak macam orang umur 40-an pun kan. Muda. Body pun macam orang muda. Aku cakap kat kau, kalau kau letak papa aku sebaris dengan lelaki sebaya kita, papa aku boleh menang tanpa bertanding lah!"

Gah! Bukan main Amelia 'jual' bapa dia. Pada kawan baik sendiri pula tu.

"Tolong lah jangan bergurau benda-benda macam tu, Mel. Buat nya papa kau dengar kan lain jadi nya." Tegas dia pada si teman. Dalam pada terpaksa, dia jamah juga nasi dalam pinggan. Lagipun perut dia memang tengah lapar.

"Aku tak gurau, Tash. Aku serius. Aku nak lamar kau jadi mak tiri aku. Kau sudi tak?" soal Amelia lagi.

"Mel! Yang kau nak suruh kahwin tu, aku. Yang nak kena kahwin dengan aku tu, papa kau. Mana boleh kau suka-suka buat macam ni." Marah dia lagi. Entah apalah yang ada dalam kepala kawan dia ini. Tak malu kah Amelia dapat mak tiri sebaya diri sendiri?

Dia? Dengan Dato' Arrazzi? Ya Allah, tak boleh nak imagine.

"Kenapa? Kau tak sudi ke?" tanya Amelia bodoh-bodoh.

"Kau tahu tak beza umur aku dengan papa kau? Aku ni sebaya kau, Mel. Kau nak ke dapat mak tiri sebaya kau? Kau gila ke?" soalan Amelia di balas dengan bertubi-tubi soalan.

"Alah, umur tu sekadar angka lah. Aku tak kisah pun semua tu. Tak penting. Yang penting, papa aku happy. Lagipun, aku kenal kau. Aku tahu hati budi kau. Aku rasa kau layak jadi isteri papa aku." Tenang Amelia membalas setiap pertanyaan.

"Mel..."

"Please, Tash. Kau sudi kan kahwin dengan papa aku?" Amelia dah masuk mode merayu.

Allah! 




Author note:

What say you kalau korang ada kawan macam Mel ni?

Korang terima tak? Hmmmm...

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now