Bab 8

4K 213 8
                                    

POV Raz

Raz teguk kopi pahit dalam cawan. Mata nya melingas ke sana sini. Tak pandang pada makhluk depan mata.

Sejak tadi dia sudah rimas dengan perlakuan wanita di hadapan nya ini. Bukan baru ini saja, malah sejak dari dalam bilik mesyuarat tadi lagi dia sudah tidak senang dengan tindakan kurang sopan milik wanita itu.

Pandangan mata wanita itu tidak sudah-sudah merenung wajah dan tubuh nya atas ke bawah berulang kali. Di tambah dengan nada suara manja yang dibuat-buat. Tersengih-sengih macam kerang busuk.

Bukan dia saja, Nathan pun dok senggol-senggol lengan dia sejak dari tadi bila melihat perlakuan di depan mata.

Dia bukan apa, tahu sangat lah makna pandangan dan riak sebegitu. Itu bukan kali pertama dia berdepan dengan keadaan begini.

Malah, sejak dia bergelar duda hampir 24 tahun lalu, begitu lah layanan kebanyakan perempuan pada nya. Lebih-lebih lagi, saat dia dikenali sebagai ahli perniagaan dan jutawan muda. Tak henti-henti wanita dan gadis yang mula menghimpit tanpa mengira usia.

Dan sejak sepuluh tahun dulu pun, semua nya dia tepis dengan mudah. Cukup lah sekali dia bergelar suami kepada seorang wanita yang tidak tahu menghargai. Dia sudah serik.

Bukan tidak pernah teman-teman lain menggalakkan dia mencari pengganti. Malah mak dia sendiri pun adakala nya bertanya walaupun wanita itu tidak pernah mendesak atau memaksa. Tetapi dia lebih selesa begini.

Dia dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada puteri kesayangan nya. Dan dia tidak perlu risau di khianati sekali lagi. Pengalaman lalu sudah cukup mengajar. Biarpun berkali-kali teman nya mengkhabarkan tentang nikmat alam perkahwinan, dia langsung tidak teruja untuk menamatkan zaman duda nya.

Tetapi, biarpun berkali-kali berdepan situasi sama, tetap tidak menghalang dia untuk berasa rimas. 

Mengapa perempuan semua nya sama? Hanya tahu menggoda lelaki yang sudah berjaya tanpa sanggup susah-senang bersama? Sanggup buat apa saja termasuk memalukan dan menjatuhkan maruah diri semata-mata untuk mendapatkan lelaki kaya? Itu yang dia masih tidak mengerti.

Dia toleh sekilas ke arah Nathan yang sedang ralit bersembang dengan Kamal. Alvin, Fikri dan Luthfi juga sedang larut dalam perbualan. Sedang dia di tinggal sendiri bersama wanita di depan mata yang masih tersengih sejak tadi.

"Dato' tak mahu makan apa-apa ke? I boleh tolong order kan." Pelawa wanita itu lagi entah untuk kali yang ke berapa. Padahal sudah beberapa kali pun jawapan dia tetap sama.

"No, thanks. I dah makan lunch tadi so masih kenyang lagi." Balas nya ringkas.

"Patut lah body dato' masih macam orang muda. Jaga makan ya?"

Haih, kenapa lah komen mereka semua sama? Kalau tak badan dia, wajah dia. Kalau tidak, puji kejayaan dia. Tak ada ayat lain ke?

"Saya ada terbaca yang dato' dah lama menduda. Kenapa tak cari pengganti, dato'? Saya rasa, muka macam dato' ni, beratur perempuan tawar diri nak jadi isteri. Lagipun, dato' pun nampak muda lagi. Tak langsung nampak macam dah 40-an." Puji Hairina lagi. Sambil mata wanita itu tetap galak renung dia atas ke bawah.

"I tak discuss personal life I dengan orang luar. Sorry." Ringkas dia menjawab. Tetapi nampak gaya macam Hairina tidak faham-faham.

Dia tebarkan pandangan ke sekeliling. Dan akhir sekali mata nya tertancap kepada figura yang sedang berjalan sambil telek telefon bimbit tanpa hirau keadaan sekeliling.

Terus dia tegak tubuh dan bangkit.

"I nak ke toilet sekejap. Excuse me." Terus dia melangkah laju. Tidak peduli dengan yang lain-lain. Biarlah Hairina saja yang khabarkan kepada mereka nanti.

Dan dia kejar langkah pantas itu sambil butang kot nya.

"Tash?" panggil nya sekali dan tubuh itu terhenti lantas berpaling.

"Dato' panggil saya?" soal gadis itu dengan dahi berkerut sambil simpan telefon bimbit yang sejak tadi di kelek ke dalam beg tangan.

"Nak ke mana?" soal nya dan dia lihat Tash kerut dahi. Pandang dia pelik.

"Nak balik lah. Dah pukul 5.30." ujar gadis itu dengan nada suara polos menggambarkan yang macam dia sedang tanya soalan bodoh.

"Oh. Ada janji dengan Mel ke?" tanya dia sekali lagi. 

Dan sekali lagi juga wajah cantik itu berkerut pandang dia.

"Mel cakap dekat saya dia ada kursus di Langkawi. Esok baru balik. Takkan lah dato' tak tahu?"

Dan-dan Raz rasa macam nak tepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa padahal baru setengah jam tadi Ghaz hubungi dia memaklumkan keberadaan puteri kesayangan nya itu.

"Mel tak minta izin dato' ke dia pergi sana?" sekali lagi Tash bertanya. Dan kali ini wajah itu kelihatan agak serius.

"Tak lah. Dia beritahu. Saya terlupa." Akui nya bila dia lihat Tash mahu seluk beg tangan. Barang kali mencari telefon bimbit. Takut pula dia kalau Tash hubungi Amelia dan bertanya. Tak pasal-pasal anak dara nya itu fikir bukan-bukan nanti.

"Okay. Kalau macam tu, saya balik dulu lah. Dah lambat ni. Takut jalan jem. Minta diri dulu, dato'."

Tash tunduk kepala sedikit dan tanpa sempat dia membalas, tubuh itu terus berlalu. Berjalan pantas menuju ke tapak tempat letak kenderaan.

Pertama kali rasa nya dia ditinggalkan dalam perbualan. Biasa nya dia yang meninggalkan perempuan.

Bibir mengukir senyum namun pantas dia geleng kepala sendiri.

Itu kawan Amelia. Jangan yang bukan-bukan!

Tegah nya pada diri sendiri namun mata nya masih terpaku pada tempat yang sama meski si gadis sudah hilang dari pandangan.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now