Author note:
Special for all of you cause I'm feeling generous. Hehehehe
Here you go! I akan rest few days before I upload special chapter tauuu!
Enjoy!!
Jangan lupa komen, vote and share.
Thank you.
Lots of Love,
fhyuri
Setahun kemudian...
POV Raz
Raz buang pandang ke arah laman dari balkoni di bilik nya.
Usai sampai ke rumah selepas asar tadi, dia terus bergegas ke bilik. Bersihkan diri dan tunaikan solat.
Tash sudah berpesan sejak dari awal mengandung lagi, balik kerja kena terus mandi, utamakan yang wajib dulu, lepas tu baru lah jumpa anak isteri. Pertama, jangan tunai solat dengan tubuh dan pakaian yang tak bersih. Dan yang kedua, wangi-wangi dulu untuk orang tersayang.
Dia iyakan saja lah kehendak si isteri. Lagipun, memang kebersihan diri pun satu kewajipan. Dan dia pun tidak mahu anak isteri terkena sebarang penyakit atau kuman yang di bawa dari luar rumah.
Tambah-tambah lagi, mereka sudah ada bayi kecil sekarang.
Senyum tak lepas bila dia lihat Amelia sedang mengagah si kecil yang ada dalam gendongan isteri nya.
Muhammad Bilal Aryan bin Ahmad Benjamin Arrazzi.
Sudah masuk tiga bulan usia anak lelaki nya itu. Dan sepanjang kehamilan Tash, isteri nya itu benar-benar berubah menjadi seorang yang manja. Ada kala pening hendak melayan, ada kala dia berdebar-debar sendiri.
Mujur juga Tash tidak mengidam yang aneh-aneh. Hanya saja isteri nya itu memanjang mahu berkepit. Kadang-kadang, Tash terjah pejabat nya waktu tengahari ajak lunch bersama. Ada masa tu, belum tengahari pun Tash dah muncul.
Petang bila balik kerja, usai dia keluar bilik air saja, Tash sudah terkam dan peluk tubuh dia. Kata Tash rindu pada haruman tubuh nya. Dia pun apa lagi. Dah isteri dia buka jalan, takkan lah dia duduk diam saja.
Itu yang Mak Iti, Amelia, mak, gelarkan mereka pasangan belangkas. Nak berkepit sentiasa.
Dan, Alhamdulillah...
Disebabkan itu juga, sedikit demi sedikit rasa curiga nya pada Tash mula terhakis. Semakin perut Tash membesar, semakin dia mampu percayakan isteri nya itu. Sampai kan kadang-kadang dia pun tak perasan kalau Tash tak mesej dia, maklum kan aktiviti setiap satu jam. Dia tidak gelisah dan lebih tenang.
Dan, saat yang paling tidak boleh dilupakan adalah ketika dia menemani Tash di bilik bersalin tiga bulan dulu. Dia tidak berpeluang menyaksikan semua itu sewaktu kelahiran Amelia, tetapi dia akan pasti berada di sisi Tash untuk kelahiran anak mereka.
Aryan, dan yang seterusnya...
Saat Tash bertarung nyawa melahirkan Aryan, dia baru lihat sendiri bagaimana susah-payahnya seorang ibu melalui proses melahirkan anak. Berapa lama menanggung sakit kontraksi. Sampai lemah tubuh Tash jadi nya. Namun, mujur lah segalanya dipermudahkan. Tash bersalin secara normal setelah hampir 3 jam berada di dalam bilik bersalin.
Dan menyaksikan itu juga buat dia insaf sendiri. Amarah yang lama berkumpul dalam hati terhadap bekas isterinya hilang begitu saja. Dia maafkan segala kesalahan Mariana walaupun wanita itu pernah bertindak kejam pada dia dan Amelia. Kerana dia tahu Mariana juga bertarung dengan nyawa saat melahirkankan puteri hati nya itu dulu.
Dia juga kena terima. Seperti kata Tash, mungkin bukan Mariana tidak sayangkan Amelia, cuma ada sesetengah manusia yang memang tidak dikurniakan sifat sebagai ibu dan bapa.
Memang susah untuk redha. Tetapi dia perlu belajar memaaf dan melupakan.
Dia senyum lagi bila melihat Amelia menggerakkan tangan Aryan ke arahnya. Melambai-lambai meminta dia turun ke laman.
Raz pun memang rindu benar pada si kecil itu. Sebab itulah dia cepat-cepat pulang hari ini. Tash memang masih lagi tengah cuti berpantang. Dan tidak silap dia, memang Tash sengaja pohon cuti tambahan sebulan lagi sejak sebelum bersalin dulu. Jadi 3 bulan cuti bersalin dan 1 bulan cuti tanpa gaji.
Mungkin Tash mahu berehat lebih panjang sambil temani bayi mereka di rumah. Dia tak kisah pun. Lagi suka adalah. Boleh lah dia curi-curi balik waktu makan tengahari nanti. Isteri ada dekat rumah, dia dekat pejabat pun tak tenteram. Terbayang-bayang wajah tersayang setiap saat.
Rindu.
Melangkah keluar dari bilik, dia terus tuju ke laman. Dari jauh terdengar suara Tash dan Amelia riuh berborak sakan. Penuh teruja masing-masing.
Raz dekati dan kucup dahi isteri nya sekilas sebelum melabuhkan kucupan di dahi Amelia dan akhir sekali di pipi Aryan yang berada dalam gendongan anak gadis nya itu.
"Jom, Yan. Papa tu kalau nampak mommy, dia tak pandang dah orang lain. Biar lah dia orang dating. Yan ikut kakak tengok Nek Iti buat apa ya..." suara Amelia yang meleret menyedarkan Raz.
Laju langkah si anak dan hilang ke dalam rumah. Dia langsung tidak sedar yang dia sedang berangan. Dia hanya pandang wajah isteri nya saja. Tak perasan tenggelam lama dalam khayalan.
"Abang okay ke?" soalan Tash buat dia senyum tipis. Labuhkan punggung di sisi isterinya itu dan peluk tubuh langsing itu erat.
Dah lepas bersalin pun badan isteri nya masih halus dan kecil molek. Waktu mengandung lagi lah. Comel saja dia tengok dengan perut memboyot tu. Mana lah dia tak sentiasa terpikat. Itu yang dia rasa nak buat Tash mengandung selalu.
"Hari ni dah hari ke seratus kan?" dia jungkit kening. Tayang sengih nakal. Saja mengusik.
"Abang!" Tash pukul lengan dia. Bukan kuat pun. Lembut saja. Isteri comel dan manja dia ini.
"I miss you, sayang..." ucap nya sambil benam wajah ke ubun-ubun Tash. Hidu haruman kegemaran nya itu. Haruman yang selalu buat dia gila bayang.
Meski setiap masa bersama, dia masih tak mampu halang hati untuk sentiasa rindu pada isteri sendiri.
"Tash pun. Sentiasa rindu." Balas Tash dan eratkan pelukan.
Masing-masing melayan perasaan sambil di temani rembang senja. Matahari mula melabuhkan tirai dan sebentar lagi langit yang jingga bakal berubah biru dan kehitaman.
Begitu juga kehidupan. Ada terang dan ada masanya gelap. Kadang kala gerhana. Namun, itu tidak bererti segala-galanya berakhir di situ. Kehidupan perlu diteruskan.
Untuk capai bahagia tak mudah. Tetapi bukan bererti mereka perlu mengaku kalah. Selagi Tuhan beri masa dan kesempatan, jangan sesekali berhenti berjalan. Teruskan perjuangan. Kerana di akhirnya selepas hujan, pasti akan wujud pelangi yang indah.
Dahulu Raz tertanya-tanya. Bila ramai kawan-kawan ceritakan keseronokan berumah-tangga, dia tidak mengerti. Kerana dia tidak pernah mengecap semua itu. Kecuali ketika saat Amelia wujud.
Namun sekarang dia faham. Hidup bersama Tash buat dia mengerti. Inilah yang digelar nikmat perkahwinan. Dia bahagia seadanya. Dan berharap moga kebahagiaan ini kekal sampai bila-bila.
Selama mana yang Tuhan izinkan...
~TAMAT~
P/S: Tunggu special chapter tauuu!!
Tamat buat masa ini......
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...