Author note:
Since weekend ni agak busy sikit, so malam ni update 1 chapter sebab esok pagi tak sempat nak update. Kalau tak busy, esok malam I try upload another chapter kayy?
Enjoy!!
Jangan lupa komen, vote and share.
Thank you.
Lots of Love,
fhyuri
POV Raz
Raz semak laporan yang Luthfi minta tadi. Lega bila semua sempurna dan dia turunkan tanda tangan di dokumen itu. Nanti dia boleh pass pada Luthfi semula.
Buka cermin mata dan bersandar di sofa. Tengok jam sudah hampir ke pukul 1 pagi.
Tadi nya bila Tash minta izin untuk bersihkan diri dan tukar pakaian, dia hanya beritahu yang dia mahu selesaikan sedikit kerja dia ruang tamu ini.
Tash hanya mengangguk dalam senyuman sebelum berlalu ke kamar utama.
Dalam pada sekejap, hampir sejam juga dia berada di sini dan membiarkan Tash sendirian di dalam bilik sana. Baru saja menikah, dah sibukkan kerja berbanding isteri. Apalah kata Tash nanti.
Dengan langkah pantas, dia tuju ke kamar utama. Masuk dan rapatkan daun pintu. Pandang ke arah katil namun tiada kelibat isteri nya di situ.
Buang pandang dan dia lihat pintu balkoni sedikit terbuka dan langsir sedikit berkibar di tiup angin malam dari tingkat 22 ini. Mungkin Tash ada di sana.
Cepat-cepat dia ambil tuala dan menuju ke kamar mandi. Bersih kan diri sepantas mungkin.
Sarung sweatpants dan biarkan separuh tubuh nya terdedah. Tak perlu pakai baju kut sebab bukan ada orang lain pun melainkan mereka berdua. Lagi pula, dia memang biasa tidur tidak berbaju.
Atur langkah ke balkoni dan tubuh nya kaku sekejap. Bibir bagai di gam tiba-tiba bila melihat figura itu sedang membelakang kan nya. Membiarkan rambut panjang berwarna coklat pekat itu beralun di tiup angin.
Tubuh yang biasa nya tertutup itu kini separa terdedah. Bersarung dress berwarna merah pekat yang begitu kontra dengan warna kulit itu dan berlengan pendek, labuh separas betis. Sedikit lebar bukaan di bahagian leher hingga menampakkan separa bahu.
Dalam hati bersyukur dan memuji nama Tuhan tidak henti. Betapa indahnya perhiasan duniawi...
Dihampiri rapat hingga dapat dia hidu haruman yang terbit dari helaian rambut panjang itu. Perlahan kedua tangan bergerak sendiri, memeluk ke dalam dakapan.
Rasa nya, Tash pasti boleh mendengar betapa laju nya degupan jantung dia dek kerana tubuh halus itu sudah bersandar dan melekap erat di dada nya.
Dan terasa ada jemari yang menyentuh lengan nya. Selesa bila telapak tangan halus itu menyentuh kulit. Tenang.
Satu perasaan yang sudah lama tidak dia alami.
Lama mereka terdiam. Hanya membiarkan tubuh masing-masing di sapa angin malam. Sesekali Raz tunduk mengucup kepala isteri nya lembut. Terpaksa menunduk sedikit dek kerana ketinggian Tash yang hanya separas ketiak nya.
Kecil molek saja isteri nya itu.
"Abang..." panggilan itu buat dada Raz rasa nak luruh. Menggigil sampai ke tulang hitam. Mujur lah dia tidak goyah lutut saat kali pertama Tash menyebut gelaran itu pada ketika dia sarungkan cincin di jari manis isteri nya. Kalau tidak, sah-sah akan jadi bahan kutukan Nathan.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...