Bab 34

9.7K 369 11
                                    

POV Tash

Sampai di rumah tengah malam itu, Tash terus naik ke bilik. Mahu bersihkan diri dan tukar pakaian.

Penat tak hilang lagi.

Kata Raz, jemputan tidak ramai. Tetapi rasa nya, hampir seribu orang juga tadi yang datang. Dia tidak tahu mana datang nya semua itu sebab kawan-kawan pejabat yang dia jemput hanya lah beberapa orang saja.

Itu pun hanya yang rapat-rapat dengan nya saja. (Tidak termasuk Hairina) sebab nya dia tak rapat pun dengan wanita itu. Dan dia tidak mahu wanita itu buat kecoh pula tiba-tiba. Bukan dia boleh jangka perangai Hairina yang kadang kala di luar kotak pemikiran itu.

Encik Kamal, Encik Alvin, Lucy dan beberapa orang lagi staf lain punya lah terbuntang mata masing-masing bila dia serah kad kahwin beberapa hari sebelum majlis resepsi.

Baru lah terbongkar rahsia siapa penghantar bunga selama ini yang mereka gelar boyfriend terpaling romantik dia itu.

Dan bila mereka sampai di dewan tadi, masing-masing tersengih sumbing tengok dia berpegangan tangan dengan Raz di karpet merah. Mungkin masing-masing tak pernah terfikir yang budak hingusan macam dia ini berjaya pikat hati duda terhangat di Malaysia. Heh!

Sempat juga Raz kenalkan dia kepada beberapa orang kenalan perniagaan lelaki itu. Dan salah satu daripadanya, tentulah Dato' Jazli, bos dia sendiri. Lelaki itu tak nampak terkejut pun. Iyalah, rasanya Dato' Jazli antara orang paling awal yang tahu tentang mereka berdua kut.

Dan dia rasa, selebihnya adalah pekerja pejabat Raz, kawan-kawan belajar lelaki itu, beberapa orang rakan perniagaan, tak silap dia ada juga beberapa orang VIP bergelar Menteri. Dan siap ada wartawan datang buat liputan.

Dia tak selesa sebenarnya. Jadi sewaktu suami nya melayan pertanyaan wartawan, dia hanya senyum saja. Dan lebih banyak berkepit dengan Amelia dan mak mertua nya kut.

Namun, sejak dari awal majlis lagi dia dapat rasakan ketegangan antara kedua beranak itu. Mak turut menyuarakan pendapat yang sama.

Malah, saat berada dalam kereta tadi pun, dia lihat Raz hanya diam saja. Sesekali lelaki itu meramas mesra jemari nya namun dia pasti ada sesuatu yang suami nya itu sembunyi kan.

Mujur juga Amelia, mak dan Mak Iti menaiki kenderaan lain jadi tidak lah orang lain perasan akan ketegangan antara keduanya itu.

Usai bersihkan diri dan sarung dress tidur biasa dan cardigen, sarung tudung ringkas, dia melangkah keluar dari bilik. Cadang nya mahu membasahkan tekak di bawah.

Tetapi langkah terhenti bila dia lihat wajah keruh Amelia yang sedang berjalan menuju ke bilik tidur lantas menghempas pintu kuat. Terangkat bahu nya gara-gara terkejut.

Terkaku dia beberapa minit di tempat dia berdiri sebelum matanya berlaga pandang dengan mata mak. Dia berjalan menghampiri wanita itu yang berdiri di depan pintu bilik, bersebelahan dengan bilik Amelia.

"Tash risau lah, mak." Beritahu dia sedikit gusar. Tak pernah dia lihat wajah Amelia merah begitu. Dan dia agak, mungkin Amelia memang sedang bergadus dengan Raz kerana sewaktu dia dan mak naik ke bilik tadi, Raz menahan langkah Amelia di ruang tamu. 

Dia ikut mak ke tengah bilik wanita itu. Labuh kan duduk di birai katil bersebelahan dengan mak.

"Tak ada apalah tu. Biasa lah ada salah faham sikit. Nanti mereka okay lah." Ujar mak dengan nada tenang walau dia dapat lihat riak wajah itu berkerut-kerut. Mungkin mak juga risau tetapi sengaja nak sedapkan hati dia dan hati sendiri.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now