Author note:
Hiiiii!! I nak say thank you sooooo muchhhh dekat korang yang sudi baca cerita I, vote and komen. Thank you thank you thank you!! 😘😘🫶
Actually I nak update special chapter ni pagi tadi. Tapi tak sempat sebab kena berkejar hantar my mum buat check-up. Now baru balik, baru sempat menghadap laptop. Here you go!
Enjoy!!
Jangan lupa komen, vote and share.
Thank you.
Lots of Love,
fhyuri
Deleted Chapter 1 (Raz Revenge)
POV Raz
Kali kedua dia jejak kaki ke dalam bilik tahanan ini setelah kali pertama lebih kurang 20 tahun dulu. Tak banyak yang berubah. Keadaan bilik ini masih sama seperti dulu. Masih kelam, suram dan menggerunkan setiap penghuni nya.
Dia juga kali pertama dulu rasa menggeletar tubuh saat berdepan situasi begini. Kedudukan semua hampir sama. Yang berubah hanya lah penghuni yang terikat di kerusi itu saja.
Namun, siapa kata kali kedua ini dia tidak menggeletar?
Masih rasa itu. Hanya saja kali ini arah getar itu sudah berbeza. Bukan lagi menggeletar kerana gerun, sebaliknya kerana rasa marah yang dia simpan sejak semalam.
Saat dia lihat Amelia tergesa-gesa turun ke bawah dengan wajah cemas, hati dia sudah berdebar tidak enak. Dan, bila saja si anak memaklumkan perkhabaran yang Tash dimasukkan ke hospital, terus dia rasa darah mengalir menongkah arus. Bahang dari kaki naik sampai ke kepala.
Mujur juga dia sempat beri arahan pada Ghaz untuk ekori Amelia dari belakang walaupun dia minta Pak Harun yang menghantarkan Amelia ke hospital.
Saat kereta yang di pandu Pak Harun meluncur laju keluar dari perkarangan rumah, dia terus hubungi Luna. Kerana dia tahu Luna boleh dapatkan segala maklumat yang dia mahukan dengan cepat. Kalau dia khabarkan pada Nathan, nak tunggu perkara itu sampai kepada Luna, dia yakin bakal memakan masa sedangkan dia tidak mampu bersabar walaupun untuk lima minit.
Dan waktu yang sama juga, dia pandu kereta nya keluar menuju ke rumah Nathan. Walaupun Luna kata akan maklumkan apa-apa pada nya secepat mungkin tetapi dia tidak sanggup menunggu.
Saat Luna berjaya dapatkan semua maklumat dan Nathan katakan akan uruskan semua nya, dia tahu ke mana arah yang sahabatnya itu maksudkan. Dan dia sendiri minta untuk sertai 'sesi' hari ini.
Disebabkan itu, dia ada di sini hari ini. Kerana dia betul-betul mahu lepaskan segala rasa amarah, cemas, berdebar dan bahang yang dia rasakan saat berita tentang Tash sampai ke telinga nya semalam.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...