POV Tash
Tash genggam jari jemari yang sejak tadi berubah suhu. Sejuk bawah paras beku. Sampai nak gerakkan pun dia rasa payah.
Tetapi dalam masa yang sama, basah telapak tangan.
Nervous. Gabra. Cuak. Dan yang sewaktu dengan nya.
Punca nya?
Sebab meeting yang bakal berlangsung dengan Syarikat Endangwira sebentar lagi.
Ya Allah, sebelum ni memang lah dia cuak. Tapi cuak itu lebih kepada teruja sebab dia bakal menjadi ahli team yang bekerjasama dengan Syarikat gah milik dato' muda yang berpengaruh di Malaysia.
Namun, kali ini cuak nya lebih kepada gementar yang risau, kerana dia bakal berdepan dengan lelaki yang juga ayah kepada teman baik nya sendiri.
Kenapa dia kena cuak?
Dia pun tak pasti.
Mungkin sebab dia masih lagi rasa aura takut itu sewaktu berkunjung ke rumah banglo milik Amelia hampir dua minggu yang lepas.
Mujur lah dia hanya watak picisan dalam mesyuarat ini. Kalau lah dia yang kena bentang proposal, rasa nya sekarang juga dia mati kejung. Tak pun koma dekat hospital.
Astaghfirullah al azim! Minta di jauhkan perkara-perkara buruk!
"Tash?"
"Hah?! Encik Kamal panggil saya ke?" terkejut bila terasa bahu nya di cuit.
"Dari tadi saya panggil tapi awak khayal. Awak okay ke? Muka awak nampak pucat. Tak sihat?" soal lelaki itu prihatin.
Lelaki separuh abad yang juga bos nya. Pengganti kepada Encik Hafiz. Dan nyata kedua-duanya baik hati dan dia selesa dengan mereka.
"Oh tak adalah. Saya okay saja. Tengah fikir hal lain tadi. Maaf Encik Kamal." Pinta nya sopan. Bukan apa, sudahlah lelaki itu berbaik hati menyertakan dia dalam projek ini. Dia tidak mahu lah hancurkan kepercayaan lelaki budiman itu.
"Tak apa. Saya bukan apa. Risau kalau awak sakit aje." Ujar lelaki itu lagi bersama senyuman. Sedikit sebanyak terpujuk juga hati galau dia.
"Okay je, Encik Kamal." Sambil dia kerling ke arah teman-teman sekerja lain yang turut ada dalam mesyuarat ini.
Encik Kamal selaku ketua projek, Encik Alvin, Encik Fikri dan Hairina di hujung sekali. Yang sedang merenung dia tajam sambil tayang wajah masam.
Dia pun tak faham apa kena dengan minah tu. Sejak dari hari pertama dia masuk kerja, Hairina sudah tidak puas hati dengan nya. Jeling sana, jeling sini. Renung dia macam dia ada buat salah besar dan sentiasa cari cara nak buruk-buruk kan dia.
Malas dia hendak melayan. Selagi belum menyentuh fizikal, dia lantak kan saja perangai wanita yang tua sepuluh tahun daripada nya itu.
Lagipun, dia tak mahu lah berkurang ajar dengan orang tua. Selagi masih boleh bersabar, dia sabar saja lah.
Namun, baru dia lihat sekejap tadi wajah bengis milik Hairina, kini wajah itu sudah mempamer senyuman manis. Semanis madu.
Dan dia ikut semua yang lain berdiri menyambut ketibaan wakil Syarikat Endangwira.
Bila terpandangkan arah pandangan Hairina itu, baru lah dia mengerti.
Patut lah dari wajah masam mengkudu tiba-tiba bertukar jadi semanis kurma. Rupa-rupa nya terpanah mata dengan penampilan segak jutawan muda itu agak nya.
Iyalah, dia masa lihat gambar lelaki itu di internet pun boleh perasan akan kekacakan dan ketampanan lelaki itu. Walaupun sudah mencecah 43 tahun, namun Dato' Arrazzi masih lagi segak bergaya. Sebaris dengan anak-anak muda seusianya. Mana lah ada hati wanita tak terpikat.
Itu yang buat dia terkejut beruk masa Amelia kenal kan lelaki itu sebagai papa nya. Dia betul-betul tak sangka yang lelaki itu ada anak yang sudah dewasa seperti Amelia. Tambah pula, Dato' Arrazzi tidak pernah menceritakan tentang kehidupan peribadi nya pada umum. Kebanyakan maklumat hanya lah berkenaan perniagaan.
Itu lah juga yang dia khabarkan pada Amelia sebelum ini. Tentang kekaguman nya pada seorang figura jutawan yang dia kira agak muda yang bakal bekerjasama dengan syarikat tempat dia bekerja. Sempat dia selit kan juga pujian tentang ketampanan lelaki itu.
Mujur lah Amelia tak terlepas cakap depan Dato' Arrazzi. Jika tidak, mana dia hendak letak muka?
Malu dek non!
"Selamat berkenalan, semua. Saya Luthfi, PA Dato' Arrazzi. Ini Encik Nathan, salah seorang wakil syarikat kami. Dan Dato' Arrazi sendiri." Lelaki bernama Luthfi itu memperkenalkan diri dan tetamu yang di bawa bersama nya.
Mula lah sesi perkenalan sebelum masing-masing ambil tempat di kerusi.
Hampir tiga jam kemudian baru lah selesai pembentangan proposal dan perbincangan antara mereka semua.
Dia kerling jam di pergelangan tangan, sudah hampir ke pukul 5 petang. Tadi nya mereka bermula selepas waktu rehat tengahari.
Tak payah cerita lah macam mana dia tahan diri tengok skrin dan pembentang di depan. Antara nak tidur dan nak muntah.
Mengantuk sebab lunch makanan berat dan dalam masa sama rasa nak terkeluar isi perut bila dia tengok tingkah gedik dan tubuh liuk-lentok milik Hairina.
Dia tak tahu lah orang lain perasan ke tidak. Atau mungkin orang lain dah biasa dan pilih untuk tidak ambil tahu. Tetapi dia yang pertama kali berdepan dengan situasi begini, memang tak reti nak kawal riak wajah. Harap nya orang lain tak perasan la muka dia yang berusaha tahan loya tadi.
Kemas-kemas barang di dalam bilik mesyuarat itu sambil membiarkan suara-suara lain berbual. Dan telinga lintah nya masih dapat menangkap nada suara manja milik Hairina.
Allah, nak cair rasa taik telinga dia. Gedik dia tak main-main. Dia tidak tahu lah dengan siapa Hairina berbual. Mungkin dengan Dato' Arrazzi, mungkin juga dengan Encik Nathan. Atau juga Luthfi. Kerana ketiga-tiga lelaki itu punya wajah kacak tersendiri.
Ke syarat nak kerja di Endangwira kena yang ada rupa saja?
"Tash, kami nak turun ke lobi minum petang. Awak ikut kan?" Encik Kamal menegur nya pada saat dia sedang shut down laptop dan cabut wayar projector.
"Tak apa, Encik Kamal. Saya kemas semua ni. Lagipun, saya ada kerja lain lagi. Encik Kamal pergi lah dengan yang lain." Balas nya dalam senyuman.
"Alah, you tinggal saja benda tu semua. Kita pergi minum dulu. Ini nanti I pun boleh tolong kemas." Ujar Encik Fikri seakan memujuk. Tidak mahu lelaki itu perasan, dia saja undur langkah menuju ke arah soket dan cabut plug. Bukan apa, dia agak tidak selesa dengan lelaki itu yang suka sangat berdiri rapat-rapat dengan nya. Tak padan dengan dah berbini, pandang dia macam nak tembus semua benda. Kadang-kadang tu sengaja sentuh tubuh dia. Tangan lah, bahu lah, lengan lah. Buat dia seram sejuk dengan perangai lelaki itu.
"Tak apa. Saya kemas semua ni. Encik Fikri dan semua boleh turun dulu ya?" dia gulung wayar bersama senyuman yang di buat-buat. Tak ikhlas pada lelaki itu.
"Nanti janji you turun tau!" sekali lagi dia larikan tubuh bila tangan Encik Fikri mula mahu menyentuh tangan nya.
"Insha-Allah." Balas nya pendek. Dan biarkan semua orang berlalu.
Dan saat pintu bilik mesyuarat itu tertutup rapat, dia hela nafas yang tertahan sejak tadi.
"Memang tak lah aku nak turun ke bawah. Buat kerja di office lagi baik." Bisik nya sendiri. Padahal kemas barang-barang ni bukan lama pun. Tapi dia sengaja lambat-lambat. Sebab tak mahu turut serta. Tak sanggup duduk semeja dengan Encik Fikri.
Double seriau!
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...