POV Tash
Tash rebahkan tubuh ke katil. Letih betul selepas mengharung hampir 5 jam perjalanan di dalam kapal terbang. Cewah, gaya macam dia pula yang jadi pilot. Padahal kerja dia memanjang melentok di bahu suami. Tidur tak sudah. Itulah, selalu kutuk Amelia kaki tidur, sekarang dia pula sama berjangkit.
Bukan apa, mereka bergegas berkejar naik flight sejurus selesai mengerjakan umrah. Itu yang tak sempat berehat dah terus kena ke airport. Mujur lah sempat kejar sebab ngam-ngam mereka sampai, terus kena panggil boarding.
Dan mujur juga encik suami sangat memahami. Sampai di Leonardo da Vinci-Fiumicino Airport tadi, terus mereka naik airport shuttle ke hotel yang Raz tempah di tengah-tengah bandar Rome. Kata Raz, mereka akan bermalam di sini selama tiga malam kemudian akan terbang ke France dan setelah itu ke Switzerland.
Entah lah. Dia bukan tahu menahu pasal benda ni. Semua Raz yang uruskan. Dia macam lembu kena cucuk hidung lah. Mengikut aje.
Usai check in tadi (nasib baik cepat), terus mereka ke bilik. Selesaikan urusan fardu lepas tu terus dia baring ke katil. Tadi rasa mata macam mengantuk betul, tapi elok badan rebah ni tak mahu pulak lelap.
Sudah nya dia terkebil-kebil sendiri. Mengiring ke kanan. Ke tempat peraduan yang kosong. Tadi Raz suruh dia berehat dulu kerana hendak menjawab panggilan dari Luthfi. Dengar haritu macam dah selesai semua urusan kerja sebelum mereka berangkat, alih-alih, berduyun juga panggilan masuk dari Luthfi tentang hal kerja.
Dia tak kisah pun. Faham saja yang Raz memang selalu sibuk. Ini dapat bercuti sejauh ini dan lama macam ni pun dia risau je. Kot lah tiba-tiba ada kecemasan ke apa. Tapi Raz yakin kan yang semua okay-okay saja.
"Tak tidur pun?" tidak sedar entah berapa lama dia berangan sehingga dia mendengar soalan itu. Sekelip mata ruang kosong tadi sudah terisi. Tubuh suami sedang berbaring mengiring ke arahnya. Bila masa Raz naik katil? Dia langsung tak perasan.
"Tak mengantuk pula. Abang okay ke? Kerja okay ke?" soalnya sambil betulkan letak kedua tangan di bawah pipi.
"Jangan risau. Tak ada apa yang penting pun. Luthfi cuma maklumkan pasal agreement yang dah settle tu je." Ujar Raz sambil rapatkan tubuh. Tarik dia mendekat dan letak kepala nya di pangkal lengan lelaki itu. Sebelah tangan Raz pula membelai rambut nya lembut.
"Abang dah call Mel?" dia bertanya lagi. Dan lihat senyum meniti di bibir Raz.
"Dah, sayang. Settle call Luthfi tadi abang terus call Mel. Tapi tak dapat cakap lama. Dia pun ada meeting. Dia kirim salam saja dekat mommy dia ni." Tash senyum bila Raz cuit manja pipi nya. Salam Amelia dia jawab dalam hati.
Tadi sebelum bertolak, dia ada hubungi Amelia memaklumkan tentang perjalanan mereka. Tetapi ketika itu Raz pergi ke tandas. Dia pun tak dapat berbual panjang sangat sebab mereka kejar masa. Dia cuma khabarkan pada Amelia yang nanti dia minta Raz hubungi teman nya itu lagi bila mereka sudah tiba.
Tetapi, pasal dia dah letih sangat, entah ke mana lah barang-barang dia semua dia campak. Beg dia pun ke mana, telefon bimbit pun entah ke mana.
"Kenapa abang pandang Tash macam tu?" sekali lagi dia bertanya bila dia lihat mata Raz begitu tunak memandang kepadanya. Walaupun jemari lelaki itu masih mengusap kepala dan rambut nya tetapi pandangan Raz seolah-olah seperti lelaki itu sedang khayal.
"Abang terfikir sendiri, macam mana lah lelaki macam abang ni boleh dapat isteri macam Tash."
"Abang baru sedar ke yang Tash tak layak untuk abang?" duga Tash sambil jungkit kening. Terus bulat mata Raz.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...