Bab 3

9.2K 421 8
                                    

POV Tash

Capai gelas air putih atas meja dan dia teguk sopan. Letak gelas kembali dan dia betul kan duduk.

Sempat pandang jam di pergelangan tangan.

Lagi lima belas minit menjejak ke jam dua belas malam.

Sementara itu dia lihat Amelia masih ralit dengan cheesecake di dalam piring kecil dan di depan teman nya itu juga sudah bersusun piring yang dia kira hampir 5 biji.

            Sementara itu dia lihat Amelia masih ralit dengan cheesecake di dalam piring kecil dan di depan teman nya itu juga sudah bersusun piring yang dia kira hampir 5 biji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak 2 jam yang lepas usai makan malam, tak henti-henti Amelia pesan dessert.

Dan sudah berjenis-jenis. Rasa nya, hampir semua flavor kek yang ada di restoran ini sudah Amelia pesan. Itu yang bersusun piring.

Tidak cukup itu, di pesan lagi segala jenis pudding yang ada. Aiskrim lagi. Dia tidak tahu pula Amelia ada misi untuk dapat kencing manis.

Dan bila dia tengok piring depan cheesecake Amelia sudah kosong, teman nya itu berura-ura untuk pesan lagi entah apa jenis pula manisan, dia tegah pantas.

Beri isyarat pada pelayan untuk tidak melayan.

"Enough, Mel. Dah berapa banyak dessert kau makan ni. Nak kena kencing manis ke?" dia hulur gelas air putih. Minta Amelia teguk, dan pada masa yang sama dia jauhkan gelas sparkling juice dari Amelia.

"Jangan halang. Aku tengah stress ni." pendek Amelia bersuara dan berusaha merampas kembali gelas di tangan nya. Namun, dia jegil kan mata dan tunjuk isyarat gelas berisi air putih.

Walaupun mendengus, dia simpan senyum bila Amelia akur dan teguk juga air putih itu.

"Gaduh dengan papa kau lagi?" duga nya. Sejak kali pertama dia berkawan dengan Amelia beberapa tahun lepas lagi, dia tahu Amelia hanya berkelakuan begini sekiranya teman nya itu merajuk dengan ayah sendiri.

"Likewise." Dengar Amelia mengeluh.

Dia hanya diam. Tidak mahu berkata apa. Malah sejak dulu pun dia tidak pernah bertanya apa-apa. Siapa Amelia, siapa keluarga Amelia, semua itu dia tidak pernah ambil tahu. Cukup lah dia kenal Amelia saja, dan sekiranya gadis itu mahu bercerita, dia akan dengar tanpa apa-apa prejudis.

Sama juga sekarang. Dia tidak pernah bertanya. Bila Amelia bersedia untuk bercerita, dia akan tadah telinga.

"Aku geram betul dengan papa aku tu. Sibuk memanjang. Padahal dia dah janji nak dinner dengan aku malam ni. Tup-tup, pagi tadi dia kata dia kena cancel plan kami. Sibuk lah, meeting penting lah. Apa, meeting tu lagi penting daripada anak dia sendiri?" bebel Amelia luah perasaan.

"Mungkin memang meeting tu tak boleh cancel, Mel..."

"Kalau cerita pasal kerja ni, Tash, memang sampai kiamat pun takkan habis. Tak sudah-sudah kerja. Dah tu, bila masa nya dia ada masa untuk aku. Dari aku kecil sampai besar. Sampai aku pun tak berharap dah."

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now