Bab 22

8.6K 420 40
                                    

POV Tash

'Terima kasih...'

Tash tekup wajah dekat setereng kereta.

Selepas 10 minit Dato' Arrazzi berlalu malam semalam, kaki dia masih terpaku di tempat yang sama. Memandang jalan yang sudah kosong.

Volvo S60 hitam milik lelaki itu sudah hilang dari pandangan tetapi dia rasa seolah-olah macam kereta itu masih ada di situ. Mengulang tayang momen-momen saat Dato' Arrazzi membuka kan pintu untuk nya, menemani nya sehingga ke perkarangan lobi.

Dan dalam banyak-banyak perkara, ucapan terima kasih itu juga yang masih dia ingat sampai ke saat ini.

Suara garau dan parau seakan berbisik. Tulus dan syahdu nya ungkapan itu. Berserta senyuman manis yang meniti di bibir sensual lelaki itu.

Hah! Senyum itu yang dia tak boleh lupa. Manis macam lori gula tumpah bertan-tan!

Tak perlu cerita lah macam mana dia boleh termimpi kan lelaki itu semalam. Dalam mimpi pun, ucapan terima kasih itu kedengaran seperti nyata.

Dia sudah gila agak nya!

Itu yang pagi-pagi sebelum subuh dia sudah terjaga. Mandi, solat sunat dan siapkan sarapan meskipun ucapan terima kasih itu masih bergema di pelupuk telinga.

Meski tidak cukup tidur dan fikiran terganggu, dia tidak terasa hendak membuat kek walhal itulah aktiviti yang selalu dia lakukan andai dia tidak boleh tidur.

Kerana Dato' Arrazzi bukan masalah yang mahu dia lupakan. Lelaki itu adalah perkara yang dia mahu hadap.

Dan lelaki itu bukan lah sebuah masalah bagi nya.

Masalah! Masalah!

Angkat wajah, pandang jam di dashboard. Sudah menginjak ke angka 8.

Sudah setengah jam rupanya dia bertapa dalam kereta. Sekejap lagi waktu kerja bakal bermula.

Matikan enjin, capai beg tangan dan keluar dari kereta. Tekan punat alarm dan atur langkah menuju ke lobi bangunan.

Orang ramai sudah mula berkejar-kejar dan beratur menunggu lif. Mujur lah tubuh dia kecil molek, dapat lah menyelit di tengah-tengah keramaian.

Saat lif berhenti di tingkat 5, dia melangkah keluar. Tolak pintu kaca dan terus menuju ke ruang kerja nya.

"Morning, Tash!" Lucy menyapa dari jauh. Sambil menatang mug yang berasap.

"Morning, Luce." Balas nya mesra.

Namun dia kerut dahi bila dia rasa wanita itu macam terlebih mesra pagi ini. Senyum bukan main meleret memandang nya.

Malah, bukan Lucy saja. Ada beberapa orang staf juga yang tersengih-sengih bila dia melepasi ruang kerja mereka.

Kenapa agak nya?

Hari ini hari senyum sedunia?

Tetap tak boleh lawan senyuman manis Dato' Arrazzi semalam. Lah tiber!

Dan, langkah nya terpaku bila dia tiba di meja kerja nya. Tersentak rasa dada. Nafas seakan hilang.

"Lucy... itu siapa punya?" soal nya bodoh-bodoh bila Lucy muncul di sebelah.

"Haiyaa, atas meja you kan? Mestilah you punya." Balas wanita cina itu sambil tuju ke meja ruang sebelah nya dan labuhkan duduk.

"Biar betul?"

"Betul lah. Situ kad ada tulis you punya nama maa." Jawab Lucy selamba hirup minuman. Lepas itu, Lucy bolayan dia. Mula on komputer dan buat kerja.

Sedangkan dia? Berhati-hati melangkah. Letak beg tangan di dalam cabinet belakang kerusi dan labuh duduk.

            Lama mata nya merenung jambangan kuntuman ros merah di atas meja nya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama mata nya merenung jambangan kuntuman ros merah di atas meja nya itu. Adalah dalam sepuluh minit dia tenung.

Ternampak kad yang terselit di situ, dia ambil dan buka.

Nafas nya ditarik kuat dan tersekat di kerongkong. 

Terkejut.


Good morning,

Thank you for last night.

Have a goodday.

Yours,

-R


'R?'

Semalam dia hanya keluar makan dengan Amelia.

Dan pulang dengan...

Dia pandang semula kad di tangan dan baca berulang-ulang kali.

Lama mata nya tertancap pada huruf 'R' itu.

R...

Raz?

Dato' Arrazzi?!! Dia tekup mulut.

Tidak lama sebelum dia capai jambangan bunga dan dia hidu haruman nya.

Dan-dan bibir nya tersenyum lebar.




Author note:

Eh-eh, dah pandai bagi bunga lah Abe Raz iteeeeeee..... 😉

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now