Bab 14

8.1K 378 8
                                    

POV Raz

Raz pandang pesanan ringkas yang di hantar oleh Ghaz.

-Cik Amelia sudah selamat sampai di rumah, dato'.

Rasa nya, baru dia dapat tarik nafas lega. Sejak dari tadi lagi dia menanti kan khabar itu daripada Ghaz. Setiap kali Amelia berpergian kemana-mana, resah hati nya tidak dapat dibendung.

Risau nya menjadi-jadi.

Masih terbayang lagi kejadian yang berlaku ketika usia Amelia baru menjejak ke angka 4 tahun.

Anak gadis nya ketika kejadian itu masih kecil. Mungkin Amelia tidak ingat langsung akan semua itu.

Tetapi bagi dia?

Kejadian itu kekal sebagai pengalaman terburuk dan terteruk dalam hidup nya.


19 tahun lepas...

"Saya minta maaf, Tuan."

Raz gelisah dan mundar-mandir sekitar ruang tamu. Sedang pembantu rumah warga Indonesia berumur 25 tahun itu hanya tertunduk bersalah.

"Kau memang sengaja kan? Baik kau cakap betul-betul dengan aku. Siapa yang ambil anak aku! Cakap!" puas dia mundar-mandir dan kali ini dia tidak boleh sabar. Dia yakin ada yang disorokkan dari pengetahuan nya.

"Tuan..."

"Aku kata cakap!" dia sudah hampir dan ringan tangan naik mencekak leher wanita itu. Dia tidak peduli apa akan jadi. Masuk penjara sekalipun dia sanggup asalkan dia dapat tahu mana anak nya pergi.

"Sabar dulu, Raz." Dia sedar Nathan di belakang cuba menarik tubuh nya menjauh. Tetapi, dia tidak akan sesekali melepaskan cengkaman itu melainkan dia dapat kan jawapan.

"Cakap!" tengking nya lagi. Lebih kuat daripada tadi.

"Pu..an... Mar...ia...na.."

Terlepas cengkaman di leher itu. Dia lihat Sutina terbatuk-batuk mencuri nafas yang tadi nya dia sekat.

"Ulang balik." Wajah nya saat ini dia yakin sudah bertukar bengis. Kerana dia lihat Sutina telan liur dan menggigil ketakutan.

"Puan Mariana. Dia datang dan bawa lari cik Mel. Saya minta maaf, tuan."

"Macam mana awak kenal Mariana?" dia dengar suara Nathan pula bertanya bila dia hanya terdiam sekian lama.

"Puan Mariana yang upah saya untuk kerja sini..." dan sekali lagi tanpa menunggu bicara itu habis, dia cekak leher Sutina sehingga wanita itu meronta-ronta.

"Kau!"

"Raz! Raz, enough! Kau nak jadi pembunuh ke?!" Nathan tarik tubuh nya namun memang tidak akan sesekali dia lepaskan pengkhianat seperti Sutina begitu saja.

Dia percayakan wanita ini untuk menjaga rumah nya, menjaga puteri kesayangan nya. Tetapi sewenang-wenang nya Sutina melepaskan Amelia pergi bersama bekas isteri nya?

Dan, mengapa tiba-tiba Mariana kembali? Setelah lebih 4 tahun menghilangkan diri?

"Raz! Lepaskan dia dulu. Kau bunuh dia sekalipun tak akan selesaikan masalah. Yang penting sekarang anak kau. Sutina, biar aku uruskan." Pujuk Nathan lagi.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now