POV Raz
Dan sejak kejadian itu juga lah, dia sukar untuk percaya kepada sesiapa. Hampir setahun dia bekerja dari rumah. Takut sungguh berjauhan dari Amelia. Dia jadi paranoia bila tidak melihat wajah si anak depan mata.
Mujur lah Amelia masih kecil. Jadi anak itu hanya ketawa suka bila melihat dia di rumah setiap waktu. Tidur malam dia pun sering termimpi kan kehilangan Amelia.
Untuk beberapa waktu, dia tidur bersama dalam bilik si anak. Takut untuk berjauhan. Tambahan pula, di awal-awal dulu Amelia sering mengigau. Mungkin terbayangkan kejadian itu. Tetapi Alhamdulillah selepas beberapa minggu keadaan anak nya sudah kembali normal. Hanya dia saja yang kekal dibayangi peristiwa hitam itu.
Malah, sehingga Amelia masuk ke sekolah tadika pun dia masih berasa ketakutan yang sama setiap kali melepaskan si anak pergi.
Sehingga lah Nathan memujuknya untuk menerima bantuan lelaki itu. Maka dari situ lah, sedikit demi sedikit dia mula percayakan beberapa orang anak-anak buah Nathan untuk menjaga keselamatan Amelia.
Tambah lagi bila perniagaan dia semakin berkembang, Nathan katakan yang dia perlu ada pasukan keselamatan sendiri memandangkan dia sudah bergelar jutawan.
Bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
Saat itu lah dia akur. Dan sejak itu juga dia arahkan pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Amelia sepanjang masa secara sembunyi. Dari dulu hingga ke saat ini dan Amelia masih lagi tidak tahu semua itu. Dia tidak rasa perlu nya memberitahu kerana dia bimbang Amelia akan bertanya. Dia juga tidak bersedia untuk membuka kembali hikayat lama. Amelia sudah tidak ingat akan semua itu, jadi biar lah ianya kekal begitu.
Dan Nathan juga yang kenal kan dia pada pasangan suami isteri Mak Iti dan Pak Harun. Nathan kata dia kenal dengan kedua suami isteri itu dan dia percayakan kedua nya.
Kerana itu Raz setuju untuk ambil kedua mereka sebagai pembantu rumah dan pemandu peribadi nya. Dan setelah bertahun kemudian, hanya itulah figura yang menghuni di dalam rumah besar nya ini.
Tidak ada mana-mana tetamu yang dia benarkan masuk. Apatah lagi orang luar yang tidak dikenali. Nathan juga sangat memahami. Maka nya, jika ada keperluan mendesak biasanya rumah lelaki itu yang menjadi tempat pertemuan. Bukan dia tidak percaya kan Nathan, tetapi Nathan yang terlebih dulu memberi cadangan begitu. Mungkin sahabatnya itu mengerti akan perasaan nya.
Dan pertama kali setelah bertahun-tahun dia membenarkan nya adalah pada saat dia mempelawa teman baik Amelia ke rumah ini. Kerana itu Mak Iti agak terkejut. Kerana wanita tua itu tahu segala cerita.
Dia sendiri tidak pasti mengapa saat itu dia tiba-tiba terbuka hati untuk menjemput orang asing ke rumah sendiri setelah bertahun lama nya dia selesa begini.
Dia sendiri tidak faham kenapa dia mula merasa selesa dengan peribadi gadis muda itu. Namun, dia nafikan segala nya kerana berfikir bahawa semua itu adalah merepek dan mustahil.
Namun, apabila Amelia sendiri membuat permintaan sebegitu, dia jadi tidak betah.
Dia dan Lia Natasha?
Tak ke nampak macam anak dengan bapa?
Tak ke kelihatan macam dia sudah kehabisan wanita sampai teman baik anak sendiri pula nak dijadikan isteri?
Runsing kepala memikirkan nya.
"Kau tak balik lagi?"
Tersentak seketika saat meja di ketuk dan wajah Nathan sudah duduk di kerusi di hadapan nya. Entah bila masa nya lelaki itu masuk pun dia tidak perasan. Dan dia lihat dia luar sudah gelap. Menandakan semua pekerja sudah pulang.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...