SLC - Final Epilog

11.3K 407 79
                                    

5 tahun kemudian...

POV Tash

Tash bangkit dari simpuhan. Lipat sejadah, tanggal telekung dan dia sangkut di tempat penyidai. Betulkan ikatan rambut sebelum melangkah dan labuhkan duduk di birai katil. Tangan melurut sedikit ke belakang pinggang yang terasa lenguh.

Sambil itu mata memandang ke arah bingkai gambar yang tersusun di meja sisi katil. Tersenyum melihat gambar pernikahan dan persandingan dia dan Raz lebih lima tahun dulu. Rasa macam masa terlalu pantas berlalu. Seolah-olah macam baru semalam dia bertentang mata dengan lelaki bernama Benjamin Arrazzi.

Tahu-tahu sekarang, dah lima tahun dia bergelar isteri kepada seorang suami yang di mata nya cukup sempurna. Dan dia bersyukur kepada Allah, setelah 24 tahun dia hidup sebagai seorang manusia yang tidak berkeluarga, kini dia sudah punya sebuah keluarga yang sempurna seadanya.

Usap perut yang memboyot bersama senyuman bahagia. Kandungan nya sudah masuk ke usia 7 bulan. Tak lama saja lagi dia bakal melahirkan zuriat nya dan Raz lagi.

Raz memang tak tunggu lama. Usai bersalin anak pertama dulu, habis tempoh berpantang saja Raz sudah menghimpit dia. Tak padan dengan anak masih kecil. Dulu hanya Raz dan Amelia berebut perhatian. Setelah itu dah dia kena bahagi tiga pula. Makin cemberut lah wajah suaminya bila terpaksa berkongsi dia dengan Amelia dan Aryan.

Masuk saja usia Aryan setahun, dia di sahkan hamil lagi. Bukan main syok lah Raz. Kan lelaki itu pernah kata yang cita-cita Raz mahukan anak yang ramai. Itu yang Raz tak sudah-sudah dengan misi sendiri. Membuntingkan Tash.

Naik segan dia dengan rakan-rakan dekat pejabat. Balik-balik muka dia mengandung, balik-balik muka dia cuti bersalin. Kata Lucy, suami dia tak padan berusia, tapi gagah anak setahun satu. Dia hanya mampu sengih saja lah.

Iyalah, dia pun faham. Dah 24 tahun menduda kan. Raz tentu tak mahu bazir masa. Lagipun, umur Raz bukan makin muda. Makin lama makin berusia. Dia juga sama. Umur dia sudah nak masuk 30 tahun dah. Lagi tua nanti lagi susah lah dia nak hamil. Sebab itu, selagi masih muda dan masih kuat, dia terima saja. Bukan untuk orang lain, untuk kebahagiaan mereka bersama juga.

Kan pernah dia kata, untuk suaminya, dia sanggup apa saja. Kalau ini yang Raz mahukan, ini juga kehendak hati dia.

Cuma selepas kelahiran Aiden, lama lah sikit Raz bagi dia berehat. Usia Aiden sudah 2 tahun baru lah dia mengandung lagi ni. Okay lah tu sebab dia pun tak kisah akan semua itu. Raz rajin membantu. Jaga anak, susukan anak, tidurkan anak semuanya Raz yang buat. Siap ada bayar pengasuh lagi. Kerja dia memang berehat saja. Arahan mandatori encik suami. Sebab itu dia tidak kisah hamil banyak kali sebab segala urusan nya dipermudahkan.

"Yang? Sakit pinggang ke?" teguran itu buat Tash sedikit tersentak. Tak sedar pula dia berkhayal lama. Tiba-tiba saja ada tangan singgah di belakang, mengusap dan mengurut lembut. Tak perasan langsung bila Raz masuk ke bilik ini.

"Sikit. Budak-budak dah tidur?" soal nya sambil sandar tubuh ke dada Raz bila lelaki itu melekap di belakang nya. Telapak tangan Raz singgah ke perut nya yang membukit dan usap perlahan.

"Dah. Aryan kata dia nak tidur awal sebab esok nak pergi Gamuda. Aiden pun mengikut aje kata abang dia tu."

Tash tergelak sikit. Sejak dari minggu lepas lagi sibuk si anak-anak tu ajak ke taman tema air. Amelia lah punya pasal. Dok sebut-sebut benda tu depan anak-anak dia siap tunjuk gambar dan video bagai. Mana lah budak dua orang tu tak teruja. Itu yang tak habis-habis mereka pujuk Raz. Disebabkan minggu lepas Raz sibuk dengan urusan kerja, jadi minggu ini kena lah tunaikan janji.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now