SLC - Deleted Chapter 3 (Balik Kampung)

8.3K 347 20
                                    

POV Raz

Tubuh mengeliat dan berpaling ke kiri. Depa tangan namun dahi nya berkerut sendiri bila sisi nya kosong. Sisi yang sepatutnya di huni oleh wanita bernama isteri.

Dalam terpaksa, dia celikkan mata. Terpisat-pisat memandang tubuh yang hanya sendirian di atas katil queen ini dan dalam masa yang sama mengeluh bila melihat cuaca di tingkap yang sudah semakin teduh.

Tadi nya, usai solat asar dia tarik tubuh Tash rebah bersama. Si isteri menolak kerana tidak elok tidur selepas asar kata nya. Dan tidak manis membiarkan mak dan Amelia saja di luar sedang mereka enak berbaring di dalam bilik. Tetapi dia berkeras memujuk. Bukan nak tidur sangat pun, dia cuma hendak rehatkan tubuh dan kepala yang berpinar.

Bukan apa, sejak Tash hamil, kini sudah masuk empat bulan usia kandungan isterinya itu dia lihat Tash bukan main aktif ke sana sini. Yang menanggung segala alahan adalah dia. Tak lalu makan, pening kepala, loya tekak. Pendek kata, tang-tang morning sickness dan mengidam tu semua dia kaut. Tash punya mengidam hanya hendak berkepit dengan dia saja.

Itu yang dia tengok Tash sudah semakin berisi. Dan perut isterinya itu sudah mula kelihatan berubah bentuk nya. Tash nampak semakin comel dan wajah itu semakin berseri-seri. Bak kata mak, seri orang mengandung.

Dia pun memang pantang lah nampak muka bini. Ingat bila Tash manja-manja dengan dia, dia boleh berlagak tenang ke? Dia pun sama-sama naik. Lagi isteri mendekat, lagi dia merapat. Lagi isteri manja, dia punya mengada naik ke kuasa lima. Itu yang memanjang semua orang tegur. Dari saat dia balik berbulan madu sampai bini tengah mengandung masih berkepit macam belangkas.

Nak buat macam mana, dia dah terbiasa ada Tash. Dah jadi lupa pula pada kehidupan zaman duda sepanjang 24 tahun sebelum ini. Dia rasa nikmat berumah tangga bila setiap kali bangun pagi, ada isteri kejutkan dan mereka tunai solat bersama. Kemudian sarapan bersama. Sebelum pergi kerja Tash tak lupa salam dan cium tangan dia. Kadang tu bukan cium tangan saja, wajah dia pun jadi mangsa. Tetapi disebabkan yang jadi pemangsa itu adalah isteri kesayangan, maka dia rela tadahkan wajah untuk dicumbu.

Balik kerja kadang-kadang Tash menanti di depan pintu, ada masa Tash baru sedang siap solat. Tetapi dia pastikan yang sebelum jam 9, dia akan terpacak di rumah. Meluang masa bersama isteri dan anak nya.

Alhamdulillah, mereka sekeluarga bahagia seadanya.

Semalam pun, Tash yang merengek ajak balik kampung. Kata nya rindu nak rasa suasana kampung. Rindu pada mak. Nak makan masakan mak. Dia mana boleh tengok bini merengek sikit. Dia sanggup tinggal semua benda. Itu yang lepas isyak saja mereka berkemas. Kebetulan Amelia mahu ikut sama, jadi mereka bertiga balik lah ke kampung halaman. Terkejut mak tengah malam semalam bila buka pintu tengok anak, menantu dan cucu tersengih-sengih di tangga.

Asal nya tadi tak mahu tidur pun, tetapi bila dah baring sebelah isteri dia, dengan kehangatan dan bau tubuh Tash yang membuai jiwa, tidak sedar entah bila masa di lelap. Sedar-sedar isteri tak ada dekat sebelah, terus segar biji mata. Tengok jam sudah menginjak ke jam 6.30 petang. Patut lah dah redup.

Bangkit dari katil, dia ke bilik air dan basahkan wajah. Setelah itu, tarik pintu dan keluar dari bilik. Tengok sepi saja. Ruang tamu, dapur semua tidak berpenghuni. Lantas dia atur langkah keluar.

Nampak mak, Amelia dan isterinya sedang berbual di pangkin. Entah apalah yang masing-masing borakkan pun dia tidak pasti. Terlalu jauh untuk dia menguping. Tetapi tidak terlalu jauh untuk dia nampak roman berseri milik Tash.

Turun dari rumah, dia sarung selipar dan melangkah mendekati pangkin.

"Hah, bangun dah anak bertuah? Petang-petang lepas asar tidur ingat elok sangat ke, Raz?" bebelan mak singgah namun tidak kasar. Sekadar berpesan.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now