Bab 1

9.7K 408 13
                                    


Raz, 43

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raz, 43

"Selamat pagi, Tuan." Sapa pembantu rumah nya saat kaki nya tiba di ruang makan.

"Selamat pagi, Mak Iti." Balas dia ringkas sebelum labuh kan duduk. Capai cawan berisi kopi pekat yang di letakkan oleh wanita itu dan dia teguk perlahan.

Tangan ralit meleret skrin telefon bimbit. Menyemak jadual dia hari ini.

Mengeluh sikit kerana jadual dia benar-benar pack dari pagi ke malam. Semua mesyuarat dan perjumpaan penting jadi dia tidak boleh batalkan mahupun tunda.

Picit pelipis.

"Runsing saja, tuan?" soalan Mak Iti memecah hening. Dia pandang mihun goreng yang baru Mak Iti hulurkan dalam pinggan.

"Jadual saya pack harini, Mak Iti. Mati lah saya." Keluh dia dan dibalas dengan senyuman Mak Iti. Senyum simpati. Sudah tahu nasib badan.

"Tak payah lah nak bisik-bisik. Macam lah Mel tak dengar." Tersentak seketika bila ada suara yang menyampuk perbualan.

Toleh bila lihat wajah si anak masam mencuka. Siap bersama beg dan blazer di tangan.

"Morning, princess..."

"Stop, pa. Tak payah nak ambil hati Mel. Lagipun, Mel memang dah agak papa sentiasa busy. So, Mel dah ada plan sendiri."

Bukan main di tekankan perkataan 'sentiasa' itu. Saja buat dia tambah serba-salah.

"I'm really sorry, princess. Papa betul-betul ada kerja. Tapi papa janji, esok..."

"Oh no! Save it. Tak perlu janji-janji. Last-last papa mungkir jugak. Letih lah Mel."

Dia tengok Amelia capai roti bakar atas meja dan sumbat ke mulut. Masih lagi dengan wajah masam bak buah mengkudu mentah.

"Duduk dulu Mel." Pelawa Mak Iti barangkali cuba meredakan ketegangan.

"Tak apa, Mak Iti. Ingat papa aje ke sibuk? Mel pun sibuk lah. Mel ada meeting pagi ni. And dinner yang tak jadi tu, Mel dah tukar jadi date night."

Bulat mata dia renung wajah si anak.

"Date? Date dengan siapa? Dekat mana? Bila?" bertubi-tubi dia menyerang. Duduk sudah serba tak kena. Berderau darah dia.

Amelia? Dating?

Oh no way!

"Dengan boyfriend Mel lah. Bluekkk!" terus si anak berlari keluar tanpa sempat dia kata apa-apa.

Lantas dia juga buru-buru. Mahu mengejar langkah. Tetapi ternyata si anak lebih pantas.

Sampai saja dia di muka pintu, berdesup Nissan GTR Amelia keluar dari perkarangan rumah.

Seluk kocek dan keluarkan telefon bimbit. Nombor setiausaha merangkap PA nya di dial.

"Ya Tuan?"

"Saya nak awak siasat siapa boyfriend Mel. Nama, umur, tempat tinggal, education, everything. And I want it now!" arah nya tegas.

Mel ada boyfriend? 

Anak gadis dia ada kekasih hati? 

Princess dia? 

Buah hati pengarang jantung dia?

No way!

Dia tidak akan benarkan semua itu berlaku!



Author note:

Selesai bab 1.

Korang rasa, siapa boyfriend cik Mel tu? Hmmm...

Stay tuned! Kejap je lagi heroin nak keluar dah.

Jangan lupa komen, vote and share story ni tau!

Jumpa esok untuk second chapter!

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now