POV Tash
Lena nya seakan terganggu bila terasa ada tangan yang mengusap kepala dan wajah nya. Dalam keletihan yang masih bersisa, dia paksa celikkan mata.
Raut wajah Raz yang pertama singgah. Nampak lelaki itu serba tidak kena. Risau mungkin. Dan jemari Raz lembut membelai pipi nya.
"Tash okay ke? Tak sihat?" soal lelaki itu beberapa kali. Dia lihat tubuh Raz masih bersarung kemeja biru laut tetapi tali leher sudah hilang entah ke mana. Butang baju Raz juga hampir separuh sudah terbuka. Melihatkan dada lelaki itu yang terdedah.
Saja nak goda dia ke macam mana?
"Pukul berapa ni?" soal nya tanpa jawab pertanyaan Raz tadi. Dia lihat di luar sana macam masih cerah tetapi aneh bila Raz sudah berada di rumah walhal lelaki itu kkhabarkan pagi tadi yang mungkin Raz akan lambat pulang.
"Pukul 4. Setengah jam lagi masuk asar." Beritahu Raz dan hulurkan tangan membantu saat dia cuba bangkit dari katil.
Ingat lama sangat dia tidur. Rupanya baru sejam lebih.
"Abang kata balik lewat hari ni?" soal nya lagi dengan dahi yang berkerut bila Raz duduk rapat di sebelah nya yang sedang bersandar di kepala katil.
"Abang risau. Abang call Tash tak jawab." Ujar lelaki itu perlahan dan Tash buang pandang ke sekeliling. Nampak beg tangan nya ada di sofa penjuru bilik. Mungkin dia lupa nak keluarkan tadi.
"Kenapa nak risau? Bukan nya Tash lari. Orang suruhan abang pun dah beritahu yang Tash balik rumah kan?" dengan keadaan yang masih mamai, tanpa sedar dia teringat akan kejadian beberapa jam lepas. Buat emosi nya sedikit tidak terkawal. Terkeluar kata-kata seakan sindiran kepada suami sendiri.
Dan-dan Raz diam dan tertunduk lama.
"I'm sorry..." ucap lelaki itu. Rendah, berbisik. Buat Tash tarik nafas dalam-dalam. Dia cuba kawal emosi yang agak turun naik.
"It's fine. Maybe you have your reason." Putus Tash akhirnya. Kalau Raz tidak bersedia untuk menjelaskan, dia juga tidak mahu memaksa. Lantas di tegakkan duduk, juntai kaki ke lantai. Mahu melangkah ke kamar mandi kerana ingin basahkan tubuh. Tiba-tiba rasa berpeluh dan bahang.
Namun, belum sempat dia melangkah lengan nya terlebih dahulu di paut. Dan sekejap kemudian, Raz tarik tubuh nya dan berlabuh di riba lelaki itu.
Lengan Raz melingkar ke tubuh nya erat. Sesekali bibir lelaki itu singgah di bahu nya. Dia tidak pasti Raz sedang memujuk nya atau cuba memujuk diri sendiri.
"Abang dengan Mariana dulu bercinta sejak dari zaman sekolah..."
Tash terdiam saat Raz memulakan mukadimah. Dia tidak menyampuk langsung bicara lelaki itu. Sesekali, Raz berhenti bercerita bila mungkin terasa seperti peristiwa lama mengusik emosi dan perasaan.
Raz ceritakan segalanya kepada dia. Tentang kisah percintaan remaja lelaki itu dengan perempuan yang kemudian diangkat menjadi isteri seawal usia 18 tahun. Tentang susah-payah Raz belajar sambil bekerja demi menyara isteri yang baru dinikahi. Dan betapa bahagia nya lelaki itu saat mengetahui tentang cahaya mata yang bakal lahir tidak lama lagi.
Raz tidak pernah menyangka kesibukan nya belajar dan bekerja membuatkan Mariana kesunyian hingga akhirnya wanita itu berlaku curang. Tambah lagi, lelaki yang bergelar 'kekasih gelap' Mariana itu golongan yang berharta dan berduit.
Hanya apabila sebulan sebelum Amelia lahir, baru lah Raz tahu semua nya. Itu pun sebab usaha Nathan yang siasat segalanya. Entah apa punca yang buat Nathan bertindak demikian tidak pula Raz tahu. Hanya saja Nathan serahkan sampul surat coklat berisi segala gambar, dan tangkap layar perbualan whatsapp, bukti kecurangan Mariana.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...