Bab 6

8.1K 402 10
                                    

POV Raz

Raz melangkah turuni anak tangga usai melaksanakan fardu isyak.

Dia hanya kenakan pakaian ringkas dan rasmi milik nya saat berada di rumah usai solat.

Baju melayu dan kain pelikat.

Betul kan cermin mata tanpa bingkai dan tuju ke ruang tamu. Namun, segenap ruang itu kosong. Hanya ada sebuah beg kecil di atas sofa.

Putarkan langkah, dia tuju pula ke ruang makan. Baru lah dia dapat dengar bukan main riuh suara berbual-bual.

Di atas meja dia lihat sudah terhidang beberapa jenis lauk-pauk yang jelas membuka selera.

Sayur nangka masak lemak, sambal udang, ayam kicap, ulam-ulaman dan sambal belacan. Rindu pula dia pada masakan mak di kampung.

Mungkin, kalau tidak ada aral melintang, dia ingin ajak Amelia pulang ke rumah mak nya. Lagipun, sudah hampir dua bulan dia tidak pulang kerana kesibukan kerja. Tambah lagi, Amelia juga tidak kurang sibuk nya.

"Puding ni Mak Iti letak dalam peti ais dulu lah, ya Tash." Dia dengar suara Mak Iti berkata-kata di sebalik pintu dapur.

"Boleh, Mak Iti. Makan sejuk-sejuk baru sedap." Sahut suara asing yang baru pertama kali dia dengar. Sah-sah suara tetamu mereka. Kawan baik Amelia.

"Sikit sangat kau buat, Tash. Kalau setakat gitu, celah gigi aje habis. Papa aku hantu puding mangga tau!" suara Amelia pula kedengaran. 

Wah, pandai-pandai anak dara dia tu menggelarkan dia hantu puding.

"Itu aje yang sempat, Mel. Kau invite aku last minit. Aku balik kerja tadi terus bersilat dekat dapur tahu!"

Dia senyum sikit mendengar perbualan keduanya. Tarik kerusi, dia labuh punggung. Tenang menunggu.

"Eh, pa? Bila papa turun?" soal Amelia bila tubuh itu muncul dari dapur. Bersama Mak Iti dan seorang gadis muda jelita. Teman Amelia.

"Pa, kenalkan ni kawan Mel, Tash. Tash, papa aku."

"Dato' Arrazi?" gadis itu terkejut. Namun, dia hanya tenang. Tidak hairan kerana memang dia boleh dikatakan terkenal.

"Kau kenal papa aku?" soalan Amelia pula. Lebih tertuju kepada gadis itu yang masih tercengang-cengang memandang dia dan Amelia silih berganti.

"Tak kenal. Tapi aku tahu sebab company aku ada projek dengan Endangwira." Yang ini pun dia sudah tahu. Kan dia telah arahkan PA nya siasat tentang gadis ini.

"Oh iya ke? Kau tak cakap pun company kau ada projek dengan company tempat aku kerja?" tanya Amelia lagi.

"Kau kerja dekat Endangwira?" sekali lagi soalan berbalas soalan. Bertambah-tambah lagi terkejut nampak gayanya.

Tengok reaksi Tash, mungkin memang betul yang gadis itu tidak tahu apa-apa langsung tentang Amelia. Punya lah membuntang mata bundar itu. Macam hendak terkeluar daripada soket saja.

"Iyalah. Company papa aku tu." ujar Amelia selamba lantas tarik tangan Tash duduk di sebelah.

"Aku tahu itu company Dato' Arrazi. Tapi aku tak tahu dia papa kau, Mel." Bisik gadis itu seolah tidak mahu dia dengar. Padahal memang dah sampai ke telinga dia pun.

"Okay, surprise!" selamba Amelia berkata-kata. Buat Mak Iti ketawa dengan tingkah itu. Dan dia turut senyum sama.

"Eh, kejap! So, yang kau cakap..."

"Hushhhhh!" dia picing kan bola mata bila tengok mulut anak daranya sedang di tekup. Kedua-dua gadis itu sedang berbalas pandangan mata. Berbicara bahasa bisu yang dia tidak tahu ertinya.

"Maaf, Dato'. Saya tak tahu pasal ni." Ucap gadis itu sopan selepas mencapai kata sepakat dengan Amelia. Entah apa yang dibahaskan pun dia tidak pasti.

"Tak apa. Kita makan dulu. Jom, Mak Iti." Putus nya tenang. Cedok lauk ke dalam pinggan sambil mata sesekali mengerling ke arah ke dua figura di depan nya.

Bibir nya tersungging senyuman.

Manis.




Author note:

Kenapa Tash tekup mulut Amelia agak-agaknya? Hmmmm.... (*wink)

Jumpa next chapter.

Sambil tu boleh follow tiktok I. Search je author.fhyuri

Alah, yang tak banyak follower and video tu. hehehehe

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now