Bab 2

9.4K 373 12
                                    

Author note:

Actually dah plan nak update new chapter esok.

Tapi since bab 1 rasa macam pendek, kita upload terus bab 2.

So gaisss, meet your heroin Lia Natasha.

Jangan lupa komen, vote and share story ni tau!

Lots of Love,

fhyuri



Tash

"Eh, Tash."

"Oh hai Encik Hafiz. Lama tak nampak ya." Balas nya ramah bila di tegur lelaki separa abad itu. Sejak dia bekerja di syarikat ini hampir setahun yang lepas, lelaki itu lah bos dia.

Tetapi beberapa bulan setelah itu, Encik Hafiz di naikkan pangkat. Jadi kedudukan lelaki itu pun di pindahkan ke tingkat atas. Level senior manager.

Dia ini, eksekutif cabuk saja. Maklum lah, baru setahun jagung habis belajar kan. Itu pun, mujur pointer dia bagus, plus dapat rekomendasi dari beberapa orang pensyarah serta sv tempat dia intern dulu.

Dapat lah merasa kerja di syarikat logistik gah milik Dato' Jazli, ahli perniagaan yang agak terkenal dan berjaya itu.

"Itulah. Rindu pulak saya dengan kopi yang awak selalu buat tu." Ujar lelaki itu dalam senyuman. Dan dia sengih saja.

Maklum lah, dia kan terlebih rajin.

Time dia dah penat atau mengantuk, semua orang dia terjah. Tanya nak kopi ke, nak kopi ke. Itu yang selain eksekutif, dia juga merangkap tea lady tak bergaji tu.

"Saya ada dengar, awak join team Encik Kamal. Projek dengan syarikat Endangwira. Betul ke?" soal lelaki itu lagi. Dan sekali lagi dia balas dengan senyuman lebar.

"Betul lah tu. Tapi saya cuma bantu-bantu sikit saja." Ujar nya. Iyalah, macam dia kata tadi. Dia kan eksekutif cabuk saja. Mana setanding dengan senior-senior yang ada dalam team mereka itu.

"Eh, tak apa. Ambil saja sebagai pengalaman. Mana tahu nanti dapat pegang projek sendiri. Nothing is impossible." Ujar lelaki itu bersemangat. Itu yang buat dia selesa. Sebab itu juga lah dia antara orang terpaling sedih masa Encik Hafiz naik pangkat dulu.

"Insha-Allah Encik Hafiz." Balas nya pendek dan saat sama pintu lif terbuka. Masing-masing melangkah keluar.

Sempat dia berpamitan dengan lelaki itu sebelum berlalu menuju ke petak parkir. Sambil bibir menyanyi riang.

Unlock alarm kereta dan dia buka pintu tempat pemandu. Hidup kan enjin dan cepat-cepat tekan butang lock.

Walaupun kawasan selamat, ramai orang, siap ada pengawal keselamatan, apa-apa pun boleh jadi. Malang tidak berbau. Jadi, lebih baik berwaspada.

Sambil tunggu enjin kereta panas, dia belek telefon bimbit. Tekan ikon whatsapp bila tengok ada unread mesej. Kenapa dia tak perasan ek?

Oh, mungkin sebab dia silent handphone tadi. Maklum lah, meeting untuk projek dengan Endangwira, syarikat besar. Kena lah bagi tumpuan sepenuh nya.

Tengok, ada pesanan ringkas dari teman baik dia.

-Mana?

Sepatah gitu saja minah tu hantar mesej. Dan-dan dia cebik bibir.

-Baru keluar office. Nape?

Dia tekan butang send.

Tetapi bulu roma naik tegak bila dia dengar bunyi beep seakan datang dari tempat duduk belakang.

Pusing tubuh.

"Astaghfirullah al azim!! Allahuakbar!" terkejut beruk dia bila lihat sekujur tubuh terbaring di tempat duduk belakang.

Dan-dan tuan punya badan terjaga dan gosok mata.

"Tash? Lambat nya kau keluar." Serak suara itu. Dengan gaya selamba badak.

"Mel! Ya Allah, kenapa kau dekat sini? Kau buat apa? Macam mana kau boleh masuk kereta aku?" bertubi-tubi dia menyerang. Sambil urut dada.

Mujur lah dia tidak ada masalah lemah jantung. Kalau tidak, dah arwah agak nya. Mahu tak terkujat dia tengok ada orang tidur di dalam kereta sendiri. Mati-mati dia ingat mayat tadi.

"Kau dah lupa ke masa kereta kau keluar dulu, kunci pendua kau bagi dekat aku? Aku pakai kunci itu lah. Berjam aku tunggu kau." Balas Amelia hanya tenang.

Dia mencemik.

Bagi? Tolong lah. Dia tak bagi pun kunci pendua tetapi Amelia yang pandai-pandai sendiri ambil kunci dia dan simpan buat harta. Kalau orang tak tahu, mungkin orang akan ingat kereta murah dia ini kongsi bayar dengan Amelia.

"Tak jawab lagi soalan aku, kenapa kau ada dekat sini." Ujar dia memandang si teman.

"Esok kau cuti kan?" soalan dia Amelia balas dengan soalan. Walau dahi berkerut hairan, dia tetap angguk kepala.

Hari ini jumaat. Esok sabtu, lusa ahad. So, memang weekend dia cuti lah.

"Cantik. Aku dah book hotel. Kita naik Genting yuk!"

Ternganga dia seminit. Semedang saja Amelia buat perancangan. Tak ada bincang-bincang langsung dengan dia.

"Suka hati kau aje kan? Asal tak call dulu? Mesej ke apa..."

"Surprise?" Amelia sengih-sengih dengan muka tak bersalah.

"Kot iya pun, inform lah aku. Entah-entah aku dah ada plan lain ke apa ke, kan dah masalah." Bebel nya lagi.

"Kau ada plan lain ke?"

"Tak ada."

"So tak ada masalah lah kan?"

"Memang lah. Tapi bagitahu awal kan elok. Boleh aku prepare apa-apa yang patut. Ini dah dekat pukul 6, nak balik rumah lagi kemas baju, dengan jalan jem lagi, takkan malam-malam nak naik Genting. Jalan dah lah berliku-liku. Bahaya."

Amelia pekup telinga dengar dia berhujah panjang lebar.

"Kita terus gerak aje. Aku dah singgah rumah kau tadi. Aku dah tolong kemaskan baju-baju kau. Ada dekat boot belakang. Suis elektrik semua aku dah off. Insha-Allah rumah kau dah selamat. So, tak ada masalah kan?"

Dia mengeluh kasar. Tambah lagi bila Amelia terus melangkah ke tempat duduk penumpang sebelah dia tanpa keluar dari kereta. Tak padan dengan kasut tumit tinggi tu, dia redah saja. Nasib tak kotor hand rest kereta.

"So, let's go...!"

Dia hanya mampu geleng kepala saja.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now