Bab 18

8.5K 386 19
                                    

POV Tash

Tash baring terlentang di atas katil.

Terkebil-kebil sendiri memandang siling putih di dalam bilik itu.

Sesekali dia lepaskan keluhan.

Berat.

Sudah tiga hari begitulah keadaan dia.

Pagi selepas kejadian hitam itu, dia di kunjungi oleh Encik Kamal, Encik Hafiz dan Puan Maria selaku wakil dari HR department.

Rupanya, masing-masing sudah dimaklumkan dengan apa yang berlaku malam nya. Dia tidak pasti lah siapa yang beritahu.

Mungkin pak guard, ataupun pihak polis. Entah, dia tidak mahu ambil tahu. Cukup lah yang dia dengar Encik Fikri sudah di tangkap pihak polis. Selebihnya, dia tidak mahu ambil kisah dah. Tak sanggup memikir balik.

Puan Maria katakan yang perkhidmatan Encik Fikri telah ditamatkan berkuatkuasa serta-merta atas arahan Dato' Jazli. Wah, tak sangka hal sebegini boleh sampai ke pengetahuan bos terpaling besar itu.

Encik Kamal dan Encik Hafiz pula masing-masing meluahkan perasaan tidak percaya masing-masing atas apa yang jadi. Dan kedua-duanya nampak begitu marah kan Encik Fikri. Tersentuh hati dia. Tak sangka kedua-dua figura itu ambil berat terhadap kebajikan dan keselamatan dia.

Kata Encik Kamal, kalau lah dia tahu Encik Fikri akan berbuat begitu, sudah lama dia adukan kepada jabatan sumber manusia. Dia nampak yang Encik Fikri selama ini selalu mengendeng pada Tash. Cuma lelaki itu tidak sangka sampai ke tahap ini Encik Fikri serius.

Itulah, payah juga kalau main bersangka-sangka ni. Kita bukan tahu apa ada dalam hati orang. Kadang tu nampak saja suci murni, macam baik. Rupanya, ada niat tersembunyi.

Tash pun bukan lah tak nampak yang Encik Fikri tu selalu bertindak di luar batas. Tetapi dia tak agak lah lelaki itu nekad buat sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Iyalah, dah ada anak dan isteri, takkan lah tak boleh berfikir yang tindakan sebegitu bakal mengecewakan orang-orang tersayang.

Atau mungkin juga memang lelaki itu jenis tak berfikir. Entah lah. Hati manusia adalah sesuatu benda yang misteri.

Sejurus selesai urusan, Puan Maria memaklumkan yang dia diberikan cuti rehat selama sebulan.

Terkejut bukan kepalang.

Ya Allah, cedera dia bukan lah teruk sangat. Setakat terseliuh dan luka-luka kecil saja. Bukan langsung tak boleh buat kerja.

Tetapi Puan Maria katakan, itu adalah arahan mandatori dari Dato' Jazli. Katanya, dato' mahu dia berehat panjang sambil pulihkan mental dan emosi sepenuhnya sebelum kembali memulakan tugas.

Dalam terpaksa, dia akur dengan arahan itu. Kalau dah big boss yang suruh, dia nak kata apa kan?

Dan sepanjang di hospital juga, Amelia yang menemani nya. Sejak dari malam dia masuk wad, sampai lah doktor benarkan dia pulang petang esok nya, Amelia kekal di sisi nya menguruskan segala benda.

Itu yang dia segan sebenarnya. Dah banyak dah yang Amelia bantu.

Disebabkan itulah, dia menolak bila Amelia desak dia untuk tinggal di sini. Kata Amelia, dekat rumah sewa nanti dia sendiri. Tidak ada yang menjaga.

Allah!

Bukan nya dia tak boleh bangun langsung. Dia masih boleh berjalan. Setakat nak mandi, masak, makan, dia masih boleh lakukan nya sendiri. Bukan dia terlantar macam nak mati.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now