Bab 16

8.3K 358 6
                                    

POV Tash

Tash berjalan laju menuju ke arah kereta nya yang terparkir di ruang letak kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tash berjalan laju menuju ke arah kereta nya yang terparkir di ruang letak kereta. Di sebabkan pagi tadi dia terlewat sedikit keluar dari rumah, tersangkut jem extra luar biasa, sampai lewat di pejabat.

Itu lah pasal nya kereta dia terparkir nun jauh di sudut sana.

Mujur lah Encik Kamal tak marah sebab awal-awal lagi dia dah maklumkan pada lelaki itu yang dia tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Mujur juga Encik Kamal memahami. Baik betul hati bos nya itu.

Tetapi itulah, yang tak memahami tu seorang makhluk bergelar wanita yang sejak kali pertama dulu pun tak puas hati dengan dia.

Hairina.

Apa masalah makcik tu agak nya ya?

Encik Kamal yang bos dia pun tak kisah dan faham bila di beri penjelasan. Tetapi Hairina pula yang marah melebih-lebih padahal dia bukan nya staf bawah wanita itu pun.

Tak faham lah.

Mujur juga staf-staf lain memahami. Tak ada yang pandang serong pada dia sebaliknya masing-masing lemparkan pandangan tidak puas hati pada Hairina.

Lucy pula memujuk sambil menepuk bahu nya lembut. Kata wanita berbangsa cina itu, abaikan saja kata-kata Hairina. Mungkin tengah period sebab tu mood tak baik.

Dia hanya senyum dan angguk saja.

Ikutkan hati, nak saja dia tanya, Hairina itu sepanjang tahun ke period? Sebab seingat dia, tidak pernah sehari pun wanita itu cakap baik-baik dengan nya. Memanjang nak menengking.

Ada anger management issue ke apa?

Dan disebabkan mulut menceceh dan kepoh wanita itu juga lah, dia terpaksa bekerja lebih masa hari ini. Konon nya nak recover balik tang dia datang lambat pagi tadi.

Eleh, dia lambat setengah jam aje kot. Tetapi terpaksa stay di office sampai ke pukul 9. Apa cer? Saja lah tu buli dia.

Lantak lah. Yang penting dia ikhlaskan hati. Niat untuk cari rezeki halal. Jadi dia telan saja kata-kata yang wanita itu lemparkan. Bak pendirian dia sebelum ini, selagi tak menyentuh fizikal, dia akan cuba bersabar sebaik yang mungkin.

Seram pula bila tengok kotak-kotak parkir yang sudah kosong. Suasana pun agak sunyi. Kawasan ini juga jauh daripada pengawasan pengawal keselamatan.

Dengan kasut tumit 2 inci yang tersarung di kaki dia cuba lajukan langkah. Menyesal pula pakai baju kurung hari ini. Kalau tidak, senang aje dia berlari pecut ke kereta nya di sana tu.

Baru dia nak sinsing kain kurung nya, terdengar ada suara memanggil nama. Dia telan liur bila tubuh itu semakin mendekat.

Allah! Kenapa mesti waktu begini, di kawasan ini?

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now