SEBAIK sahaja jam di dinding menunjukkan jarum pada nombor dua, mereka semua bergegas menghampiri kapal terbang yang bakal mereka naiki.
Setiba nya mereka di hadapan kapal terbang itu, mereka disambut penuh hormat dari anak-anak kapal.
"Salam semua seperti yang kalian sedia maklum saya Mejar Izzyan Amsyar juruterbang kalian pada pagi ini. Ada satu maklumat yang saya baru terima pada pagi ini , iaitu cuaca di Sabah tidak lah begitu baik jadi saya ingin memaklumkan kemungkinan besar saya tak dapat mendarat di kawasan tersebut. Sebaliknya, kalian semua yang perlu terjun dari kapal dan bergerak ke tempat yang sepatutnya secara rahsia." Ucap Mejar Izzyan panjang lebar.
"Baik, kami sedia maklum dengan maklumat itu. "Balas Ivan tegas. Sesungguhnya dia juga sedang kusut memikirkan keadaan di sana.
"Boleh saya tanya sesuatu tak tuan?" Ujar Ezrishah sopan.
Kini semua mata tertumpu padanya.
"Silakan. "
"Kami akan diturunkan dimana? Di pulau atau di mana-mana lapangan ?"Ujar Ezrishah tertanya-tanya.
"Kalian akan diturun kan di..Laut." Balas Mejar Izzyan bersahaja.
Masing-masing menunjukkan reaksi wajah yang terkejut. Mereka memandang sesama sendiri.
"Laut?" Kini giliran Endrin pula bersuara.
"Jika diikutkan koordinat nya, kalian akan diturunkan di tengah laut. "Ucap Mejar Izzyan.
"Ada hantu tak tengah laut tu tuan? Kang elok-elok kita terjun laut tau tau masuk mulut hantu. "Ujar Endrin polos.
"Hantu tak ada, aku yang dah nak naik hantu ni ada lah. "Balas Ivan bersahaja.
Serta merta mereka semua kembali ke mood serius. Masing-masing gerun melihat wajah tegas Ivan saat ini.
"Baik, siap sedia. Lagi 3 minit kita gerak. "Ucap Mejar Izzyan sebelum dia melangkah masuk kedalam kokpit juruterbang.
"Mampos kita bro, terjun-terjun dalam laut last-last lemas. "Ucap Endrin selamba.
"Lemas tak apa lagi, buat nya kena ngap dengan jerung? Tak sempat kawin aku. "Kini giliran Ezrishah menyokong.
"Dari korang risaukan jerung dekat laut, baik korang risaukan diri sendiri nak menghadap jerung depan mata ni. "Ucap Danny sambil mengarahkan padangannya kearah Ivan yang sedang menjeling mereka berempat.
"Sejak bila korang jadi penakut air? "Ujar Ivan dingin sambil merenung dalam kearah anak mata mereka.
"Aaa..Aaa bukan takut tuan, saja nak bergurau hehehe.. "Ucap Endrin sambil tertawa hambar, takut kalau Ivan mengamuk.
"Sebelum aku jadi hantu, baik semua pergi naik. "Balas Ivan dingin.
Serta merta mereka berdua terus berlari masuk kedalam perut kapal terbang itu. Diikuti dengan Aryan dan Danny yang tertawa melihat gelagat mereka berdua.
Ivan hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku mereka yang sama persis kanak-kanak yang sedang bermain di taman.
Selesai semuanya naik dan berada di dalam perut kapal terbang, setelah beberapa minit kapal terbang itu mula berterbangan di awangan. Di kawal dengan baik oleh Mejar Izzyan. Kini mereka semua hanya menunggu saat-saat pertempuran bakal berlaku.
•••••
Berbeza dengan keadaan di Melaka.
"Auliya.. Ayan nangis tak berhenti ni nak.. "Panggil uminya sambil mendukung anak kecil yang menangis tidak henti.
"Kejap umi, tengah buat susu dia. "Balas Jannah di hujung dapur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Kita ( OG )
RomanceAntara ego atau cinta ? Nurjannah Auliya, seorang gadis yang lahir dari keluarga broken home, dibesarkan dengan luka mendalam akibat kematian ayahnya yang meninggal dunia dalam tugas sebagai tentera. Trauma itu membuatnya membenci tentera dan segala...