Bilik lawatan itu sunyi dan dingin. Kaca tebal memisahkan dua jiwa yang sama-sama terluka. Lampu putih dari siling jatuh tepat ke wajah, menampakkan setiap garis letih dan setiap air mata yang cuba ditahan.
Di sebelah kiri, Nur Ashikin duduk tegak. Tangan bergari di atas meja, jari menggenggam kuat sampai sendi putih. Wajahnya keras dan mata merah. Marah yang bercampur takut. Di sebelah kanan, Ashraff duduk menunduk. Luka di muka belum sembuh. Bibir pecah, mata lebam. Dia nampak kecil, rapuh... macam budak yang hilang arah.
Telefon diangkat perlahan. Kedengaran suara Ash menghembus nafas dengan kasar. Dia pandang Ashraff tajam. "Kau keluar rumah tanpa beritahu siapa-siapa?" Suara Ash rendah dan tenang, tapi menikam. Ashraff tak pandang. "Orang keluar sekejap je." Ash terus meledak. "SEKEJAP?!"
Tangan bergari terangkat, besi berbunyi halus. "Kau tahu kau hampir mati?!" Nafas dia naik turun laju. "Kau tahu apa jadi kalau diorang lambat?!" Suara dia pecah di hujung. Ashraff angkat muka. Air mata dah berkumpul. "Orang keluar sebab nak jumpa ibu..."Sunyi. Ash terus kaku. Macam masa berhenti.
Ashraff telan liur, suara dia pecah perlahan. "Orang rindu... orang nak jumpa ibu..." Dia tunduk, bahu bergetar. "Orang tahu masa dah tak banyak untuk jumpa ibu... orang dah buat ibu kecewa..." Air mata jatuh satu demi. Dia pandang kaca, seolah-olah cuba tembus.
Ash pandang dia, mata dia bergetar. Marah tadi terus hilang. Tinggal luka yang lebih dalam. Ash tarik nafas perlahan. Tangan dia masih menggenggam telefon kuat. "Kau tak payah cari ibu macam tu." Suara dia berubah lebih lembut. "Ibu ada depan kau sekarang." Ashraff terus menangis. "Ibu..."
Ash pejam mata sekejap. Air mata jatuh tanpa dia sedar.
"Dengar cakap ibu." Nada dia tegas, tapi penuh sayang. "Lepas ni jangan keluar sesuka hati. Jngan degil lagi. Dengar cakap Fahim, sebab tak boleh untuk selamatkan kau." Ashraff geleng laju. "Jangan cakap macam tu..." Ash buka mata perlahan. Kali ini, jujur. Tanpa lindung lagi. "Masa ibu dah tak lama lagi."
Sunyi.
Ashraff terus diam.Wajah dia kosong. Ash sambung, suara hampir berbisik. "Tarikh hukuman ibu semakin dekat." Air muka Ashraff berubah serta-merta. "Ibu... jangan..." Ash tunduk sedikit, menahan tangis. "Sebab tu ibu marah kau tadi... bukan sebab ibu benci." Dia angkat muka, matanya basah. "Sebab ibu takut..." Suara dia pecah. "Ibu tak pernah hidup dengan kau."
Ashraff menangis kuat. "Ibu... maaf... orang minta maaf..." Ash ketap rahang. Air mata jatuh perlahan. "Dengar sini." Nada dia tegas semula. "Kau hidup betul-betul. Jadi anak yang ibu boleh bangga walaupun ibu tak ada... jangan ikut jalan ibu. Jangan ulang kesilapan ibu." Ash perlahan-lahan dekatkan tangan bergari ke kaca. Letak di situ.
Ashraff pandang, kemudian dia angkat tangan. Letak di sisi satu lagi. Kaca memisahkan tapi jarak itu terasa sangat dekat. Ash bisik perlahan. "Ibu sayang kau." Ashraff terus pecah. "Ibu jangan pergi..." Ash pejam mata, air matanya terus jatuh.
"Ibu tak tinggal..." Dia buka mata, pandang tepat ke anaknya.
"Ibu cuma sampai sini je." Pengawal beri isyarat menandakan masa dah tamat.
Ash tarik nafas dalam dan letak telefon perlahan. Ashraff terus panik. "Ibu, tunggu!" Talian mati dan Ash bangun, langkah dia perlahan. Tapi dia tak toleh. Kalau dia toleh, dia tahu dia takkan kuat. Di sebalik kaca, Ashraff masih duduk dan menangis. Tangan masih melekat di kaca. Seolah-olah cuba capai seorang ibu, yang masa dengannya sudah hampir habis.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Angin petang masuk perlahan melalui tingkap ward. Bau ubat dan antiseptik masih kuat, tapi suasana lebih tenang berbanding hari-hari sebelumnya. Ezlin duduk di birai katil. Selendang dipakai longgar, seolah-olah tak sempat betulkan. Wajahnya masih pucat, tapi mata dah tak setakut dulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
Fiction généraleDunia mengenali Nur Ashikin sebagai penjenayah. Namun apabila Ezlin Syafira, seorang wartawan muda itu mula menyelami kisah hidup wanita itu. Dia menemui sesuatu yang tidak pernah dilihat orang lain. Di sebalik segala dosa dan kesilapan, masih ada s...
