BAB 62

14 2 0
                                        

Bangunan korporat itu masih terang walaupun jam hampir sebelas malam. Di tingkat paling atas, suasana pejabat mewah itu sunyi. Dinding kaca besar memandang terus ke bandar Kuala Lumpur yang masih hidup dengan cahaya malam. Datuk Malik Razman berdiri depan televisyen besar yang sedang memainkan semula rakaman podcast Ezlin.

Wajahnya tenang dan santai. Di belakang dia, beberapa lelaki berkot duduk di meja mesyuarat panjang sambil membuka fail. Salah seorang daripada mereka bersuara. "Podcast ni dah terlalu jauh mempengaruhi public." Malik Razman tak jawab terus. Dia hanya memandang skrin televisyen. Di skrin, Ezlin sedang bercakap tentang Nur Ashikin.

"Dia dah berubah."

Malik akhirnya senyum sinis. "Dan rakyat Malaysia memang suka cerita penyesalan." Dia capai alat kawalan lalu pause wajah Ezlin di skrin. "Perempuan ni bahaya. Bukan sebab dia ada bukti." Dia berpaling perlahan. "Tapi sebab orang percaya dia." Seorang lelaki muda di hujung meja membuka fail lain.

"Kita dah mula gerakkan beberapa portal." Dia selak beberapa helaian. "Esok pagi dah keluar artikel counter." Malik duduk perlahan di kerusi kulit hitam besar. "Bagus." Lelaki itu sambung lagi. "Kita akan mainkan naratif ni." Dia baca perlahan dari fail.

"Wartawan terlalu emosional."
"Cuba simpati dekat pembunuh."
"Manipulate emosi rakyat."

Malik angguk kecil. "Kita tak perlu bersihkan Isaac." Dia sandar perlahan. "Kita cuma perlu buat orang ragu." Sunyi sekejap. Salah seorang lagi lelaki bersuara perlahan. "Tapi Datuk..."
Dia telan liur. "Kes Puan Hajar agak susah." Malik terus pandang dia, mata tajam. "Dalam mahkamah..." Dia buka satu fail tebal depan dia.

"Apa yang orang rasa tak penting. Yang penting apa kita boleh buktikan." Telefon atas meja tiba-tiba berbunyi. Malik pandang skrin. Kemudian dia jawab perlahan. "Ya..." Beberapa saat dia diam mendengar. Senyuman kecil muncul di bibir dia. "Bagus. Teruskan." Dia matikan panggilan. Lelaki di depan terus bertanya. "Datuk?"

Malik bangun perlahan dari kerusi. Dia berjalan semula ke arah tingkap besar. Memandang bandar malam di bawah. "Kita dah dapat nombor peribadi wartawan tu." Sunyi terus jatuh dalam bilik mesyuarat itu. Salah seorang lelaki kerut dahi. "Kita nak buat apa?" Malik senyum. "Tekan sikit, biar dia rasa takut." Dalam kepalanya, sudah merangka pelbagai rancangan.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Malam itu restoran kecil di pinggir Kuala Lumpur masih sibuk walaupun jam hampir sepuluh malam. Bunyi pinggan berlaga dan suara pelanggan lain berselang-seli memenuhi ruang, tapi meja di hujung sekali itu terasa jauh lebih sunyi daripada tempat lain. Ezlin duduk bersandar di kerusi. Mata masih sembap selepas podcast tadi. Dari tadi dia hanya mengacau sup di depan tanpa betul-betul makan.

Di depan dia, Haikal memandang lama sebelum akhirnya bersuara. "Sayang." Ezlin angkat muka perlahan. "Makanlah."
Suara Haikal rendah, lembut. "Dari tadi abang tengok sayang kacau sup tu je." Ezlin cuba senyum kecil. "Tak lapar sangat."
Haikal terus geleng perlahan. Dia tahu Ezlin menipu. Dia letak sudu atas pinggan. "Perut sayang bunyi tadi abang dengar."

Ezlin terlepas ketawa kecil. "Itu bukan lapar."
"Habis tu?"
"Stress." Haikal senyum nipis sambil bersandar. "Pandai jawab sekarang." Beberapa saat mereka diam. Hanya bunyi orang berbual dan lagu perlahan dari speaker restoran kedengaran samar. Tiba-tiba telefon Ezlin atas meja bergetar. Nombor tak dikenali. Ezlin jeling sekali lalu terus diamkan.

Tak sampai seminit, telefon itu berbunyi lagi. Nombor lain pula.
Haikal terus perasan. "Kena kacau lagi?" Ezlin mengeluh perlahan sambil capai air kosong. "Tadi Lin dah jawab sekali."
Dia minum sedikit air. "Tapi senyap je. Scammer kot." Telefon itu berbunyi lagi. Kali ni lebih lama. Haikal pandang skrin telefon beberapa saat sebelum hulur tangan. "Bagi abang."

AMPUNKAN AKUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang