Hujan lebat membasahi Kuala Lumpur malam itu. Bunyi titisan hujan menghentam cermin condominium milik Haikal tak berhenti sejak sejam lepas. Sesekali guruh berdentum jauh membuat suasana rumah itu terasa makin sunyi. Di bilik kerja kecil hujung rumah, Hadiff masih duduk menghadap monitor komputer sejak tadi.
Lampu bilik malap, hanya cahaya skrin biru menyuluh muka serius lelaki itu. Fail berselerak atas meja. Cawan kopi kosong entah gelas ke berapa malam itu. Jari Hadiff bergerak laju atas keyboard sambil mata tajam memerhati deretan transaksi dan fail digital yang dihantar oleh Aswad.
Dari luar bilik, kedengaran bunyi kabinet dapur dibuka. Haikal baru nak makan malam. baru duduk dekat meja makan dengan t-shirt hitam dan seluar track kelabu selepas seharian tak cukup rehat. Rambut masih lembap lepas mandi. Atas meja depan dia sudah terhidang nasi panas, telur mata dan sambal ayam yang Ezlin bungkuskan petang tadi sebelum dia balik office. Sudah hampir sebelas malam dan itu baru makan sejak tengah hari tadi.
Hadiff menyandar sekejap sambil menggosok mata yang pedih.
"Come on..." Dia membebel perlahan sendiri sambil membuka satu lagi fail transaksi lama. Mata dia bergerak laju membaca nama demi nama. Tarikh demi tarikh. Kemudian, kursor tetikus dia terus berhenti. Hadiff mengecilkan mata. Badan dia perlahan-lahan tegak semula dekat kerusi. "Tak mungkin..."
Dia cepat-cepat scroll balik fail itu. Baca semula.
Mata dia terus membesar. "Haa..." Jantung dia mula berdegup laju. Dia buka satu lagi fail cross-check. Nama sama muncul lagi, tarikh sama dan akaun offshore yang sama. Hadiff terus bangun dari kerusi sampai kerusi itu tertolak ke belakang.
"Yes!" Suara dia bergema satu rumah.
Dekat dapur, Haikal yang baru nak suap nasi terus tersentak besar. Sudu hampir terjatuh dari tangan. "Woi!"
Dia terus bangun dari kerusi. "Apahal?!" Tak sampai beberapa saat, Hadiff dah keluar dari bilik kerja sambil membawa laptop.
Haikal terus pandang pelik. "Kau pahal?" Hadiff langsung tak peduli. "Bangun."
"Tak nak."
"Aku rasa kita dah jumpa benda yang boleh bunuh Isaac."
Ayat itu terus buat muka Haikal berubah. Dia perlahan-lahan letak sudu atas meja. "Teruskan." Hadiff terus letakkan laptop atas meja makan lalu pusingkan skrin ke arah Haikal.
"Transaksi lama." Jari dia laju tekan beberapa fail. "Aswad berjaya pecahkan akaun offshore yang Isaac guna." Haikal terus tarik kerusi lalu duduk dekat sebelah Hadiff. Mata dia fokus dekat skrin. "Ni semua duit senjata..." Hadiff scroll lagi.
"Dadah dan pemerdagangan manusia." Dia ketuk perlahan satu nama dekat skrin. "Tapi ni bukan part paling menarik." Haikal diam memandang. Kemudian perlahan-lahan mata dia jatuh pada satu nama besar dekat bawah transaksi itu dan muka dia terus berubah. "Malik Razman..."
Hadiff senyum nipis. Senyuman puas yang jarang keluar dekat muka dia. "Peguam kesayangan Isaac rupanya dah lama dalam permainan ni." Haikal terus bersandar perlahan sambil mengusap muka. "Celaka..."
"Bukan tu je." Hadiff buka satu lagi fail. Kali ni rakaman CCTV hitam putih muncul dekat skrin.
Sebuah lori kontena masuk ke gudang lama dekat pelabuhan sekitar jam tiga pagi. Haikal mengecilkan mata. "Gudang ni..."
"Gudang sama yang Aswad trace minggu lepas." Hadiff hentikan video. Kemudian zoom dekat satu susuk lelaki yang keluar dari lori, kabur. Namun, bentuk badan dan cara berjalan cukup kenal. Haikal terus diam beberapa saat.
"Hong..." Sunyi terus jatuh dalam rumah itu. Hujan di luar makin lebat. Haikal terus tarik kerusi lalu duduk dekat sebelah Hadiff. Mata dia tak lepas dari skrin. "Hong tak pernah muncul dalam mana-mana fail kes Danny."
"Exactly." Hadiff sandar sambil silang tangan. "Itu yang buat aku tak sedap hati." Hadiff mengangguk perlahan.
"Dan tarikh ni..." Dia ketuk perlahan hujung meja. "Dua hari sebelum Danny mati." Sunyi terus jatuh dalam dapur itu. Hanya bunyi hujan dekat luar yang masih berdentum tanpa henti. Haikal terus pandang semula dekat video itu. Kali ni muka dia betul-betul serius. "Isaac guna kes Danny untuk tutup benda lain."
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
Fiksyen UmumDunia mengenali Nur Ashikin sebagai penjenayah. Namun apabila Ezlin Syafira, seorang wartawan muda itu mula menyelami kisah hidup wanita itu. Dia menemui sesuatu yang tidak pernah dilihat orang lain. Di sebalik segala dosa dan kesilapan, masih ada s...
