Ashraff duduk terikat, kepala sedikit senget, darah di bibir belum kering. Nafas dia kasar, tapi mata dia tetap melawan.
Pintu dibuka perlahan dan kelihatan langkah kasut masuk tanpa bunyi, Isaac. Dia berhenti depan Ashraff. Lama. Tak cakap apa-apa. Hanya pandang. Kemudian dia keluarkan telefon.
Scroll sesuatu kemudian berhenti. Dia angkat skrin, tunjuk tepat ke muka Ashraff. Gambar seorang lelaki, Danny.
"Kenal?" Suara Isaac rendah. Ashraff jeling sekilas. Rahang dia ketat. Isaac dekat lagi. Mata dia turun naik, bandingkan muka dalam gambar dengan muka di depan dia, lama. "Patutlah."
Senyum nipis muncul. "Muka kau." Dia tunduk sedikit.
"Sebijik macam dia." Sunyi. Ashraff ketawa kecil, darah di bibir bergerak. "Tu bapak aku la, bodoh." Ayat tu jatuh kasar. Isaac terdiam beberapa saat tangan dia naik.
PANG!
Tamparan kuat. Kepala Ashraff terhentak ke sisi. Kerusi berkeriut. Isaac tak berhenti. Dia pegang dagu Ashraff, paksa dia pandang depan. "Jangan sebut nama dia." Nada dia berubah, lebih keras. "Aku kenal Danny lama sebelum kau wujud." Dia lepaskan kasar. Langkah dia pusing sekejap, cuba kawal diri.
"Aku bagi dia makan. Aku bagi dia tempat." Suara dia turun.
"Dia tikam aku." Sunyi. Ashraff ludah sedikit darah ke tepi.
"Padan muka kau." Isaac terus pusing. Mata dia tajam. "Kau tahu apa aku tunggu selama ni?" Dia dekat semula. "Aku tunggu perempuan bawa anak aku." Nada dia makin berat.
"Berpuluh perempuan aku tidur, tak ada sorang pun lekat."
Dia ketawa kosong. "Bila aku dengar mak kau ada anak..." Mata dia jatuh ke muka Ashraff lagi. "Aku ingat itu anak aku." Sunyi.
Ashraff senyum sinis, walaupun sakit. "Kau mimpi la tu."
Dia angkat muka sikit. "Kau memang mandul." Sunyi.
Ayat itu pecahkan segalanya. Muka Isaac berubah. Dalam satu langkah dia tumbuk terus ke muka Ashraff.
BUK!
Kerusi terhentak ke belakang, sekali lagi tumbukan. Ashraff hampir jatuh, tapi tali tahan dia. Isaac tarik kolar dia.
"Kau tak tahu apa-apa!" Satu lagi tumbukan, lebih kuat. Darah memercik. Akhirnya Isaac berhenti. Nafas dia berat dan dia lepaskan Ashraff.
Undur dan tenangkan diri. Dia tak pandang lagi kemudian Isaac panggil anak buah dia. Dua lelaki berbadan tegap dan bertatu masuk dan pegang Ashraff kasar. "Kurung dia. Jangan bagi dia mati lagi." Suara dia kembali rendah. Anak buah angguk. Ashraff ditarik keluar, kaki hampir terseret. Tapi sebelum dia hilang, dia sempat pandang Isaac dan tersenyum kecil. Muka penuh darah.
Isaac tak balas. Penumbuknya mengeras, menahan sesuatu yang hampir meletup. Wajahnya tegang, merah. Dia pandang Muka itu... sebijik. Rahangnya mengetap.
Danny Isyraff.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Lampu malap berkelip sekali-sekala, bayang memanjang di dinding lembap. Dua guard yang tadi berkawal sudah beralih, entah dipanggil atau tukar shift. Tinggal satu sudut gelap, blind spot yang tak ramai perasan. Haikal berdiri di situ dan diam. Nafas terkawal, telinga dia fokus.
Dari dalam, bunyi halus kedengaran lagi. Kerusi bergesel, rantai bergerak dan satu nafas, lemah. Dia langkah dekat sikit. Di tengah pintu besi itu, ada satu slot kecil iaitu plat besi yang boleh digeser. Lama, berkarat sikit. Haikal tolak perlahan. Celah terbuka dan dia intai ke dalam.
Dalam bilik itu, Ezlin duduk terikat. Kepala tunduk, rambut jatuh menutup sebahagian wajah. Lemah tapi masih hidup. Mata Haikal terus berubah, rahang dia mengetat. Tapi dia tahan.
"Ezlin..." Bisik itu hampir tak keluar. Dalam bilik, Ezlin angkat kepala perlahan. Dia nampak sepasang mata di celah slot.
Tajam dan tenang, dan entah kenapa dia rasa dia kenal. Tapi kabur, dia tak pasti. Betul-betul ada atau hanya bayangan. Slot ditutup semula. Haikal pandang pintu itu, sekejap. Dia teliti dengab cepat, tiada handle dari dalam dan berkunci di luar. Besi tebal dan berat. Kalau tendang mesti tak lepas sebab besi tu tebal dan padat. Dia tahu kalau dia buat bising sekarang, habis.
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
General FictionDunia mengenali Nur Ashikin sebagai penjenayah. Namun apabila Ezlin Syafira, seorang wartawan muda itu mula menyelami kisah hidup wanita itu. Dia menemui sesuatu yang tidak pernah dilihat orang lain. Di sebalik segala dosa dan kesilapan, masih ada s...
