BAB 61

14 2 0
                                        

Pintu studio podcast terbuka perlahan. Ezlin melangkah keluar dengan nafas panjang. Suara dia masih serak selepas hampir sejam bercakap tanpa henti di depan kamera. Lampu-lampu di luar bangunan dah banyak dipadam. Tinggal beberapa cahaya malap dari kawasan parkir bawah bangunan.

Beberapa staff production yang lalu di tepi sempat memandang dia. Ada yang senyum kecil, ada yang mengangguk hormat. Seorang perempuan muda dari crew sempat bersuara perlahan. "Akak... tadi akak memang kuat." Ezlin cuba senyum nipis. "Terima kasih..." Tapi jelas tenaga dia dah habis.

Dia berjalan perlahan menuju ke kawasan parkir. Tumit kasutnya berbunyi kecil dalam suasana malam yang sunyi dan di hujung sana, Haikal sedang berdiri bersandar pada kereta hitamnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Mata dia terus jatuh pada Ezlin sebaik perempuan itu muncul. Ezlin berhenti beberapa langkah depan Haikal. Mereka hanya pandang satu sama lain sekejap.

Sunyi.

Haikal orang pertama yang bersuara. "Penat?" Suara dia rendah dan lembut. Ezlin ketawa kecil. "Penat sangat." Haikal senyum nipis. Dia berjalan dekat sedikit. "Suara pun dah habis."
Ezlin cuba ketawa lagi, tapi mata dia dah mula berkaca semula.
"Lin ingat Lin boleh tahan..." Dia tunduk. Suara dia mula pecah.
"Tapi bila cakap pasal Ash tadi, Lin rasa macam dada Lin kena hempap." Haikal tak terus jawab.

Dia hanya berdiri depan Ezlin, dekat. Ezlin cuba tahan air mata. Tapi gagal juga akhirnya. "Abang... Lin takut semua ni masih tak cukup." Air mata mula jatuh laju. "Takut Ash tetap mati..." Haikal terus tarik Ezlin perlahan ke dalam pelukan dia tanpa banyak cakap. Ezlin terus pegang belakang baju Haikal kuat-kuat. Seolah-olah itu satu-satunya benda yang buat dia masih berdiri.

Dia menangis senyap di dada lelaki itu. Bahu dia bergetar kecil.
Haikal pegang belakang kepala Ezlin perlahan. Tangan satu lagi mengusap belakang perempuan itu. "Shh..." Suara dia dekat telinga Ezlin. "Jangan simpan semua sorang-sorang." Ezlin pejam mata kuat. "Lin penat tengok orang hilang..." Suara dia tersekat-sekat.

"Mula-mula mak Ash... Yusri..." Dia tarik nafas dalam tapi makin pecah. "Dan sekarang Ash pula tunggu masa..." Haikal pejam mata sekejap. Jelas dia sendiri terasa beratnya semua benda itu. "Sekurang-kurangnya sekarang... dia tak bersendirian." Dia bercakap perlahan. Ezlin masih menangis perlahan. Haikal tunduk sedikit. Dahi dia hampir menyentuh kepala Ezlin.

"Tadi satu Malaysia dengar suara sayang, tapi abang je tahu betapa sakit hati sayang masa cakap semua tu." Ezlin genggam baju Haikal makin kuat. "Kalau abang tak ada, Lin dah jatuh lama." Dia ketawa kecil sambil menangis. Haikal angkat muka sedikit. Pandang tepat ke mata Ezlin yang basah.

"Sebab tu abang tak pergi mana-mana." Air mata Ezlin jatuh lagi. Haikal perlahan-lahan lap pipi perempuan itu dengan ibu jari, penuh kelembutan. "Abang bangga dengan sayang." Suara dia rendah. "Tak semua orang berani buat apa yang sayang buat malam ni." Ezlin tunduk.

"Lin cuma tak nak orang macam Ash mati sebagai penjenayah je..." Haikal angguk perlahan. "Dan malam ni, sayang dah ubah cara orang tengok dia." Dia pandang tepat ke arah Ezlin. Sunyi sekejap. Hanya bunyi angin malam dan nafas mereka yang perlahan. Akhirnya Ezlin sandar semula dekat dada Haikal. Tak cakap apa-apa lagi dan Haikal masih berdiri di situ. Memeluk perempuan yang dah terlalu lama cuba kuat seorang diri.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Pagi itu suasana bilik operasi jauh lebih tegang daripada biasa.
Televisyen di dinding masih memainkan keratan podcast Ezlin yang viral semalaman. Tajuk berita bergerak tanpa henti di bawah skrin.

"KES ISAAC JADI PERHATIAN NEGARA."
"RAKYAT DESAK SIASATAN SEMULA KEMATIAN PUAN HAJAR."

Fail-fail bertimbun atas meja. Telefon pejabat berbunyi tanpa henti. Bunyi keyboard dan suara anggota polis bersahut-sahutan memenuhi ruang. Di tengah bilik itu, Hadiff berdiri depan papan siasatan dengan tangan berlipat.

AMPUNKAN AKUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang