Pagi itu langit Kuala Lumpur mendung sejak awal subuh. Awan gelap tergantung rendah di atas bangunan kompleks mahkamah yang sudah mula sesak walaupun jam baru melepasi lapan pagi. Kamera memenuhi kawasan depan pagar. Wartawan berpusu-pusu naik turun tangga sambil memegang mikrofon dan telefon masing-masing. Nama Isaac terus kedengaran dari setiap arah.
"Pihak pembelaan dijangka buat bantahan besar hari ni..."
"Kes ni mungkin buka semula fail lama..."
"Polis dipercayai ada bukti baru..."
Suasana bising bercampur bunyi flash kamera dan suara anggota polis yang cuba mengawal keadaan.
"Ke belakang sikit!"
"Beri laluan!"
"Jangan tolak!"
"Media sebelah sana!"
Nama Isaac terus kedengaran dari setiap arah. Hari itu, semua orang tahu sesuatu besar bakal berlaku. Sebuah Cherry Omoda 5 berwarna hitam masuk perlahan ke kawasan parkir khas depan bangunan mahkamah. Jantung Ezlin mula berdegup makin laju sebaik saja kereta berhenti.
Dari dalam kereta dia dah boleh nampak lautan wartawan dekat luar. Terlalu ramai. Haikal yang duduk depan stereng memandang dia sekejap."Sayang okay?" Suara lelaki itu rendah.
Tenang macam biasa. Ezlin cuba tarik nafas perlahan sebelum mengangguk kecil. "Lin okay."
Haikal diam beberapa saat macam nak pastikan perempuan itu betul-betul bersedia. Kemudian dia membuka tali pinggang keledar. "Jangan jauh dari abang." Haikal keluar dulu dari kereta sebelum cepat-cepat berjalan ke sebelah penumpang. Pintu dibuka. Ezlin baru melangkah turun, kamera terus menyala bertalu-talu.
"Ezlin!"
"Cik Ezlin!"
"Ada komen pasal kes Isaac?!"
"Cik Ezlin percaya Ash tak bersalah?!"
"Awak antara saksi utama ke?!"
Soalan datang bertubi-tubi sampai kepala Ezlin sendiri mula berserabut. Haikal terus bergerak rapat dekat sebelah dia. Tangan lelaki itu perlahan memegang siku Ezlin sebelum membawa dia berjalan masuk, protective. Tiba-tiba,
"Weh jangan himpit sangat boleh tak?!"
Suara Zamir mula kedengaran kuat dari belakang sambil menahan beberapa wartawan yang makin menolak. "Aku pun seksek wartawan juga, malu sikit perangai tu!" Seorang wartawan lelaki terus menjeling. "Eh, korang pun sama je macam kitorang." Zamir terus berhenti. "Tak."
Dia tunjuk dekat Ezlin. "Kitorang ada manners." Ain merengus kuat. "Aku sumpah kalau kamera abang tu terkena muka aku lagi sekali..." Dia terus tarik muka geram sambil pegang fail dekat dada. "Aku campak dalam longkang."
"Garang betul." Wartawan perempuan sebelah terus tergelak kecil. Ain terus pandang tajam. "Memang pun." Ezlin yang tengah berjalan dekat tengah-tengah itu hampir terlepas senyum kecil walaupun jantung dia tengah tak stabil dan Haikal yang perasan benda itu cuma menggeleng kecil sendiri.
Di hujung tangga mahkamah, Hadiff bersama Ravi, Aswad, Naim, Taufiq dan Hafiz sudah sedia menunggu. Masing-masing berpakaian formal gelap. Muka semua serius, kurang tidur jelas nampak dekat mata mereka. Hadiff terus berjalan turun beberapa anak tangga bila nampak Ezlin dan Haikal sampai. "Okay?"
Dia pandang Ezlin sekejap. Ezlin mengangguk kecil. "Saya okay."
Hadiff mengangguk perlahan sebelum matanya jatuh dekat wartawan yang masih cuba menolak dari belakang. "Media makin teruk hari ni." Zamir terus menyampuk laju. "Bukan media dah ni." Dia sempat pandang belakang. "Ni pesta tolak-menolak." Taufiq yang berdiri belakang Hadiff terus terlepas ketawa kecil.
Belum sempat mereka bergerak masuk, suasana dekat depan mahkamah tiba-tiba berubah kecoh semula. Beberapa wartawan mula memandang telefon masing-masing. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang terus berpaling ke arah Ezlin dengan muka berubah.
"Apa benda ni?"
"Astaghfirullahalzaim..."
"Serious lah?"
Ezlin terus mengerutkan dahi dan beberapa saat kemudian, seorang wartawan wanita terus bersuara kuat. "Cik Ezlin! Betul ke awak ada hubungan dengan editor sendiri?!" Langkah Ezlin terus terhenti. Haikal terus berpaling tajam.
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
Fiksyen UmumDunia mengenali Nur Ashikin sebagai penjenayah. Namun apabila Ezlin Syafira, seorang wartawan muda itu mula menyelami kisah hidup wanita itu. Dia menemui sesuatu yang tidak pernah dilihat orang lain. Di sebalik segala dosa dan kesilapan, masih ada s...
