Hadiff berdiri dekat meja, headset masih di telinga. Mata dia tak lepas dari skrin. Cahaya biru dari monitor jatuh tepat pada wajahnya. Audio masuk, berdesir. Pecah-pecah. Tapi cukup jelas, suara lelaki yang tenang dan terkawal. Isaac.
"Budak tu dalam kereta, jangan bagi dia bunyi." Beberapa saat sunyi, kemudian satu lagi suara masuk. Lebih dekat dan sangat dikenali. Aidil. "Kalau budak tu kenal tempat ni, kita ada masalah." Isaac ketawa kecil. "Aku suka masalah." Audio berdesir lagi. Bunyi langkah kaki, bunyi pintu ditutup. Kemudian. "Esok polis masuk. Kita pindah malam ni."
Sunyi dalam van. Betul-betul sunyi. Ravi pandang Hadiff dari tepi dan bersuara perlahan. "Tuan..." Hadiff tak jawab langsung.
Mata dia masih pada skrin tapi rahang dia mengetap, keras.
Di sebelah, Aswad cepat buka satu lagi feed.
"Playback kamera badan..."
KLIK.
Skrin bertukar. Feed dari undercover. Kamera pada baju Haikal. Gambar goyang sikit, kemudian stabil. Dan apa yang mereka nampak, buat semua orang diam. Yusri tengah duduk, menggulung lengan baju. Jarum masuk ke kulit tanpa ragu dan gentar. Ravi terus mencarut perlahan. "Gila..."
Aswad pandang tak berkelip. "Wei, dia betul-betul cucuk."
Audio masuk. Kedengaran suara Naim, berbisik panik.
"Yusri, jangan..." Kemudian, diam. Jarum keluar. Yusri bersandar pada dinding, matanya merah dan kosong. Dalam van, sunyi beberapa saat. Ravi geleng kepala perlahan. "Sikit lagi..."
Dia tarik nafas. "Sikit lagi kita kantoi." Aswad angguk.
"Kalau dia tak buat macam tu, habis semua." Hadiff masih diam. Tapi mata dia berubah. Dia rewind semula video tadi dan tengok semula moment itu. Saat jarum masuk tanpa ragu.
KLIK.
Dia hentikan video. Aswad pandang Hadiff. "Tuan, dia ambil betul." Ravi sambung. "Dia cover satu team sekali gus." Sunyi.
Hadiff tanggalkan headset, letak atas meja. Suara dia keluar rendah. "Itu bukan cover." Matanya jatuh ke skrin. "Itu harga."
Ayat itu berat. Tak ada siapa sambung. Aswad kembali ke peta.
"Signal Aidil bergerak... dari gaung ke port."
Dia tekan gerakkan tetikus dan zoom in. Titik merah bergerak perlahan. "Budak tu confirm dengan diorang." Sunyi. Semua tahu siapa. Ashraff. Hadiff jalan dua langkah ke belakang. Tangan gosok muka, tarik nafas dan buang perlahan. Dia berdiri sekejap. Tenangkan kepala. Kemudian dia pusing semula.
"Main balik audio."
KLIK.
"Budak tu dalam kereta."
"Kita pindah malam ni."
KLIK.
Dia hentikan. Jari dia ketuk meja perlahan, berfikir sesuatu. Ravi bersuara. "Kalau diorang pindah... kita hilang Ezlin." Sunyi.
Hadiff angkat muka, pandang skrin lain. Feed Haikal. Titik dia dah keluar dari kumpulan dan masuk zone lain yang lebih dalam. Aswad terus bersuara. "Tuan... Haikal keluar line. Dia masuk kawasan belakang." Hadiff diam sekejap. Pandangan dia keras. Dia tarik nafas sekali lagi. "Dia buat keputusan sendiri."
Aswad zoom lagi peta. "Signal dia bergerak ke zone belakang, kawasan restricted. Pergerakan dia makin dalam, tuan. Kalau dia terus, dia akan masuk core area." Ravi terus pandang. "Kita tarik dia keluar sekarang?" Sunyi. Soalan tu berat. Hadiff pandang dua titik. Aidil dan Haikal. Dua arah dan dua risiko. Dia ketap rahang. Kemudian, jawapannya keluar pendek. "Tak."
Ravi terus berkerut. "Tuan..." Hadiff potong. "Kalau kita tarik sekarang... kita hilang pintu masuk." Dia pandang skrin. "Dan kita hilang dia." Tak perlu sebut. Semua tahu dia ialah Ezlin.
Aswad tarik nafas. "Tapi budak tu..." Hadiff pandang dia tajam.
"Aku tahu." Nada dia rendah tapi keras. Dia capai fail. Buka dan bentang laluan. "Ini semua exit point."
Dia ketuk satu demi satu. "Aktifkan unit sokongan." Ravi terus bersedia. Hadiff sambung. "JSJ ambil perimeter luar. CID cover sektor barat dan utara. Pasukan taktikal standby dan tunggu arahan aku." Aswad terus buka channel baru. Hadiff sambung lagi. "Sekat semua laluan keluar. Aku tak nak satu pun kenderaan keluar tanpa kita tahu. Semua plain clothes, vest on. Aku tak nak siren. Aku tak nak bunyi. "
ANDA SEDANG MEMBACA
AMPUNKAN AKU
Ficción GeneralDunia mengenali Nur Ashikin sebagai penjenayah. Namun apabila Ezlin Syafira, seorang wartawan muda itu mula menyelami kisah hidup wanita itu. Dia menemui sesuatu yang tidak pernah dilihat orang lain. Di sebalik segala dosa dan kesilapan, masih ada s...
