Semua di dalam kelas itu,terkejut dengan tindakan berani mati oleh Aqiesh.Berani menampar Liya sedangkan keluarga Liya sendiri tidak pernah menyentuhnya.
"Aqiesh!!!"Jerit Erryn untuk memujuknya.Namun dihalang oleh Hariess.Hariess terus berlalu mengejar Aqiesh.
"Eh,kau ni kenapa? Ada aku suruh kau tengking-tengking dia macam itu?Depan orang ramai macam ini.Baju aku,aku tak kesah pun lah."Tengking Riefqi apabila melihat Aqiesh berlari keluar dari kelas sambil menangis.
"You lebih kan Aqiesh dari I?"Tanya Liya dengan mukanya yang menyeramkan.
"Lantak kau lah,sana!!"Tengkin Riefqi lalu menolak sedikit badan Liya.
Riefqi juga terus keluar untuk mencari Aqiesh.
-----------
"Nah!"Hariess mula melabuhkan punggungnya disebelah Aqiesh lalu memberinya sehelai tisu."Thanks Hariess."Lalu Aqiesh mengambil tisu yang diberi oleh Hariess tadi dan mengelap air matanya.
"Dah,Kau tak payah menangis.Aku dengan Erryn kan ada."Pujuk Hariess.
"Aku tak boleh bla lah dengan Liya tu.Aku tahu dia kaya,tapi jangan la sampai menghina mak ayah aku.Ayah aku yang dah tak ada pun dia nak hina.Memang aku mental la."Luah Aqiesh panjang lebar.Hariess dan Erryn sahaja lah yang sudi dengar luahan hati Aqiesh.
Air mata Aqiesh masih lagi belum kering,ditambah lagi dengan cerita ayahnya yang meninggal disebabkan oleh sakit jantung.
"Dah,sini.Tak lawa dah kawan aku ni kalau menangis."Hariess mengambil tisu dari tangan Aqiesh lalu mengelap air mata Aqiesh yang jatuh dipipinya.
Aqiesh hanya tersenyum bahagia.Dia bersyukur sangat dapat kawan sebaik Hariess.
"Kadang-kadang aku kesian juga dengan kau ni Aqiesh.Mungkin sebab dulu kita kawan baik kot.Aku memang nak persahabatan kita ni kekal macam dulu.Tapi aku tak tahu kenapa aku lebih suka gaduh dengan kau."Riefqi bermonolog didalam hati sambil melihat kemesraan Aqiesh dan Hariess.
"Hoi!!!"sergah Erryn dari belakang.Terkejut beruk Riefqi dibuatnya.
"Kau mengintip Aqiesh kan?Kau suka dia kan?"Erryn mengusik Riefqi.Kadang-kadang,dia juga pelik kenapa Si Riefqi ni asyik mengacau Aqiesh.
"Kepala hotak kau!!Aku dengan dia musuh.Buat apa aku suka dia?Pandir."Riefqi mengetuk kepala Erryn yang sewel itu lalu berlalu dari situ.
"Aduh sakitlah."Erryn mengadu kesakitan.Terus dijeling tajam wajah Riefqi yang selamba berlalu.
"Kau dah kenapa pegang-pegang kepala tu?Ada kutu ke?"Usik Hariess apabila melihat Erryn yang datang dengan memegang kepala.
"Atuk kau kutu!!Aku kena ketuk dengan Riefqi tu.Aku saja mengusik Riefqi,last-last aku dapat sakit."Jelas Erryn dengan muka yang sakit hati dengan Riefqi Si Mamat Buaya.
"Hahahaha"Tergelak besar Aqiesh mendengar cerita Erryn.Hilang sedikit rasa sedih dalam hati bila dapat gelak-gelak macam ini dengan kawan baik sendiri.
*******
"Eh bro,kau pergi mana?Kau kejar Aqiesh kan?"Usik Farhan pula.Sahaja Farhan menduga.Manalah tahu usikkan nya betul."Kau dah makan?"Tanya Riefqi lalu Farhan menggelengkan kepalanya tanda belum.
"Nak aku suapka dengan kasut aku tak?"Kata Riefqi dengan nada yang serius.
"Rilek la bro.Aku sengaja menduga.Mana lah tahu."Perkataan dihujungnya diperlahankan.Takut pula Si Farhan tiba-tiba diberi makan kasut oleh Si Riefqi ni.
*******
"Aku tunggu kau dekat kereta lah Erryn."Kata Aqiesh apabila lama menunggu Erryn yang makan seperti kura-kura tengah berjalan.Erryn hanya menganguk.Aqiesh berlalu dari situ,lalu menunggu Erryn.
"Siapa pula yang berani bersandar dekat kereta aku ni?Siap kau!!"Kata Aqiesh didalam hati.
"Woi!!"Sergah Aqiesh apabila melihat gerangan lelaki yang bersandar di kereta nya.
"Tak tau bagi salam ke nenek oii?"Terkejut Riefqi dengan sergahan Aqiesh.Aqiesh ni kalau menjerit,kalah Tarzan.Riefqi cuba mengawal machonya.
"Kau ni memang tak padan dengan buaya."marah Aqiesh.
"Kau tak ada tempat lain ke nak bersandar?Apasal kau tak bersandar dekat Liya Si Minah Buaya tu."Perli Aqiesh dengan senyuman yang sinis.
"Aku nak cakap sikit dengan kau ni."Kata Riefqi sambil berdiri sebelah Aqiesh.
"Apa?"Tanya Aqiesh dengan riak wajah yang malas-aku-layan.
"Kenapa kau menangis tadi?Kenapa kau tak menangis dekat aku?"Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Riefqi.
"Sebab orang hina keluarga aku.Ya,aku tahu aku tak kaya macam kau dengan Liya.Tapi tolonglah jangan hina keluarga aku macam tu."Kata Aqiesh dengan muka yang mengawal air matanya untuk jatuh.Tetapi dia gagal untuk menahan air mata itu mengalir.
"Ya,aku tahu perasaan kau.Aku kenal kau dari kecik.Dulu kau tak adalah macam ini.Kau lain sekarang ni."pujuk Riefqi.
Pujukkan Riefqi dibiar sepi.Air mata Aqiesh masih lagi mengalir.Riefqi terus menyengka air mata Aqiesh.
Dia tak nak tengok air mata kawan baiknya dulu mengalir.Walaupun Riefqi asyik mencari gaduh dengan Aqiesh,Riefqi tetap sayang Aqiesh sebagai kawan.Kawan sahaja ok?
"Allololo,sweetnya."usik Erryn.Riefqi yang terkejut terus pergi apabila diusik oleh Erryn.
"Kau ni kan."Aqiesh hanya mencubit manja lengan Erryn.
"Hihihihi"Erryn tersengih macam kerang busuk.
"Dah,jom balik."Ajak Aqiesh.Lalu kereta Myvi hitam milik Aqiesh pun meluncur meninggalkan U itu.
**********
Done Bab 2.Sorry mengarut.Hahaha.K bye~
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...