"Weh,aku nak tanya sikit ni!"Kata Erryn memecahkan kesunyian didalam kereta Aqiesh.
"Apa?Kau jangan tanya benda bukan-bukan sudah.Aku tengah drive ni"Kata Aqiesh seraya memandang Erryn lalu menfokuskan dengan pemanduannya.
"Kenapa Riefqi tu suka kacau kau?Bukan kau rapat dengan dia ke waktu kecil-kecil dulu?"Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh Erryn.Erryn ni pun satu,orang tengah drive juga lah dia nak tanya pasal Riefqi tu.
"Ermm,aku pun tak tahu dengan dia.Memang aku kawan baik dengan dia.Boleh dikatakan sahabat lah.Tapi lepas satu kejadian yang memalukan dia.Terus dia cari cara untuk malukan aku pula.Macam tu lah.Tapi aku tak kesah pun,sekarang ni dia musuh aku."Jelas Aqiesh panjang lebar.Erryn hanya mengangguk seperti menarik dengan cerita Aqiesh.
"Kejadian yang memalukan dia?Maksud kau?"Kata Erryn seperti blur.
Flashback
Kelas 5 Sains Sukan biasanya senyap menjadi riuh rendah apabila Cikgu Hani tidak masuk ke kelas disebabkan oleh anaknya masuk hospital kerana lelah.
"Woi,stop lah.Aku penat kejar kau ni."Kata Farhan sambil mengejar Riefqi didalam kelas.Habis satu pusingan mereka bermain.Nama je 17 tahun,tapi perangai macam kanak-kanak Ribena.
"Kejarlah lagi.Aku nak tengok kau jatuh penat dulu.Hahaha."Kata Riefqi sambil berlari tidak memandang ke hadapan.
Tiba-tiba..
Bukkk!!!
"Ahahahahah,jatuh macam buah nangka busuk."
"Muka handsome tapi jatuh"
"Dah lama aku tunggu dia jatuh macam ini."
Ayat-ayat itulah yang keluar dari mulut sesetengah pelajar di dalam kelas 5 Sains Sukan.
"Kau kenapa letak kaki kat situ?Sakit bodoh!!!"Tengking Riefqi apabila kaki Aqiesh yang menyebabkan dia jatuh seperti nangka busuk.
"Aa..ku tak sengaja.Sorry lah."Kata Aqiesh meminta maaf dengan gagapnya.
"Bla la kau punya maaf.Kau tau tak aku malu orang tengok aku jatuh macam tu?"Tengking Riefqi sambil bangun lalu mengosok mukanya yang tersembam di lantai.Sakit doe!!!
"Kau pun salah juga.Siapa suruh lari dalam kelas.Kalau kau nak berlari pergi padang sana tu."Kata Aqiesh .
"Aku benci kau.!!"Jerit Riefqi dekat dengan muka Aqiesh.
Seperti tidak percaya Riefqi akan berkata seperti itu cuma sebab hal kecil macam ini.Ego lelaki memang besar.
End of flashback
"Ahahahahaha,serius lah weh?"Tanya Erryn seperti tidak percaya."Ya lah.Tak kan aku nak buat cerita.Tapi kan,kalau kau ada mesti terburai kau punya gelak tengok dia jatuh macam tu."Jelas Aqiesh dengan gelak yang bersisa mengenangkan kisah lamanya dengan Riefqi.
**********
"Aqiesh,jom teman ibu pergi beli barang dapur.Kalau ada duit lebih sikit,boleh kita shopping sikit."Pujuk Pn Arni. Dia tahu Aqiesh memang susah kalau nak pergi meneman nya beli barang dapur."Tak payah lah ibu.Aqiesh teman ibu beli barang dapur je.Kita tak payah lah shopping-shopping tu semua.Membazir je ibu.Lebih baik ibu simpan duit tu pergi haji lebih baik bu."Nasihat Aqiesh panjang lebar.Pn Arni hanya tersenyum melihat Aqiesh yang menasihatinya.Memang dia bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak membazir.
"Baiklah ustazah"Pn Arni menyakat sambil tersengih macam kerang busuk.
***********
"Roti dah,serbuk milo dah,dah,dah,dah.Ha,lagi satu je belum ambil.Maggi!!"Kata Aqiesh di dalam hati."Ibu,tunggu sekejap boleh tak?Aqiesh nak ambil maggi."Kata Aqiesh lebih daripada meminta izin.
Pn Arni hanya mengganguk lalu menunggu puterinya mengambil maggi.Aqiesh ni kalau beli barang dapur mesti dia beli sekali maggi feveret dia tu.
"Ha,jumpa pun.Nasib tinggal satu je.Rezeki aku lah ni!!"Kata Aqiesh sambil pergi kearah rak maggi itu.
"Kau lagi!!!Kau memang selalu ikut aku pergi mana-mana ke?Kau stalker aku kan?"Marah Aqiesh lalu mencuba menarik pek maggi itu dari tangan Riefqi.
"Eh nenek!!Buang masa aku je stalk kau!!Lagi satu,aku tak ingin ikut kau.Dah lah,lepaslah maggi ni.Aku dapat dulu lah!!"Marah Rieqi.
Mereka menarik-narik pek maggi itu.Mereka ni dari dulu memang suka berebut.So,kita tengok lah siapa yang menang pertandingan tarik pek maggi ni.
"Kau nak main-main sangat ngan aku kan!"Kata Riefqi tetapi didalam hati.
Saat Aqiesh menarik pek maggi itu dengan sekuat tenaganya,Riefqi sengaja melepaskan pek maggi itu.Akhirnya,punggung Aqiesh mencium lantai mall itu.
"Aduh,"Aqiesh mengadu kesakitan.Riefqi pula hanya berlalu sambil bersiul.Ramai mata yang melihat Aqiesh jatuh tadi.
"Woi buaya!!!Tolong lah.Sakit kau tau tak."Jerit Aqiesh.Lantak lah orang nak kata apa.Sakit hati gila dengan Riefqi.
Jeritan Aqiesh hanya dibiar sepi oleh Riefqi.
"Dia memang nak kena dengan aku.Kau tengoklah aku buat apa kat kau esok."Bebel Aqiesh sambil berjalan menuju ke Pn Arni.
"Bebel apa lagi anak ibu ni?Maggi dah dapat kan?"Tanya Pn Arni pelik.
"Tak ada apa lah ibu.Ibu dah siap beli barang kan?Jom balik.Aqiesh penat."Ajak Aqiesh.Malas nak berjalan lagi.Takut bertembung lagi dengan Riefqi tu nanti.Hancur mall ni dibuatnya.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...