"Mana diorang semua pergi ni.Tak akan tinggal aku sorang je dalam rumah ni."Bebel Aqiesh sambil pergi menjenguk disetiap bilik.Senyap je.
"Baik aku masak untuk lunch lah.Lagipun nak pukul 1:30 dah!"Kata Aqiesh dalam hati lalu berlalu kedapur.
"Kau jangan ingat yang aku akan biarkan kau bahagia dengan Riefqi.Aku cuma kesian dekat Riefqi sebab dapat perempuan macam kau.Muka hanya sesuai untuk jadi maid je dalam rumah ni.Sepatutnya dia dapat aku!"Tiba-tiba Liya datang dari belakang lalu bermain bersama dengan rambut Aqiesh.Aqiesh yang sedang memotong sayur itu hanya senyap.Malas melayan.Aku tahu rambut aku lawa!XD
"Kau dengar tak?!"Tengking Liya sambil menarik rambut Aqiesh.Pisau ditangan Aqiesh diletakkan.Takut pula jika dia tidak dapat mengawal kemarahan.Mati kau nanti Liya.
"Lepas lah!Sakitlah!"Balas Aqiesh kasar sambil mencuba melepaskan rambutnya dari ditarik Liya.Tapi gagal.Liya semakin kuat menarik.
"Sakit?Aku lagi sakit bila dapat tahu kau dengan Riefqi dah kahwin.Kau memang perampas!Riefqi aku punya seorang!"Sekali lagi Liya menguatkan suaranya ditelinga Aqiesh.Boleh pekak aku langsuir menjerit!XD
"Kau fikir aku kesah.Aku tahu lah,sebab apa kau nak duduk sini!Sebab kau nak hancurkan rumah tangga aku dengan Riefqi kan?Mak dengan anak sama je!"Kali ini kemarahan Aqiesh tidak dapat dikawal.Dia sudah hilang sabar dengan Liya.
"Woi perempuan!Kau lepaskan akak aku!"Tiba-tiba Syaz muncul dari belakang dengan berpakaian sekolah.Baru balik sekolah lah tu.
"Ok!Jangan risau lah!Aku tak buat apa-apa pun dengan akak kau ni!Aku main dengan rambut dia je!"Kata Liya sambil bermain dengan dada Syaz lalu melepaskan Aqiesh.
"Lepaslah.Tangan kau memang tak reti nak duduk diam-diam ke?"Tengking Syaz lalu menepis tangan Liya yang bermain di dada Syaz.
"Jom akak!"Kata Syaz kepada Aqiesh lalu meninggalkan Liya.
"Aqiesh!Ingat apa yang aku cakap tadi ok?!"Jerit Liya dari dapur lalu tersenyum sinis.
"Akak,sini sekejap.Syaz nak tanya ni!"Kata Syaz lalu menyuruh Aqiesh masuk kedalam biliknya.
"Kenapa Syaz?"Tanya Aqiesh sambil mengikat balik rambutnya yang ditarik oleh Liya.
"Perempuan tu cakap apa dekat akak?"Tanya Syaz sambil mengemas biliknya yang sedikit bersepah.
"Erm.Dia nak abang kamu lah.Apa lagi yang perempuan tu nak selain Si Riefqi tu!"Jelas Aqiesh.
"Tapi kenapa akak pula yang kena?"Tanya Syaz lagi.
"Sebab dia kata akak ni rampas Riefqi dari dia.Macam tu lah.Habis rambut akak.Kalau lama-lama dia tarik tadi,boleh botak akak!"Kata Aqiesh panjang lalu tergelak kecil.Syaz juga tergelak apabila Aqiesh berkata begitu.
"Erm.Syaz,jangan bagitahu abang tau?!"Aqiesh tidak mahu Riefqi tahu.Biarlah antara dia dan Syaz sahaja yang tahu.Dia takut panas baran Riefqi datang balik.
"Ok.Tapi nanti kalau akak ada masalah dengan perempuan tu,akak bagi tahu je Syaz!"Kata Syaz sambil tersenyum manis.
Aqiesh hanya mengangguk lalu keluar dari bilik Syaz apabila tiada topik untuk dibualkan bersama Syaz.
Selepas makan malam,Aqiesh terlebih dahulu masuk kedalam bilik untuk menunaikan solat isyak.Riefqi masih dibawah lepak dengan Farhan.Farhan memang selalu datang rumah Datuk Zainal malam-malam.Boring katanya.Lantak lah Si Farhan tu.
Selepas menunaikan solat isyak,Aqiesh merebahkan dirinya diatas katil lalu termenung.Memang tabiat Aqiesh kalau nak tidur.Mesti termenung dahulu.Biarkan mata memang dah penat betul baru boleh tertutup sendiri.
"Eh?Kotak apa tu?Macam aku tahu je kotak tu!"Tanya Aqiesh didalam hati lalu mengambil kerusi dan diletakkan dihadapan almari bajunya dan Riefqi.Aqiesh naik ke atas kerusi itu.Aqiesh cuba mencapai kotak itu,dia mencenggek-cenggek kakinya supaya ketinggian nya bertambah.
"Ibu!!"Jerit Aqiesh apabila punggungnya hendak mencecah tanah.
"Kau ni!Nasib aku ada.Kalau tak memang patah tulang belakang kau tu.Jadi nenek semula lah kau!"Kata Riefqi tegas ditambah dengan gurauan dihujung nya.Aqiesh yang disambut dulu oleh Riefqi sebelum dia jatuh ke lantai hanya mengetap bibir tanda geram dengan perangai Riefqi yang tak habis-habis memanggilnya nenek.
Riefqi masih lagi mencempung Aqiesh.Hati Riefqi semakin tidak keruan apabila Aqiesh merangkul leher nya.
"Kau nak ambik apa atas tu?"Tanya Riefqi sambil membetulkan kedudukkan Aqiesh supaya tidak jatuh.
"Aku nak ambik kotak tu!"Balas Aqiesh sedikit perlahan.
"Sekejap!"Kata Riefqi pendek lalu meletakkan Aqiesh diatas katil dalam keadaan baring.
Riefqi terus mencapai kotak yang berada di atas almari bajunya.
"Nah!"Riefqi terus memberi Aqiesh kotak itu lalu duduk menghadap Aqiesh.
"Kau simpan lagi kotak kita ni?"Tanya Aqiesh sambil tersenyum.Tak sangka pula dia masih simpan.
"Haruslah.Kenapa?Kau dah buang?!"Tanya Riefqi.
"Aku simpan lagi lah .Mana boleh aku buang.Manalah tahu kau dah buang lepas kita jadi musuh!"Kata Aqiesh dalam nada memerli.
"Hergh!Sempat lagi kau memerli aku kan?!"Riefqi terus memberi jelingan kepada isterinya.
"Kau ingat tak gambar ni?Gambar ni masa kahwin Pak Su kau.Lepas tu kan,aku tak boleh lupa apa yang orang tu cakap dekat aku!"Kata Aqiesh panjang lalu tersenyum mengejek sambil menunjukkan gambar dia bersama Riefqi di atas pelamin.Tidak silap umur mereka dalam likungan 8 tahun.Biasalah budak-budak,mesti main kahwin-kahwin.
"Apa kau?!"Marah Riefqi sambil tergelak kecil.
"Dia cakap kan yang dia nak kahwin dengan kita.Dia tak malu waktu tu."Perli Aqiesh sambil melihat reaksi Riefqi yang tersenyum apabila diusik oleh isterinya.
"Lepas tu kan,orang tu pun setuju je.Dia cakap yang dia pun nak kahwin dengan kita!"Kali ini Riefqi pula yang memerli Aqiesh.Muka Aqiesh bertukar warna apabila diusik balik oleh Riefqi.
"Hahaha,waktu tu aku senget sikit sebab cakap macam tu.Tapi tak sangka pula kita boleh kahwin betul-betul!"Tergelak Aqiesh dan Riefqi apabila teringat balik kisah-kisah semasa kecil dulu.Kelakar!
Waktu ni,aku main kahwin-kahwin dengan dia!Tak sangka pula yang sekarang dia dah jadi isteri sah aku.Memang dah lama aku nak jadikan dia isteri aku,tapi alhamdulillah sekarang semuanya dah termakbul.Aku akan jaga dia elok-elok!#Riefqiesh
"Kau baca apa tu?"Tanya Riefqi pelik apabila melihat mulut Aqiesh terkumat-kamit seperti membaca sesuatu dibelakang gambar itu.
"Ni!Baru aku tahu sekarang!So,dah lama lah kau ada perasaan dekat aku ni?!"Kata Aqiesh sambil tersenyum mengusik lalu menunjukkan apa yang ditulis oleh Riefqi.
Damn!
"Perasan lah kau!"Kata Riefqi kasar lalu merampas gambar dari Aqiesh.Tergelak Aqiesh melihat Riefqi seperti itu.Riefqi terus mengambil kotak itu lalu diletakkan kembali di atas almari bajunya.
Aqiesh merebahkan kembali dirinya lalu terlelap disebelah Riefqi.
Hai~Chapter ni agak mengarut sedikit.Sorry sangat2.Saya dah ketandusan idea●︿●.Btw don't forget to vote my story(U・ω・)⊃
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...