Bab 47

19.3K 679 50
                                    

Malam itu,Riefqi yang tersedar dari pengsan terus memegang kepalanya apabila terasa pening.

Dia pergi kearah pintu untuk keluar mencari Aqiesh,tetapi pintu berkunci.Diketuk berulang kali dari dalam tetapi tiada satu orang pun yang membuka.

"Papa!Bukaklah.Riefqi kena jumpa Aqiesh sekarang!!"Jerit Riefqi sambil mengetuk pintu biliknya berulang kali dari dalam.

"Papa!!Mama!!Tolonglah Riefqi.Riefqi kena jelaskan dekat Aqiesh!Mama!!"Riefqi mencuba nasib.

"Hahaha!Nanti papa tolong ya sayang.Hahah".Liya disebelah tergelak sinis apabila mendengar Riefqi menjerit.

"Yang kamu menjerit-jerit macam orang gila ni kenapa?!"Marah Datuk Zainal apabila membuka pintu bilik anaknya.

Riefqi cuba untuk keluar dari bilik itu,tetapi dihalang oleh Datuk Zainal.

"Papa!Please bagi Riefqi jumpa Aqiesh.Riefqi kena jelaskan semua ini!"Rayu Riefqi sambil memegang tangan Datuk Zainal.

"Tak boleh!Papa ada benda yang nak bincang dengan kamu!"Kata Datuk Zainal tegas.Datin Fiza dan Syaz yang terdengar bising-bising terus kebilik Riefqi.Begitu juga dengan Liya.

"Apa lagi papa?!Mama,tolong Riefqi ma!"Riefqi cuba merayu kepada Datin Fiza.Manalah tahu Datin Fiza boleh menolongnya.

"Abang,bagilah dia jumpa dengan Aqiesh.Abang nak tengok rumah tangga dia hancur ke?!"Datin Fiza cuba mempertahankan Riefqi.

"Papa nak Riefqi kahwin dengan Liya!"Semua didalam bilik itu terkejut dengan apa yang Datuk Zainal katakan tadi.

"What?!Kahwin dengan perempuan gila ni?!Papa ni dah kenapa?Riefqi tak akan kahwin dengan perempuan macam ini!"Riefqi membantah.Liya sudah pun tersenyum membayangkan masa hadapannya dengan Riefqi.

"Tak nak kahwin kamu kata?Lepas kamu dah cuba nak buat benda tak senonoh tu dengan dia?Papa tak kira,Riefqi kena kahwin dengan Liya!"Sekali lagi Datuk Zainal berkata tegas sambil menaikkan volumenya.

"Berapa kali Riefqi nak terangkan kat papa?!Riefqi tak buat benda macam tu.Riefqi masih ada agama!"Riefqi cuba membantah.Syaz yang disebelah menenangkan abangnya.

"Papa tak kira!"Balas Datuk Zainal pendek tetapi tegas.

"Kalau Riefqi kahwin dengan perempuan ni,Aqiesh papa nak campak mana?!"Riefqi menaikkan sedikit suaranya.Bukanlah dia nak kurang ajar dengan papanya,dia cuma nak menyedarkan Datuk Zainal.

"Ceraikan dia!"Datin Fiza terkejut,begitu juga dengan Riefqi dan Syaz.Cerai?Memang tak lah!!!

"Tak!Riefqi tak akan pernah ceraikan Aqiesh.Perkataan cerai tu lansung tak ada dalam kamus hidup Riefqi lah!Sampai Riefqi mati,Riefqi tak akan pernah ceraikan Aqiesh.!"Riefqi berkata dingin.

"Terserah kamu lah!Yang penting kamu kahwin dengan Liya!Tiada bantahan!"Datuk Zainal berkata dingin lalu keluar dari bilik Riefqi.

Liya tersenyum sambil keluar dari bilik Riefqi.Impiannya tercapai juga akhirnya.

"Sabar ya sayang?Nanti mama pujuk papa!Riefqi tidur dulu!"Kata Datin Fiza memujuk.

"Mama,Riefqi nak Aqiesh ma!Tolong ma.Aqiesh kena dengar penjelasan Riefqi."Rayu Riefqi lagi sambil memeluk Datin Fiza.

Syaz yang disebelah hanya melihat sahaja Riefqi dan Datin Fiza.

"Ya Riefqi.Nanti mama cuba bawa balik Aqiesh!"Pujuk Datin Fiza sambil menggosok lembut belakang Riefqi.

"Mama keluar dulu ya sayang?Riefqi tidur dulu!"Arah Datin Fiza lalu keluar bersama Syaz.

Patung panda besar Aqiesh yang dihadiahkan olehnya dipeluk lama.Wangian Aqiesh masih lagi melekat dipatung panda itu.

"Aqiesh,bukak pintu ni!Jangan buat benda yang boleh cederakan diri boleh tak?!"Marah Azriel dari luar apabila mendengar Aqiesh semakin selak menangis.

Pintu tetap juga tidak dibuka oleh Aqiesh walaupun dia dengar panggilan abangnya.

Apabila Azriel teringat tentang kunci tambahan bilik Aqiesh,terus dia turun kebawah untuk mengambilnya.

"Aqiesh!Kenapa ni?Cuba cerita dekat abang!"Terkejut Azriel melihat bilik Aqiesh seperti tidak terurus apabila dia masuk kedalam bilik adiknya.

Barang-barang didalam kotak sahabat Aqiesh dan Riefqi dilemparkan.Azriel terus mengutip barang-barang itu kembali lalu masukkan kedalam kotak asalnya.

"Adik benci dia abang!!!Kenapa dia buat adik macam ini?Kenapa dia sanggup tipu adik?!Kenapa adik kena lalui semua ini sorang-sorang?"Aqiesh menjerit-jerit kepada abangnya untuk melepaskan kemarahannya.

Azriel yang sudah terbiasa dengan perangai Aqiesh yang suka melepaskan kemarahan kepadanya hanya melayan sahaja.

"Adik!Abang akan selalu ada untuk adik!Abang akan teman adik lalui semua ini tanpa Riefqi.Abang tahu adik tak mungkin benci suami adik sendiri kan?"Pujuk Azriel sambil membela rambut Aqiesh yang sedikit tidak terurus.

"Mana along abang?Adik nak along!!"Azriel memandang Aqiesh dengan pandangan sayu kerana dia sendiri tidak tahu dimana Arieff.

"Aqiesh!Abang tak tahu mana along!Cukuplah abang ada untuk Aqiesh!"Kesian melihat adiknya seperti ini.Azriel terus memeluk Aqiesh.

"Along!Baliklah.Aqiesh nak Along!!!"Monolog Aqiesh sambil menangis apabila teringatkan tentang Arieff.
*******
"Liya,tolong bagi makanan ni dekat Riefqi.Kalau dia tak nak kamu suapkan dia!"Arah Datuk Zainal.Liya?Apa lagi,tersenyum kemenanganlah sebab tak lama lagi Riefqi menjadi miliknya dan Aqiesh tak akan kacau lagi!

"Biar Fiza yang bagi Riefqi makan!"Kata Datin Fiza dingin.

Liya yang mendengar Datin Fiza berkata seperti itu terus mengambil makanan itu lalu laju sahaja mendaki tangga naik kebilik Riefqi.

Pintu dikuak dari luar oleh Liya lansung tidak menyedarkan Riefqi dalam dunianya sendiri.

"Sayang,makanlah ni.Nanti sakit macam mana kita nak kahwin kan?!"Kata Liya sambil duduk menarik kerusi lalu duduk disisi Riefqi.

"Nah,I suapkan you!"Liya sengaja mengawal suaranya menjadi manja.Riefqi tetap lagi dengan dunianya sendiri.

"Aku tak nak makanlah!!Kau tak faham bahasa ke?Kau keluarlah!!!"Tengking Riefqi sambil menepis pinggan dan sudu yang ditangan Liya.

Liya yang tersentak kerana diperlakukan kasar oleh Riefqi terus keluar.Kurang ajar punya Riefqi!

"Abang,kenapa ni?Sampai makanan pun nak baling-baling!"Bebel Syaz apabila masuk kebilik abangnya dan melihat pinggan yang pecah dan nasi-nasi yang berterabur.

"Siapa suruh perempuan tu masuk bilik aku?Aku dah cakap kan yang aku tak nak makan!!"Marah Riefqi sambil melihat adiknya mengutip nasi-nasi yang berterabur ditepis Riefqi.

Kesian pula aku tengok Syaz.Macam orang gaji pun ada!

"Ya!Nanti aku tak kasi perempuan tu masuk dalam ni dah!"Kata Syaz pendek lalu keluar dari bilik abangnya.

Riefqi hanya memandang Syaz dengan pandangan kosong sahaja.
******
Sorry kalau bab ni tak best sangat.Memang tak ada part sweet sebab diorang tengah bergaduh besar.Huhuhu.(ಥ_ಥ).Jangan lupa vote ^^

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now