Bab 24

25.2K 799 13
                                    

Pagi yang bosan dihujung minggu.Aqiesh dengan Syaz apalagi,layan drama lah.Riefqi?Terperap dalam bilik!Kalau dah bosan je baru keluar.

"Korang tak ada kerja lain ke?Asyik layan drama je tahu.Syaz,tukar channel sat!"Arah Riefqi lalu melabuhkan punggungnya disebelah Aqiesh.

"Ah!Boleh blaaa!Kau pergi lah layan iphone kau tu!Sibuk je!"Marah Syaz.

Ting tong~

"Pergilah bukak Aqiesh!"Arah Riefqi lalu menolak Aqiesh.

"Kau lah pergi.Kau kan tak minat drama.Pergilah!Entah-entah ada minah seksi sesat ke?Ada chance la kau!"Kali ini Aqiesh pula menolak Riefqi.Sampai bila-bila diorang tak akan mengalah.Tunggu je lah!

"Biar syaz bukak kan.!"kata Syaz.

"Tak apa Syaz.Akak boleh bukak!"KAta Aqiesh lalu menuju ke pintu.

"Kau?!!"Serentak kedua-kedua mereka berkata.

"Kau buat apa dekat sini Liya?"Tanya Aqiesh pelik.

"Aku nak duduk dengan papa aku buat sementara waktu!Kau mesti maid je kan?Muka kau memang layak jadi maid!"Liya bercakap perlahan.Takut pula jika orang didalam dengar.

"Hahaha!Maid?Lawak lah kau ni!"Aqiesh tersenyum sinis apabila Liya mengatakan dirinya maid!

"Ye!Kau maid dalam rumah papa aku kan?Bagus betul papa ambil kau jadi maid dekat sini!"Kata Liya sambil tersenyum sinis.

"Dia isteri aku.Bukan maid dekat sini!"Tiba-tiba Riefqi menyampuk dari belakang.

"What??!"Terkejut Liya lalu membulatkan matanya.

"Hahaha,asal buat muka terkejut.Tak payah lah buat muka terkejut,sebiji macam beruk!"Balas Riefqi lagi. Panas hati rasanya bila isteri kena hina macam tu.

"Erghh!Ouh,btw papa mana?!"Tanya Liya mengawal wajahnya yang terkejut.

Aqiesh dan Riefqi memandang silih berganti.

"Kau..."Belum sempat Aqiesh menyambung ayatnya,Liya sudah pun memotong.

"Yup!Aku anak Pn.Lida tu!Kenapa kau pula yang buat muka terkejut?Sebiji macam kambing!"Amboi Liya,balas dendam nampak.

"Dah tu kau nak duduk luar je ke?"Tanya Riefqi sinis.Dia cuba mengawal reaksi mukanya supaya tidak sama dengan beruk dan kambing tadi.XD

"Dah lah.Jom sayang!"Kata Riefqi lalu merangkul pinggang Aqiesh.Aqiesh yang faham sangat dengan idea Riefqi pun turut melayan.

"Siapa yang datang Aqiesh?"tanya Datin Fiza pelik.

"Er.."Aqiesh tidak tahu hendak berkata apa.

"Hai mama!"Sapa Liya dari belakang Riefqi dan Aqiesh.

Datin Fiza hanya memandang Liya atas bawah.Tak cukup kain!Dah lah tak bagi salam.

"Erm.Mama nak memasak sekejap.Aqiesh boleh tolong mama tak?!"Tanya Datin Fiza.Dia tidak langsung memandang wajah Liya.

"Boleh.Jom!"Cepat-cepat Aqiesh mengajak Datin Fiza kedapur.

Riefqi melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu melayan sama drama yang Syaz minat sangat tu.Syaz hanya buat-buat tidak nampak sahaja Liya.Naik menyampah tengok muka Liya.

Liya terus melabuhkan punggungnya disebelah Riefqi.Riefqi menjauhkan jaraknya dengan Liya.Syaz hanya menjeling tajam mata Liya.

"Kau boleh sana sikit tak?Semaklah kau!"Betak Riefqi.Terkepit-kepit!

"Alaa sayang.Ni lah peluang I nak bermanja dengan you."Kata Liya dengan gediknya lalu memegang lembut bidang dada milik Riefqi.

"Lepas lah.Aku dah jadi suami orang.Tolong lah jangan kacau aku!Rimas kau tau!"Tengking Riefqi lalu berlalu meninggalkan Liya dan Syaz.

"Erm.Hai adik!"Sapa Liya terlebih gedik lalu duduk disebelah Syaz.

"Siapa adik kau?Kau tak dapat abang aku tak kan kau nak aku pulak!Aku rasa papa tu ada juga duit.Apasal kau tak suruh dia beli kain lebih sikit untuk kau?Geli aku tengok!"Kali ini Syaz pula yang memaki Liya.Geram hatinya apabila melihat Liya tergedik-gedik.Lalu Syaz terus meninggalkan Liya yang terpinga-pinga.

"Ergh!Abang adik sama je.Sombong!Tapi kau jangan risau Riefqi.Aku akan buat kau jatuh melutut dekat kaki aku!"Kata Liya didalam hati.

"Mama masak apa?Boleh Liya tolong?"Tanya Liya cuba mengawal perangainya supaya menjadi sopan santun.

"Tak payah lah.Dah siap pun.Lagipun kamu mana biasa duduk dapur ni!"Perli Datin Fiza.

"Ouh ok!"Balas Liya pendek.

Riefqi dan Syaz turun kebawah apabila dipanggil.Riefqi menarik kerusi disebelahnya untuk Aqiesh duduk disebelahnya,tetapi Liya terlebih dahulu duduk disebelah Riefqi.So,Aqiesh duduk disebelah kiri Riefqi dan Liya pula duduk di sebelah kanan Riefqi.

"Aqiesh.Tukar tempat dengan aku.Kau duduk sebelah ulat beluncas ni!"Bisik Riefqi ditelinga Aqiesh.

Tergelak Aqiesh mendengar panggilan Riefqi untuk Liya.Ulat beluncas!XD

Liya hanya menjeling sahaja Aqiesh yang menukar tempat dengan Riefqi.Syaz menunjukkan thumbs up kepada Liya sambil tersenyum sinis.

"Eh,kamu pun ada dekat sini Liya?"Tanya Datuk Zainal terkejut apabila anak tirinya ada sekali.

Liya hanya mengangguk lalu tersenyum.

"Liya punya bilik sebelah bilik Aqiesh dengan Riefqi.Nanti kalau ada apa-apa yang kurang bagi tahu lah!"Kata Datuk Zainal.

"Ok pa!"Liya sudah tersenyum apabila mendapat bilik disebelah bilik Riefqi.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now