"Riefqi!stop lah!Sakit perut aku gelak!"Marah Aqiesh sambil memukul lembut paha Riefqi didepannya.
Apa yang lawak pun tak tahu.Sampai sakit perut Aqiesh gelak dengan Riefqi.
Dashi run run run~
Iphone Aqiesh berbunyi diminta diangkat.Terus stop gelak Aqiesh dan Riefqi.
"Assalamualaikum ibu!"Aqiesh menyapa Pn.Arni dahulu.
Riefqi yang senyap dari tadi terus mengelap air mata Aqiesh.Bukan sebab dia menangis,tetapi terlalu banyak gelak.
"Waalaikumusalam!Aqiesh.Atuk dah tak ada Aqiesh!"Perlahan-lahan air matanya mengalir.
Kali ini Riefqi pelik.Kenapa Aqiesh menangis?
Iphone ditangan Aqiesh terlepas.Riefqi terus bercakap dengan Pn.Arni.
"Kenapa bu?!"Tanya Riefqi cemas.
"Atuk dah meninggal.Ibu dengan Azriel nak siap-siap balik kampung!Kamu dengan Aqiesh balik cepat ya?!"Riefqi terkejut.Patutlah Aqiesh menangis.
"Ok bu!"Riefqi terus menutup panggilan.
Aqiesh yang dari tadi menangis,dipeluk erat untuk menenangkan Aqiesh.
"Jom balik kampung.Kita tengok atuk kau!"Arah Riefqi.Aqiesh hanya menurut sahaja.
"Aqiesh nak pergi mana ni?Sampai ada beg sekali!"Tanya Datin Fiza pelik.
"Aqiesh nak balik kampung sekejap.Mungkin lusa Aqiesh dengan Riefqi balik.Atuk Aqiesh meninggal!"Terang Aqiesh panjang lebar.
"Innalillah wailaihirojiun.Tak apalah kalau macam tu!"Kata Datin Fiza kesian.
"Biasalah tu.Dah tua,memanglah meninggal!"Aqiesh sedikit lagi mahu menampar Pn.Lida yang tiba-tiba memyampuk.
"Sayang!Sabar.Tak payah layan orang macam ini.Jom!"Riefqi terus menarik tangan Aqiesh masuk kedalam kereta Audinya.
"Sayang ok?!"Tanya Riefqi prihatin apabila melihat Aqiesh seperti gelisah.
Lalu dia menfokuskan kembali dengan pemanduan.
"Ok!Cuma..."Kata-kata Aqiesh terhenti.Riefqi memandang sekilas wajah Aqiesh.
"Cuma apa?!"Aqiesh menggeleng.
"Tak ada apa-apa lah."Aqiesh terus melemparkan pandangannya keluar tingkap.
Riefqi yang sedang memandu terus memberikan Aqiesh iphonenya apabila Azriel menelefonnya.
Dia paling takut jika memandu sambil mengangkat panggilan.Sebab itulah dia memberi Aqiesh menjawabnya.
"Jawab sekejap sayang.Aku tengah memandulah!"Aqiesh menyambut iphone yang diberi Riefqi.
"Assalamualaikum!"Aqiesh memberi salam dahulu.
"Aqiesh,nanti kalau dah sampai.Terus pergi kubur.Sebab diorang dah nak kebumikan atuk!"Pesan Azriel kepada adiknya.
"Ok!Nanti Aqiesh datang terus kubur."Aqiesh terus menamatkan panggilan lalu meletakkan iphone Riefqi didalam beg galasnya.
"Kenapa?!"Tanya Riefqi sambil memandang sekilas wajah Aqiesh.
"Abang suruh kita terus pergi kubur,sebab diorAng nak kebumi dah."
Riefqi hanya mengangguk tanda faham.
"Kau baru datang?Orang semua dah kebumikan atuk kau.Baik kau tak payah datang tau tak?!"Apabila Aqiesh dan Riefqi datang kekubur,semua orang seperti mahu pulang.Dan tiba-tiba Mak Ngah Aqiesh menengkingnya didepan orang ramai.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomansaDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...