Suasana didalam kereta Audi milik Riefqi hanya senyap sahaja.Kalau bising pun,bunyi celoteh JOHARA dicorong radio Era.
Aqiesh melemparkan pandangannya keluar tingkap.Dia memang sudah maafkan Riefqi.Sengaja dia mahu melihat sejauh mana Riefqi boleh tahan dengan perangai Aqiesh ini.
"Kau nak pergi mana?Aku nak pergi kelaslah!"Marah Aqiesh kasar apabila Riefqi membawanya ketempat lain.
Riefqi hanya senyap sahaja.Aqiesh mengeluh apabila dirinya tidak dilayan oleh suaminya.
Taman?Dah kenapa dengan dia ni?Nak main buaian ke?Apa masalah dia ni!Tak pasal-pasal ponteng kelas!
"Arghhh!Sakitlah!Perlahanlah sikit!"Betak Aqiesh apabila Riefqi menarik tangan Aqiesh sedikit kasar.
"Kenapa kau bawak aku jumpa dia?!"Elok-elok aku dah maafkan dia,dia buat hal pergi panggil minah ni!Anginlah aku!
Dua-dua senyap.Riefqi memandang Sarah,Sarah memandang Riefqi.Aqiesh mengeluh.
"Kalau kau ajak aku datang sini sebab nak suruh aku tengok korang dating.Baik aku baliklah.Buat SAKIT HATI je!"Sengaja Aqiesh menekankan perkataan sakit hati itu.
Selangkah Aqiesh melangkah,tangannya direntap kasar oleh Riefqi.
Aqiesh sedikit lagi mahu jatuh,nasib dia dapat menstabilkan dirinya.
"Aqiesh!Aku..."Belum sempat Sarah hendak menjelaskan,Aqiesh sudah pun memotong laju.
"Ya,aku tahu kau dengan Riefqi ada hubungan.Tak apalah,aku izinkan Riefqi kahwin lain."Riefqi membulatkan mata.Tidak percaya dengan Aqiesh.Senang-senang begitu sahaja Aqiesh mengizinkan.Tak rasa ke perasaan aku Aqiesh!
"Tak,aku dengan Riefqi tak ada apa-apa pun.Dia datang jumpa aku semalam sebab aku ada masalah!Tu je!"Jelas Sarah panjang lebar.
"Ada masalah,cerita dekat mak ayah kau!Tak perlu kau luahkan dekat suami aku!"Aqiesh menjerit!Tetapi didalam hati sahaja.
"Habis dah?Ok!"Sarah mengangguk.Aqiesh menjeling mata Riefqi yang dari tadi hanya senyap.
"Tak apalah!Aku balik dulu!Assalamualaikum!"Sarah terus berlalu meninggalkan Aqiesh dan Riefqi.
"Waalaikumusalam!Sarah.Thanks!"Sarah tersenyum.Begitu juga dengan Riefqi.
Riefqi terus duduk dibangku yang ada ditaman itu.
"Jom balik!"Aqiesh mengajak Riefqi balik.Kalau nak pergi kelas pun mungkin dah lambat.
Kata-kata Aqiesh dibiar sepi.Riefqi hanya senyap sambil melemparkan pandangannya kehadapan.Tenang!
"Jom lah balik!Kau dengar tak ni?!"Marah Aqiesh sambil melabuhkan punggungnya disebelah Riefqi.
Riefqi mengeluarkan iphonenya.Lalu jari jemari Riefqi laju menari diatas skrin iphonenya.
Twitt twitt~
Bunyi iphone Aqiesh menandakan ada mesej yang masuk.Terus dia memandang Riefqi disebelahnya.
Kalau kau nak balik,baliklah dulu.Ambil kunci kereta aku ni-Riefqi.
Riefqi menunjukkan kunci kereta Audinya.Aqiesh pula yang seperti menaip sesuatu.
Kenapa kau tak nak balik sekali?Nak dating dengan Sarah?!-Aqiesh.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...