Bab 33

24.5K 862 29
                                    

"Kau nak makan?"Tanya Riefqi prihatin sambil memegang semangkuk bubur lalu mendekati Aqiesh yang terbaring diatas katil.

Demam Aqiesh sudah makin surut,cuma pening kepalanya masih bersisa.Rasa berat je kepala Aqiesh.Pening!

"Boleh juga!"Kata Aqiesh selamba lalu menukar posisinya kepada duduk.

"Nah!Biar aku suapkan.Kesian isteri aku demam!"Gurau Riefqi sambil menyuapkan Aqiesh sesudu bubur kedalam mulutnya.

"Rindu dekat ibu.Selalu kalau aku sakit,ibu yang tolong suapkan!"Rintih Aqiesh.Dah lama rasanya tak jumpa dengan Pn.Arni.

"Kau nak jumpa ibu ke?Nanti kita pergi.Tapi aku tak janji!"Balas Riefqi sedikit lalu mengusap lembut pipi Aqiesh.

"Senyumlah sikit."Suruh Riefqi sedikit apabila melihat wajah Aqiesh yang kelihatan sedih.

Aqiesh tersenyum melihat perubahan Riefqi.Makin baik.

Selepas makan bubur yang disuapkan oleh Riefqi,Aqiesh diberi panadol untuk melenakan lagi tidurnya.

"Dah makan ubat?"Tanya Riefqi sambil merebahkan diri disebelah Aqiesh.Aqiesh mengangguk.

"Kau tak buang kan?!"Teka Riefqi.Riefqi memang dah hafal sangat dengan perangai Aqiesh memandangkan mereka berkawan baik dari kecil.

"Tak!Aku makan.Sebab orang tu paksa!Nak termuntah aku makan panadol tu!"Rungut Aqiesh.Sejujurnya dia memang benci dengan benda yang bernama 'ubat'!

"Bagus.Demam kau pun nak elok dah.Esok kau pergi kelas tak?"Tanya Riefqi sambil mengusap rambut Aqiesh.

"Pergi!Aku rindu gila dekat Erryn.Kesian pula Erryn tak ada kawan."Balas Aqiesh sambil tersenyum.

"Hmm.Ok!Tapi jangan nak bergerak sangat nanti.Tak pasal-pasal pengsan tengah jalan.Kan susah!"Pesan Riefqi lagi.Sejak dia bergaduh dengan Aqiesh,Aqiesh selalu sakit.Risau pula kalau makin teruk demamnya.

"Ok boss!Jom lah tidur.Aku mengantuklah!"Rengek Aqiesh seperti budak kecil.Saja nak bermanja dengan suami sendiri.

Riefqi mengangguk lalu menarik Aqiesh kedalam pelukkanya.Riefqi mengeratkan lagi pelukkannya.Entah kenapa dia suka memeluk Aqiesh.Rindu nya belum lagi hilang sepenuhnya.

"Good Night sayang.Mimpi aku tau?Aku sayang kau seorang je!"Sempat lagi Riefqi berbisik kepada Aqiesh dengan suara yang romantik.

"Aku pun sayang kau seorang je.Please jangan tinggalkan aku!"Kata Aqiesh lalu membalas pelukkan Riefqi.

"Aku janji aku tak kan pernah tinggalkan kau dan lepaskan kau.Tu janji aku!Aku cuma nak kau pun janji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku.Aku tak tahu macam mana hidup aku kalau kau tinggalkan aku!"Tiba-tiba Aqiesh merasa seperti ada air yang menitik tangannya.

Atap bocor ke?What the...he crying?

"Kenapa kau menangis?Aku tak akan tinggalkan kau.Aku janji.Dah,janganlah macam ini.Emo je lebih kau ni!"Kata Aqiesh memujuk lalu menyengka air mata Riefqi.Entah kenapa sejak kebelakangan ni,Riefqi sedikit sensitif.Aqiesh juga perasan dengan perubahan Riefqi.

Esoknya,Aqiesh dan Riefqi kembali seperti biasa.Makin rapat hubungan mereka.Dan datang satu perasaan antara mereka.Perasaan cinta antara satu sama lain yang susah nak padam.

"Aqiesh dah sihat?!"Tanya Datuk Zainal prihatin sambil tersenyum apabila Aqiesh dan Riefqi duduk dimeja makan.

"Alhamdulillah pa,sihat sikit."Balas Aqiesh pendek lalu menuangkan hot chocolate untuk suaminya.Riefqi memang suka hot chocolate.Kalau sarapan,mesti ada hot chocolate.Macam tulah perangai Riefqi!

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now