Bab 16

26.4K 964 6
                                    

"Ibu,Aqiesh balik dulu ya?Abang jaga ibu elok-elok!"Sempat lagi Aqiesh memberi pesanan kepada Abang nya.

"Abang tahu lah jaga ibu.Selama ini abang juga yang jaga ibu!Kamu tu,jaga Riefqi elok-elok.Jangan nak ikutkan perangai kamu tu!"Azriel juga sengaja memerli Aqiesh.Macam dia tak tahu Aqiesh tengah dingin dengan Riefqi.

"Hmmm!"Itu sahaja yang keluar dari mulut Aqiesh.

Semasa Aqiesh pergi menyalam tangan ibunya,Azriel mendekati Riefqi.

"Kau sabar lah sikit dengan perangai adik aku tu!Kau pun dah kenal dia lama kan?Mesti kau boleh tahan dengan perangai dia!"Azriel menasihati Riefqi yang dari tadi hanya senyap.Riefqi hanya mengangguk lalu tersenyum hambar.

Selepas selesai sesi bersalaman,kereta Audi milik Riefqi laju sahaja membelah jalan raya.

Suasana didalam kereta Audi milik Riefqi hanya sunyi sahaja.Hanya suara Nabil di dalam radio sahaja yang menemani kesunyian mereka.Masing-masing berat mulut hendak berborak!

"Kau nak pergi mana?Aku malas lah nak pergi mana-mana!Tak ada mood!"Aqiesh memecahkan kesunyian apabila Riefqi berhenti di sebuah restoran.

Riefqi hanya turun sahaja dari keretanya tanpa berkata apa-apa pun dengan Aqiesh.

"Ishh dia ni!Buat aku macam kayu je!"Betak Aqiesh lalu keluar dari perut kereta sambil mengekori Riefqi.

Fuh nasib dapat kejar.Jalan laju macam robot!

"Kau nak makan apa?"Tanya Riefqi apabila dia melabuhkan punggungya di kerusi restoran itu.

"Tak nak makan.!"Balas Aqiesh tegas.

"Lantak kau lah!Aku lapar,so aku nak makan."Kata Riefqi lalu memanggil waiter itu.

"Aduh,sedap pula tengok dia makan.Makanan feveret aku tu!"Monolog Aqiesh didalam hati sambil menelan air liur melihat Riefqi makan nasi goreng kampung itu.

"Apa kau pandang-pandang?Aku tanya nak makan ke tak nak,kau bantai jawab tak nak!"Riefqi sempat lagi memerli Aqiesh.

"Erk?Aku tak ingin pun!Aku dah kenyang makan semalam!"Kata Aqiesh sambil menjeling tajam ke arah Riefqi!

"Kau makan apa?"Tanya Riefqi pelik!Setahu aku,dia tak makan lagi semalam.

"Makan hati!"balas Aqiesh dengan senyuman sinis.

Riefqi yang terasa dengan kata-kata Aqiesh terus menyuapkan nasi goreng kampung itu kedalam mulutnya.
***********
"Aku kena luahkan perasaan aku ni dekat Aqiesh.Aku nak jadikan dia milik aku sepenuhnya bukan untuk seketika!"Bebel Hariess didalam bilik nya.Pn Syafa yang lalu dihadapan bilik Hariess terus berhenti apabila mendengar Hariess membebel .Pn Syafa membuka pintu bilik nya lalu mendekati Hariess yang tidak sedar kehadiran dirinya.

"Anak mama ni kenapa?Mama dengar mulut tu tak berhenti-henti bercakap!"Tegur Pn Syafa.Hariess yang dikejutkan oleh mamanya hanya mampu tersengih kambing sahaja.

"Err.Tak ada apa-apa mama!Mama tak tidur lagi?"Hariess cuba mengubah topik perbualanya bersama Pn Syafa.

"Nak tidur lah ni!Mama dengar Hariess membebel je tu lah mama masuk jenguk."Terang Pn Syafa.

"Mama pergilah masuk tidur dulu!"Kata Hariess sambil melemparkan senyuman kepada mamanya.

"Ok,Good Night!"Kata Pn Syafa lalu keluar dari bilik Hariess.

"Night"
******************
"Erryn,kau kawan aku kan?Kau rasa Aqiesh boleh tak terima aku kalau aku luahkan perasaan aku dekat dia?"Tanya Hariess sambil mengemas biliknya.Iphonenya dikepitkan antara telinga dan bahunya.

Aduh!apa aku nak jawab ni?!

"Erm.Aku pun tak pasti.Tapi kau yakin ke nak luahkan perasaan dekat dia.?"Tanya Erryn cemas.

"Betul lah!Aku nak dia jadi sebahagian dari hidup aku."Jelas Hariess.

"Erm.Kau cuba ajelah.K la,aku ada hal sikit.Bye!"Kata Erryn lalu menamatkan perbualanya.
*******
"Syaz nampak abang tak?"Tanya Aqiesh kepada Syaz yang kusyuk dengan laptopnya.

"Erm tak nampak pula!Syaz rasa dari semalam abang tak balik.Tapi dia cakap just nak jumpa Farhan je!"Jelas Syaz panjang sambil matanya masih melekat di skrin laptopnya.

"Tak apa lah Syaz."Kata Aqiesh lalu melangkah keluar dari bilik Syaz.

"Mana kau ni Riefqi.Balik lah.Jangan buat aku risau.Yang kau tutup fon kau kenapa?"Monolog Aqiesh didalam hati,timbul satu perasaan risau didalam hatinya.

"Ya allah,kau lindungi lah suamiku dari bahaya.!"Aqiesh hanya mampu berdoa sahaja.Tiba-tiba air matanya setitis demi setitis mengalir ke pipinya.

Pintu dikuak dari luar,Datin Fiza mendekati menantunya itu.

"Aqiesh,kenapa menangis ni?"Tanya Datin Fiza.Datin Fiza tahu Aqiesh risaukan Riefqi.Dan dia juga tahu Riefqi dimana.

"Aqiesh risaukan Riefqi!kenapa dia tak balik dari semalam?Ma,dia pergi mana?"Tangisan Aqiesh makin kuat apabila Datin Fiza cuba menenangkan nya.

"Dia perlukan masa tu.Biarkan dia!Dia dah besar,pandai jaga diri sendiri.!"pujuk Datin FIza.

"Tapi kenapa dia tinggalkan Aqiesh sorang-sorang macam ini?"Aqiesh masih lagi menangis.

Jawapan itu Datin Fiza sendiri tidak dapat menjawabnya.Dia hanya senyap sahaja lalu memeluk Aqiesh.Akhirnya Aqiesh tenang didalam pelukkan ibu mertuanya!

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now