Bab 66

21.8K 676 49
                                    

Entah kenapa hari ini apa yang Aqiesh lakukan semua serba tak kena.Pegang gelas pun boleh pecah,buat air milo pun masin disebabkan oleh Aqiesh yang tersalah masukkan garam.Kenapalah dengan Aqiesh hari ni?Riefqi juga pelik dengan isterinya.Sampaikan,Riefqi tidak membenarkan Aqiesh membuat sebarang kerja.

"Sayang ni kenapa?Semua kerja yang sayang buat semua tak kena.Peliklah!"Bebel Riefqi.Aqiesh hanya mencebik lalu mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.

"Dah,sayang pergi rehat je.Nanti pukul 2 petang,Bie kejut sayang.Kita ada kelas petang hari ni kan?!"Riefqi menolak Aqiesh kesofa dengan lembut.

"Tak apalah.Qiesh boleh buatlah.Bukannya susah pun.Kasilah balik penyapu tu!"Kata Aqiesh.Aqiesh cuba mengambil penyapu dari tangan Riefqi,tetapi dihalang oleh Riefqi.

"Kenapalah Qiesh ni degil sangat?Tak pernah nak dengar cakap orang.Nak ikut cakap Qiesh je."Bebel Riefqi dengan tegas.

"Bukannya tak nak dengar cakap Bie,tapi biarlah Qiesh yang buat.Bukannya Qiesh tak pandai menyapu sampah!"Aqiesh membantah.

"Degil!Macam ni lah perangai Qiesh.Tak nak dengar apa yang Bie cakap.Perangai degil Qiesh tu,tak pernah nak ubah.Tak pernah nak buang."Sekali lagi Riefqi membebel.Aqiesh membuat muka masam lalu terus naik keatas biliknya lalu menutup pintu kuat.

"Kenapalah degil sangat isteri aku ni?Aku buat benda betul,bukannya salah.Aku just nak dia berehat.Tu je!"Monolog Riefqi didalam hati sambil menyapu ruang tamu.

"Ishh!Aku nak buat benda tu benda ni,semua tak boleh.Aku tahulah jaga kesihatan aku.Setakat menyapu,tak adanya sampai gugur!"Bebel Aqiesh panjang lebar sambil mengemas biliknya.

Jam yang menunjukkan pukul 1:45 petang menyuruh Aqiesh untuk bersiap awal pada hari ini untuk kelas petang.Aqiesh mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk bersiap.Riefqi masih lagi didalam bilik air.Tiada lansung butir perkataan yang keluar dari mulut Aqiesh untuk suaminya.Mungkin masih merajuk dengan hal tadi pagi.

Riefqi yang sudah memaki bajunya T-Shirt lengan panjangnya mendekati Aqiesh yang duduk diatas katil sambil sibuk dengan iphonenya.Sengaja malas mahu melayan Riefqi disebelah.Riefqi memandang sekilas wajah isterinya sambil meletakkan jari telunjuknya didagu tanda berfikir.

Aqiesh memandabg suaminya disebelah apabila ada sepasang tangan yang kemas memeluk pinggangnya.Kepala Riefqi diletakkan diatas bahu Aqiesh.

"Ishh!Lepaslah.Busuklah!"Rengek Aqiesh sambil cuba untuk melepaskan pelukkannya.Tetapi kudrat Riefqi lagi kuat darinya.Biasalah kudrat lelaki lagi kuat berbanding perempuan.

"Busuk apa?Wangilah.Bie kan baru mandi.Entah-entah sayang kentut kot!"Kata Riefqi bergurau lalu tergelak besar dan melepaskan pelukkannya.

"Auchh!Sakitlah.Tak payahlah main cubit-cubit.Tangan je  kecil,tapi cubitan sayang macam ketam pun ada!"Bebel Riefqi sambil menggosok pehanya yang dicubit Aqiesh.

"Lantaklah!Siapa suruh main tuduh orang macam tu je?Padan muka!"Kata Aqiesh.Riefqi mengetap bibir lalu sekali lagi memeluk pinggang Aqiesh erat.
Aqiesh bergelut diminta dilepaskan.

"Bie!Dah lah tu,jomlah pergi kelas.Nanti lambatlah.Jauhlah sikit.Busuk tahu tak!"Marah Aqiesh.Riefqi mencium baunya jika benar bau busuk yang dikatakan Aqiesh.

"Mana ada!Wangilah.Cuba sayang bau!"Riefqi mendekatkan dirinya dengan Aqiesh.

Bluerkkk~

Riefqi mengetap bibir apabila Aqiesh muntah dibajunya.

"Bie,sorry sangat-sangat.Tak seng...!"Belum sempat Aqiesh menghabiskan ayatnya,terus Aqiesh berlari kebilik air dan sekali lagi mengeluarkan cecair yang mengelikan.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now