Bab 41

22.5K 761 14
                                    

Pagi yang indah!Dengan bunyi kicauan burung.Langit biru tenang.Sesuai untuk berjogging!Memang selalu,Aqiesh dan Riefqi berjogging apabila tiada kelas.

"Cantik kan cuaca hari ini!"Riefqi berkata sambil berjogging.Aqiesh mengangguk lalu tersenyum.

"Kalau berdating tengah-tengah taman ni pun best!"Aqiesh memandang Riefqi pelik!Dah kenapa?

"Memang best!Macam diorang tu!"Riefqi terus melihat ketempat Aqiesh katakan.

"Macam kenal!Tapi tak kanlah!"Monolog Riefqi sambil berhentikan langkahnya.Aqiesh yang sudah terlajak kehadapan,terus berundur kebelakang.Lalu mengeluh panjang!

"Kau tengok apa?Cepatlah!"Aqiesh menarik-narik tangan Riefqi supaya sambung berjogging bersamanya.

Riefqi tetap memandang kearah sepasang pasangan yang sedang bergurau senda!Sweet!!!

"Tu,macam kenal.Tapi tak akanlah."Aqiesh terus memandang kearah pasangan yang sedang bergurau senda itu.

Lalu Aqiesh terus tersenyum.Idea jahat muncul didalam otaknya.

Kepala Riefqi disuruh turunkan sedikit untuk membisikkan sesuatu ketelinga Riefqi.Aqiesh ini pendek sedikit daripada Riefqi.So,terpaksalah dia menjengketkan sedikit kakinya ataupun Riefqi disuruh rendahkan ketinggiannya.

Riefqi juga tersenyum mendengar idea Aqiesh.Riefqi memberi Aqiesh thumbs up!

Riefqi dan Aqiesh perlahan-lahan mendekati pasangan itu.

"Kami ialah pembanteras maksiat!Korang buat apa berdua dekat sini?!"Terkejut pasangan itu apabila mendengar suara garau itu.

Ditoleh serentak pasangan itu kebelakang.Nasib Riefqi dan Aqiesh sempat tunduk dibelakang bangku itu.

"Bhaaaaa!"Sergah Riefqi dan Aqiesh serentak.Hampir gugur jantung Rezza dan Erryn.

"Bhahahaha!Lawak gila muka korang!"Aqiesh tidak tahan melihat muka Rezza pucat.Memang lawak.

"Ahaha!Pandai dah kau Rezza!"Riefqi juga tidak tahan untuk gelak.Rezza dan Erryn menjeling tajam mata pasangan yang nakal itu.

"Masalah betul lah korang ni!Mengacau!"Marah Rezza.

"Ceh!Jomlah sayang!Dia tak kasi kita kacau dia date!"Acah Riefqi sambil tergelak kecil.

"Erm.Aku nak cakap ni!Nanti hujung minggu ni,datanglah rumah aku."Tiba-tiba Erryn berkata.

"Buat apa?"Pelik Aqiesh.Tiba-tiba!

"Kitorang..."Aqiesh dan Riefqi membuat wajah teruja.

"Bertunang hujung minggu ni!"Lancar sahaja Rezza berbicara.

"Uishh!Tak sangka aku!So,kahwin bila?"Riefqi bertanya.Aqiesh mengangguk inginkan jawapan.

"Tu,aku tak tahu.Kena bincang dulu!"Kata Rezza sambil tersenyum.

"Melepas Farhan!"Aqiesh membulatkan mata!Farhan?

"Kenapa dengan Farhan?Dia nak try Erryn ke?!"Terkejut Aqiesh.Gilalah Farhan ni!

"Asal?Kau jeles ex kau suka orang lain!"Aqiesh mencebik apabila diperli Riefqi!

"Ishh korang ni!Suami isteri,tapi macam kawan je aku tengok!"Keluh Rezza apabila melihat Aqiesh dan Riefqi.

"Lantaklah!Aku nak balik dah!Korang date lah!"Balas Riefqi selamba lalu bangun.

Aqiesh masih duduk.Sakit pula kaki duduk bersila atas rumput ni!

"Kau tak nak balik?"Tanya Riefqi sambil mencengkak pinggang.

"Tolong angkat!Sakit kakilah!"Kata Aqiesh sambil menghulurkan kedua belah tangannya.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now